Followers

Saturday, June 20, 2015

Avocado + nangka yang mabeles


Alhamdulillah...
Syukur masih ditemukan lagi dengan ramadhan ini.


Gara-gara terbaca entri kat fb pasal avocado murah kat Sabah (fb si Fariz tu la...)
Puasa-puasa ni nafsu memang tak nak kalah...
Terjumpa pulak dengan avocado...dan yang syok nangka pun ada skali
Dalam kepala terus tune kepada avocado nangka...(tengok...jahatkan)
So...jom kita buat avocado nangka...

1. 1 biji avocado 
     (yang dah masak tau...belah dua,buang biji dan korek keluarkan isinya...pastu                                lenyekkan  ia...kalau malas      nak blender pun bleh)
2. 4 ulas nangka 
    (potong dadu kecik2...saya gunting jek...hihi)
3. Gula (ikut la tahap kemanisan yang dikehendaki)
4. Air panas+air sejuk (ikut saiz jag)
5. Garam (secubit jek)
6. Air batu

Bahan di atas ni boleh menghasilkan 1.5 liter air avocado nangka (kalau banyak sangat dah tak sedap)

1. Gaulkan avocado dan nangka.
2. Masukkan sedikit air panas.
3. Kacau sampai rata.
3. Masukkan gula.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan air.
6. Masukkan ais.

Dah leh diminum...

Senang n mudahkan?
Selamat mencuba.

Dah buat air avocado nangka perlu tau gak apa khasiatnya...Jom baca.


10 KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH AVOKADO


Pokok avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai zat khasiat yang 
dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah 
penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti. 
Pokok avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. 
Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur 
dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan 
mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avokado mempunyai hujung yang runcing.



Pokok avokado berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Kini, buah avokado ditanam di 
negara-negara seperti Afrika Selatan, Australia dan New Zealand. Buah ini dikategorikan 
dalam beberapa jenis seperti bacon, fuerte, gwen, hass, penkerton, reed dan zutano. 
Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah daun, buah, kulit kayu 
dan biji. Buahnya amat berkhasiat kerana mengandungi protein,
 zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, naisin 
dan riboflavin.

Buah avokado adalah salah satu buah yang dicipta dengan pelbagai khasiat
yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jadi, kita disarankan seperti
dalam piramid makanan yang seimbang untuk lebihkan pengambilan buah dalam kehidupan kita.
Mari lihat apa 10  khasiat dan kelebihan memakan buah avokadoyang boleh
diperoleh dari memakan buah ini.


10 Khasiat Dan Kelebihan Memakan Buah Avokado


1) Mengawal tekanan darah

Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2) Menggalakkan kesihatan mata
Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah
 untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.

3) Melindungi daripada kanser
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser
 prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

4) Menyembuhkan nafas berbau
Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk 
melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan 
punca sebenar nafas berbau

5) Ciri-ciri anti -penuaan
Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. 
Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, 
dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

6) Penjagaan Kulit
Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya
untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat
penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

7) Berat badan
Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai
kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah
makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado
adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin
mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.


8) Mengekalkan kesihatan jantung
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap 
homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. 
Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu
 dalam mengekalkan jantung yang sihat.

9) Vitamin E Powerhouse
Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting
 yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.


10) Mengandungi banyak vitamin
Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan
galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

Alhamdulillah kerana membaca sampai abis..resepi dapat..ilmu pun dapat.TAHNIAH!


No comments: