Followers

Tuesday, December 7, 2010

Peluru Meriam@Cannon Ball Tree

Salam semua...
penah nampak tak bunga kat bawah nih?


ni la bunga peluru meriam...al kisahnya haritu kami jenjalan g USM(g menjejak tapak yang tertinggal)hehehhe...dah sekian lama pokok tuh ada kat bukit HEP tuh...dlu masa zaman study kat sana..tak de la plak sibuk nak amik kisah...hahhaha...sibuk study la katakan...tapi masa tuh pokok ni masih kecik lagi la...dah dekat sepuluh tahun tak menjengah ke sana...macam2 yang berubah...tapi pokok ni masih ada lagi di sini...cuma ia dah semakin besar...kebetulan masa datang ni,ia tengah berbunga...snap la jap....bila balik sibuk plak nak amik tau lebih lanjut ttg pokok nih...tapi bila ingat2 semula..penah nampak pokok ni kat botanical garden penang...yang tuh mmg dah beso sangat la...tapi mcm tak de yg amik kisah pun dengan pokok nih...

pokok ni rupanya juga dikenali sebagai cannon ball tree...ada khasiat rupanya pokok nih...leh di kaji n di komersialkan nih...kalo tak sia2 jek pokok ni ada di bumi Malaysia.tak tau la setakat ni..ada tak kajian yang di wat pasal pokok ni kat sini...harap2 ada la pihak2 yang berkenaan telah membuka mata dan minda diorang tentang pokok nih...so..untuk tambah pengetahuan korang dan maklumat lanjut..korang leh tengok kat link berikut...http://www.forestgeneration.com/cannonball-tree.html

Thursday, December 2, 2010

@cameron...

Salam semua..
.haaa....ni time school holiday...bila sebut holiday jek..kene la g jenjalan...bila sebut jenjalan mesti la time holiday kannnn.....so..ni kamik gik cameron..bawak anak2 n mak jenjalan telan angin...hehhehe...sajek la menambahkan pengalaman n pengetahuan kat anak2 tuh..itu yg penting...yang lagi pentingnya...bila holiday jek wit pun holiday gak la...ape2 pun yang paling penting..masa bersama keluarga..itu yang lebih berharga....

LAgipun bila time cuti2 ni...mcm2 yang korang dah plan kan?yg dok jauh2 tuh...mesti plan balik kampung punyer...best wwwooooo...walaupun yg dok kampung ni rasa mcm biasa2 jek...tapi teruja gak bila dengar sedara mara,adik-beradik nak balik kampung....

Papepun...jangan lupa jaga diri...selamat memandu di jalan raya...kerana dirimu tak ternilai harganya...







Wednesday, December 1, 2010

Hebat dengan SYUKUR

bersyukur pada orang yang menyakitimu
kerana dialah orang yang menabahkan hatimu
bersyukur kepada orang yang tak mengendahkanmu
kerana dialah yang memupuk berdikarimu
bersyukur kepada orang yang menjatuhkanmu
kerana dialah yang memperhebatkan abilitimu
bersyukur kepada orang yang menyeksamu
kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu
Bersyukurlah kepada ALLAH
kerana DIA maha mengetahui apa yang terbaik buatmu