Followers

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Friday, December 18, 2015

Senyum-senyum pa dia....?

Alhamdulillah...
Pulang juga kepangkuanku my black-black sweet...
Lama berpisah...
Rasa terseksa betul...
Nak nangis pun ada...
Bila dah depan mata..baru bleh senyum-senyum...
Lapang sikit dada...
Sampai dah kekok nak pandu..hahaha
Moga terus setia disamping bondaa ye nak...

*tak dan nak snap pic dia...dok kalut dengan tàmu ja...

Monday, January 3, 2011

Episod Sedih....

Salam semua...
Saat 2010 melabuhkan tirainya..misz beranggapan bahawa episod2 sedih sepanjang tahun 2010 telah berakhir.Namun jangkaan itu meleset apabila menerima perkhabaran yang menyedihkan lagi pada hari terakhir 2010.Kehilangan lagi.....pemergian nenda Hajah Kasminah pada hari kelahirannya benar2 menyentuh hati kami...lebih2 lagi pemergiannya setelah pemergian allahyarham anakya (bapa mertuaku) yang belum pun mencecah 100 hari.

Menerima berita kehilangan demi kehilangan memeang memedihkan....dan kesedihan demi kesedihan itu memang menyakitkan...walaupun redha dengan pemergian mereka yang tersayang...terdetik juga kenangan2 indah bersama mereka yang tak mungkin luput dalam ingatan...moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman...Amin.

Thursday, October 1, 2009

Mengimbas kenangan

raya tahun ni...aku betul2 happy...dapt jumpe dgn beberapa kawan lama mase sekolah kat SM (P) Sultan Abu Bakar,Muar,Johor.dah lama dah lost contact ngn diorang ni...tup!tup! jumpa balik...syahdu betul...dah lama tak jumpe...n dah merata diorang bertebaran di muka bumi ni...ada yang dulu kecik,tapi sekarang dah jadi org beso...yang dulu beso dah bertambah beso...hahaha...jangan marah ek kawan...

ni pic kelas mase tahun 1992.mase tu aku form 3 RK 2.RK tu maknanya Rancangan Khas.agak2 yang mane satu aku ek?cube la carik...

aku ingat lagi tahun ni kitorang wat persembahan tarian mase hari guru.tajuk lagu..'tie a yellow ribbon on d old oak tree'.siapakah yang terbabit?sampai cikgu syed kuar dari dewan?tuuuttttt...
ni semua c Lim Fang Ting punya angkara...hahahaha



p/s:pic diimport drpd fcbk linda nuar..thanx geng!

DALAM KENANGAN

tarikh 1 oktober ni memang keramat tuk aku...tak akan aku lupa sepanjang hayat aku...

yang pertama...
pada tarikh 1 oktober 1939 abah aku(zaitun bin ahmad) dilahirkan...so,hari ni besday arwah abah aku...tapi hanya tinggal ingatan je la..dah tak berpeluang nak menyambutnya lagi...walaupun dulu mase kecik2,hanya sambutan ala kadar je..tu pun dah mencukupi...cume terkilan gak..sebab dia tak merasa zaman anak2 bekerja...semoga ALLAH tempatkan dia di kalangan orang2 yang beriman...

yang kedua...
pada tarikh 1 oktober 2000 aku kehilangan seorang pakcik aku akibat kanser(Yazid bin m.tarom)-husband makcik aku yang terbakar rumahnya tu...aku org pertama yang arwah beritau tentang penyakitnya tu...memang terbekas sungguh di hati aku...mase die meninggal aku baru je abis study kat USM.bila sampai kampung, jenazahnya dah selamat dikebumikan....

jadi sejak tahun 2000 aku tak sampai hati nak menyambut besar2n besday arwah..hanya doa selamat yang dibuat..memandangkan tarikh ni ada pahit dan manisnya..sehinggalah arwah abah aku meninggal pada tahun 2006.ye la tak kan la aku nak anto kek kat rumah makcik aku kat belakang tu...sedangkan..pada tarikh tu hubby dia meninggal..

yang ketiga...
khabar yang baru aku terima pagi tadi...seorang sahabat lama ( Gee @ Fauziah Ismail)yang sama2 menuntut di USM dulu meninggal dunia akibat kemalangan...

Semoga Allah cucuri rahmat dan ditempatkan mereka di kalangan org2 yang beriman. Al Fatihah