Followers

Sunday, November 29, 2009

Ikan Terubuk Masak Lemak Kunyit

Haaaa...tak tau nak masak pe time2 cuti nih...or...malas dah nak masak menu2 yang menyiksa diri...atau...dah tak de dah menu dalam kepala tu...kira ketandusan menu la.....atau...asyik2 menu yang sama jerrrrr....
apa kata korang cuba, try, test, menu nih....
Menu nih sesuai tuk ibu2 yang nak jimat masa n tenaga...sebab cara masaknya simple n baling2 jek....tapi AWAS!!!! jangan sampai terbaling periuk belanga plak....hahaha..
Ni ikan terubuk yang dah siap dimasak...tinggal separuh je...separuh lagi dah kene ngap...hahaha..boleh la wat gambaran pada korang bagaimana rupanya masakan nih...ok...

Bahan-bahannya
Seekor ikan terubuk-di bakar/dipanggang/digoreng*
10 biji cili padi-ditumbuk(boleh di adjust mengikut tahap kepedasan masing2)
1 biji bawang besar-ditumbuk
2 biji bawang kecil-ditumbuk
2 biji bawang putih-ditumbuk
2 cawan santan pekat-guna santan kotak pun boleh
3 cawan air
1 helai daun kunyit-dimayang halus...
Garam secukup rasa,sedikit serbuk kunyit

Cara-caranya
Masukkan 3 cawan air di dalam kuali.
Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi...
Biarkan hingga mendidih...
Masukkan ikan yang telah siap di bakar/dipanggang/digoreng tadi...
Biarkan seketika...(lebih kurang dalam 2 minit)
Masukkan serbuk kunyit dan daun kunyit,gaulkan..
Masukkan santan pekat.
Masukkan garam...dan rasa...
Biarkan hingga mendidih pada api yang kecil...
Angkat dan hidangkan.

*boleh juga dicuba untuk makanan laut yang lain..seperti udang,ketam,siput sedut-tak perlu di bakar/dipanggang/digoreng dahulu...
ayam atau daging pun boleh juga....ikan sardin pun boleh juga...
terpulang pada kreativiti anda untuk mencuba...


Selamat mencuba n menjamu selera...:)



Wednesday, November 25, 2009

Bekerja dengan CINTA


Bila engkau bekerja dengan cinta
Itu bererti engkau menenun dengan sutra dari hatimu
Seakan kekasihmu sendiri yang mengenakannya
Itu bererti engkau menabur dalam kelembutan,
memetik dengan suka cita,
seakan kekasihmu sendiri yang menikmatinya di meja perjamuan.

Kerja adalah cinta yang nyata, kasih yang tampak
Dan jika engkau tak bisa bekerja dengan cinta, tetapi dengan rasa enggan,
maka baiklah bagimu meninggalkan tempat kerjamu,
dan duduk dipinggir jalan sambil mengemis sedekah.

Sebab jika engkau bekerja sambil bersungut-sungut,
sebenarnya engkau tengah menabur racun di dalam adunan rotimu.
Dan jika engkau setengah hati,
Sebenarnya engkau tengah membuat roti busuk yang membuat sakit perut.
Dan jika engkau menyanyi seindah lagu bidadari,
tetapi engkau berdendang tanpa cinta,
maka tembangmu hanya membuat bising telinga orang.


Dinukil dari:
Khalil Gibran, 2000. The Greatest Work Khalil Gibran. Mumbai: Jaico Publishing House, p. 71

Guru dominasi pengajaran punca pelajar kurang kreatif


Oleh Rosniza Mohd Taha


AMALAN pengajaran dan pembelajaran (P&P) memfokus guru antara punca pelajar dihasilkan sistem pendidikan negara ini kurang memiliki kemahiran berfikir dan kreativiti. Pengerusi Lembaga Penasihat Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin, berkata guru mendominasi proses pembelajaran dalam kelas dengan lebih banyak bercakap berbanding menggalakkan interaksi dua hala dengan pelajar. Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran, berkata pendekatan itu secara tidak langsung menghasilkan kesan tidak diingini, iaitu pelajar beranggapan guru mahu mereka mendengar saja terlebih dulu dan hanya boleh bertanya soalan apabila disuruh.


Beliau berkata, pembelajaran sehala yang menjadi amalan sistem pendidikan negara sekian lama itu perlu diubah dan bukan salah guru sepenuhnya kerana mereka diletakkan dalam keadaan itu. Keghairahan mendapat pengiktirafan sekolah terbaik, katanya, juga membuatkan guru berlumba menghabiskan sukatan pelajaran supaya ulang kaji dan latih tubi dapat dilaksanakan bagi memastikan pelajar mencapai sasaran keputusan cemerlang. Sambil menjelaskan isu kelemahan kemahiran berfikir di kalangan pelajar termasuk yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan sering diketengahkan tokoh pendidik dan wakil industri, beliau berkata:


“Malah keputusan Ujian Aptitud pertama diperkenalkan Kementerian Pelajaran bagi murid Tahun Enam ketika Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini menunjukkan hanya 5.7 peratus mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, manakala 34.34 peratus mempunyai kemahiran berfikir, mengesahkan lagi perkara ini. “Pendekatan guru memonopoli pembelajaran dalam kelas dengan mereka saja yang banyak bercakap, malah mengedarkan salinan nota disediakan seolah-olah menyempitkan gaya pemikiran pelajar. “Lebih parah apabila soalan pelajar tidak diendahkan, sekali gus tidak menggalakkan pemupukan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.”


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama bertajuk Learned Paralysis: The Unintended Consequences of the Classroom Process pada Persidangan Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran Peringkat Pengajian Tinggi 2009 (ICTLHE09) di Kuala Lumpur, kelmarin. Wan Zahid berkata, dalam memastikan pelajar meraih pencapaian cemerlang akademik, seharusnya pembangunan keseluruhan potensi mereka terutama kemahiran berfikir tidak dikorbankan. Bagi memastikan perkara itu, katanya, peneraju kepemimpinan sesebuah institusi pendidikan termasuk guru besar dan naib canselor perlu memainkan peranan utama dengan mereka sendiri arif mengenai kaedah P&P berkesan.


Beliau turut memberi contoh kejayaan projek perintis dilaksana Kementerian Pelajaran pada pertengahan 1990-an dalam usaha menghasilkan perubahan dramatik pencapaian sebuah sekolah biasa hingga tersenarai antara sekolah terbaik peringkat kebangsaan. Katanya, Sekolah Menengah Jalan Bayam, Kelantan pada masa itu hanyalah sekolah biasa, malah dilabel sebagai pusat longgokan pelajar dan guru bermasalah. “Namun, dengan inisiatif dan kreativiti guru besarnya yang diberi autonomi penuh mentadbir dengan pendekatan tersendiri, sekolah itu berjaya menjadi antara terbaik selepas lima tahun program itu dijalankan. “Antara pendekatan unik guru besar terbabit yang berjaya melonjak pencapaian sekolah adalah melaksanakan pembelajaran tanpa jadual kelas tetap. “Selain itu, menggalakkan pelajar mendominasi proses pembelajaran dalam kelas, membabitkan mereka dalam proses penilaian guru serta menjadikan aktiviti kemasyarakatan dan sukan sebagai sebahagian program utama kokurikulum,” katanya.

Wednesday, November 18, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra SK Peserai


Tahniah kepada semua penerima anugerah kurikulum n kokorikulum.Semoga kecemerlangan terus menjadi milik kita....Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Aris Samsudin yang sudi datang merasmikan majlis.Kepada guru-guru,ibu bapa, murid2...dan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini sehingga dapat berjalan dengan lancar...diucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.
Pembuka tirai-persembahan angklung dan rekoder

Tetamu kehormat yang sudi hadir.

Ucapan Guru Besar-Tuan Hj Sarkawi bin Satu

Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat...

Persembahan Zapin dari murid pra SK Peserai...









Tuesday, November 10, 2009

Kisah Seorang Ibu Tua...

ini kisah benar yang diadaptasikan dari sebuah realiti kehidupan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan...mendengar rintihan ibu tua ini...mengajar aku erti sebuah keinsafan yang begitu menusuk dalam kalbu...
apalah sangat yang diharapkan dari seorang ibu tua...selain dari kepulangan anak-anak dan cucu-cucunya...mengharapkan secebis ingatan untuk mengubat kerinduan.rasa rindu untuk menatap wajah anak-anak yang pernah dikandungnya...disusuinya..dibesarkan...dan diasuh dengan penuh kasih sayang...yang dibelainya...didodoikannya bagai menatang minyak yang penuh.
Bukan wang ringgit yang dipintanya..bukan kemewahan yang ditagihnya...jauh sekali emas dan permata...kerana itu bukan lah berharga pada dirinya...dan...bukan juga apa-apa pun...
Setiap petang duduk di beranda...seorang diri melayan sepi yang bertamu ...setelah pemergian suami tercinta,kesepian yang bertamu dalam dirinya lebih mencengkam..tiada lagi teman melata tawa...tiada teman menghimpun duka...apa lah lagi yang tinggal bersama dirinya....selain kasih anak-anaknya...itu saja...
saban hari dan waktu,mata tuanya sentiasa memandang ke jalan raya..menjenguk dan mengintai...adakah anak-anaknya yang pulang...tetapi hanya wajah kehampaan yang terpamer dari kedut-kedut dimukanya...esok...dia menanti lagi...lusa ditungguinya...tulat...langkat dan seterusnya...namun penantiannya seperti tiada akhiran...tubir matanya bergenang air mata sayu...yang di lampias dalam sendu yang tertahan....
namun bibir tua itu...tetap memanjat doa setia untuk anak-anaknya....moga diberi kelapangan dan kesempatan...moga anak-anaknya ampuh menerima dugaan Tuhan...hatinya tak pernah bersangka buruk pada anak-anaknya...walaupun sekelumit..mengharapkan moga satu hari nanti terbuka hati anak-anaknya untuk mengingati dirinya...
mmmm aku macam nak menangis ni...benarlah...seorang ibu mampu menjaga 10 anak...tapi antara anak-anak yang ramai itu...siapa yang mampu untuk menjaga seorang ibu...jagalah hati ibu...janagn di guris hati yang satu itu...aku berharap agar teman-teman dan sesiapa jua yang membaca coretan ini mengambil iktibar daripada kisah ini..

Monday, November 9, 2009

Pengajaran di Subuh Sabtu....



Pagi Sabtu yang tenang dan damai tu....sedang aku bersiap2 nak ke sekolah...dengan hati berkobar2 nak menjayakan hari keusahawanan sekolah....tiba2 handset aku berdering...cuak betul hati dapat kol pagi2 buta nih...tgk jam baru kul 5.50 pg...sape pulak yang tepon nih....

'Long...tolong mak Ni long...kete rosak nih!kat pt Sulong...'Suara makcik aku yang bongsu kedengaran cemas.Hah,Pt Sulong?jauh tu...hampir 20 km gak dari rumah aku!Mcamane ni...aku nak g sekolah....nak tlong tak nak?tapi kalau...die teringat nak kol aku...mesti la aku antara manusia yg dirasakan leh menolong die....

aku pun capai tudung...n capai kunci kete....menjejaki makcik aku....huhuhu...gelap gulita lagi...kenderaan pun tak de lalul lalang...makcik aku nak g peksa kat UTM..tu yang pg2 bute dah kuo...sib baik die berempat...macm pelesit aku bwk kete...mane ni....tak de pun...ke aku dah terlepas....

akhirnye...aku nampak kete kancil dok parking tepi jalan dgn lampunyer lip lap lip lap....soheh!kete die la tu...aku pandang kiri kanan...huhuhu....kebun kelapa sawit n nursery je....tak de rumah org!!!!

enjin tak leh start...temperature naik...hmmmmm...nasib tak berasap...mcamane nih????peksa lagi penting!!!Aku suh diorang naik kete aku...alamak...makcik aku tak pandai bwk kete auto la plak....aku pun ngajo la kejap...sementara makcik aku dok blajo tu...aku isi air kat kete die. nasib baik dlam kete aku ada air masak......harap2 leh la jalan walaupun skejap...nak parking kat rumah org...tak kan nak tolak...huhuhu mau kejung aku nanti...kalo tak tolak...jadi tukun la aku kat situ sorang2 semnetara hari siang...

akhirnya..berjaya gak aku start enjin kete tu...aku trus bawak g rumak pakcik aku kat parit sulong...sib baik sampai....huh!!!!makcik aku pun selamat g peksa kat UTM...

aku balik...ngan My Hubby la kebetulan die balik cepat pagi tu...dapat la aku g sekolah walaupun lambat...

Pengajaranyer....pastikan anda memeriksa kenderaan anda sebelum memandu...dan pastikan juga sentiasa ada sekurang2nyer sebotol air di dalam kete anda...kalau anda tak guna...mungkin anda boleh membantu org lain...

Thursday, November 5, 2009

Tempat Jatuh Lagikan di Kenang,Inikan Pula.........

Jom melekakan diri melihat pemandangan di Pantai Leka,Parit Jawa....Walaupun tak ada pasir yang memutih....tetapi pantai ni tetap melekakan sesiapa yang memandang...hehehehe....actually leka tgk bangau2 yang pelbagai ragam tu....


Bila otak seminit ku beroperasi....

Budak2 dah abis peksa...suh ulangkaji pun dah masing2 dah mengeluh...suh nyanyi diorang laju je la...lagu favorite diorang..Aku Bukan Superman....hahahaha.....setelah 5 minit wat lirik baru tuk lagu ni...inilah hasilnya...stelah satu hari(hari ni)diorang dah leh nyanyi dgn baik...lirik tu dah masuk dalam kepala diorang..harap2 ada perubahan positif dalam diri diorang lepas ni...hehehehe layan je la....
*sori visual tak ok...akan di update lain kali...

video