Followers

Showing posts with label hari ibu. Show all posts
Showing posts with label hari ibu. Show all posts

Monday, April 5, 2010

Pernah tanya tak pada MAK?

Semasa kita kecil...
Mak masak untuk kita..dan dia juga yang dok suap kita makan.
Semasa kita sakit...
Mak risau tgk keadaan kita yang tak lalu makan.
Mak masakkan ape sahaja yg dia rasakan dapat membuka selera kita.
Melihat kita makan sedikit je pun mak dah rasa lega.

Bila kita sekolah rendah...
Mak dok tanya hari2,kita nak makan apa hari nih..
kalau adik beradik ramai,mak ulang gilir2 tiap2 hari dok masak menu kegemaran anak2nya.
kita balik sekolah..sampai depan pintu,terus tanya...'mak masak apa hari nih?'
Bila dengar masakan kegemaran kita yang mak masak,tu dia..senyum sampai telinga..tak sempat toleh kiri kanan..terus terpa meja makan amik bau dulu...

Bila kita sekolah menengah..
Sama la jugak...mak masih tanya,'hari ni nak makan pe?'
kadang2 bila adik beradik nak makan tu ..n nak makan ni...mak beralah lagi..tak masak pun msakan kegemaran dia..
Cuma kita dah pandai tolong mak di dapur...walaupun tak tolong masak.tolong cuci pinggan n kemas dapur pun mak dah suka..

Bila kita masuk U...
Mak kol dan tanya kita..'ko nak makan apa2 tak?'
Ada tak makanan yang kita nak mak bawakkan bila mak datang jenguk...
kalau kita kata tak ada sekali pun..mak tetap akan bawakkan makanan kegemaran kita.

Masa kita kawin...
Mak adalah org yg paling sibuk menguruskan hari bahagia kita.
Dari makan minum jemputan hingga la yg datang rewang.
Mak dok tanya juga menu apa yg kita nak buat masa makan beradap..
Semasa majlis,kita..dok sibuk suap menyuap di meja makan beradap...
Mak hanya memandang..dan masih lagi tersenyummm

Bila kita dah kawin...
Bila dengar jek kita nak balik,mak akan tanya..'ko nak makan apa kat kampung nanti?'
Mak tanya lagi..'tu suami/isteri ko teringin nak makan apa pulak?'
Kalau kita jawab..ada atau tak ada sekali pun,sampai rumah mesti ada je lauk kegemaran kita yang mak sajikan..

Bila mak sakit...
Mak cakap kat kita yang dia teringin nak makan..makanan kegemaran dia...
Kita tercengang2 tak tau nak masak apa...
Nak beli di mana pun tak tau...
Bila mak beritahu terasa nak makan ini..nak makan itu..
Kita tepaksa pula bgtau kat mak,doktor pesan ini dan pesan itu.
Sampai saat dia dah terlantar tu pun kita tak mampu nak tunaikan keinginan dia..

Bila mak dah tak ada...
Kita terasa sedih,bila dah tak ada org yg bertanya dan memenuhi kehendah selera kita..
Dan kita masih tak sedar bahawa kita skrg berada di tempat mak..
Seumur idup mak..
Dia asyik bertanya tentang kehendak dan tunaikan selera kita.
Walaupun mak selalunya TAK KISAH...
Tapi kita pernah tanya atau tak kehendak dan selera dia?
Kesukaan dia..kegemaran dia.
Sebelum kita menyesal dan terkilan..renungkanlah..
Pernah tak kita tanya pada MAK?

Sunday, May 10, 2009

Insiden Hari Ibu..

Hari jumaat lepas...aku memulakan tajuk P&P BM dengan mukadimah tentang hari ibu.sesuai la dengan tema hari tu...tentang masyarakat penyayang....mengajo budak tahun 3 ni...bukan boleh kuarkan soklan2 yang bombastik sangat...nanti diorang blur aku gak yang tension....jadi objektif aku pada hari tu cume nak suruh budak membaca dengan intonasi yang sesuai dan menulis dengan cantik dan kemas...ala memang tiap2 hari jumaat budak2 tu kene wat tulisan berangkai...aku pun tanya la sapa ada beli kad sempena hari ibu?ada ramai la gak yang angkat tangan...'cikgu,tapi kitorang tak tau nak tulis ape la.'...suara syahira kedengaran meluah rasa.'ok...kamu tulis cantik2 dalam buku ape yang cikgu tulis kat papan hitam ni...dah abis tulis nanti cikgu ajar macamane nak baca...'Aku pun tulis la....abis je tulis...aku pantau budak2 tu...tengok tulisan diorang...bgus!ramai gak yang dah boleh menulis dengan cantik...budak2 ni kalau tak disuruh menulis dulu...nanti tak sempat nya diorang nak salin...ada gak yang terus tulis dalam kad...aku tak larang la...
ape yang aku tulis???aku tulis lagu P.Ramlee-Ibu Engkaulah Ratu Hatiku...
sebenonya dalam aku memantau budak tu,dok menyanyi2 dalam hati...ada satu rangkap aku lupe macamana lagunya..adus!!kalo tak ingat gak aku ajo je la budak2 ni baca puisi...hehehe...
abis satu masa budak2 ni menyalin...diorang sibuk nak suh baca la pulak....aku pun bagitau la yang diorang salin tu adalah lagu...yang wujudnya sebelum kelahiran aku lagi...aku pun bagitau gak la..aku tak leh nyanyi coz selsema n sakit tekak...so baca macam baca puisi je la...tapi diorang suh aku ajo nyanyi gak....aku bantai je la....hahaha...
rangkap demi rangkap diorang ikut aku nyanyi...bila dah 3 kali ulang nyanyi aku terperasan ada budak yang dah kesat2 mata....alamak ada yang nangis ke???hmmm masa pun dah nak abis...last tu aku nyanyikan full untuk diorang...aduh!!siap ada yang tersedu sedan lagi...peh!!!lagu ni memang touching abis la....aku yang suara katak puru pun diorang leh nangis belum dengo P Ramlee nyanyi lagi tu...diorang pun tak penah dengo pun lagu ni sebelum ni....hmmm tapi budak yang nangis sedu sedan tu,aku tau latar belakangnya...memang dia hidup bergantung penuh dengan ibunya yang berstatus ibu tunggal...jadi tak pelik la bila dia betul2 terharu dengar lagu tu....
moral of the story....selami la hati anak murid anda...hehehe...selamat hari ibu!!!

Monday, May 14, 2007

SELAMAT HARI IBU

BERILAH AKU PELUANG ITU

Dari sinar matamu ada resah yang bertandang
Dari raut wajahmu ada derita yang bertamu
Dari garis senyum mu ada gelisah yang menguasai
Dari gelak tawamu ada keliru yang menghantui

Kadang-kadang aku jadi bingung menilai watak dirimu
Kau selinapkan rasa sedihmu
Kau bungkamkan rasa kecewamu
Kau jerukkan rasa terkilanmu
Kau perapkan rasa rajukmu
Demi menjaga hatiku
Agar tidak terduga rasa yang kau alami

Begitu sukar untuk menyelami hatimu ibu….
Terlalu payah mentafsir pandangan sebenar matamu…
Terlalu licik kau kaburi kesengsaraanmu di mataku
Kerana yang terpamer hanya limpahan kasih yang tak bertepi
Kerana yang terlukis hanya hamparan sayang yang melaut…
Kerana yang tertancap di telinga ku hanya kata-kata semangat yang tak pernah surut


Setelah aku semakin dewasa kini…
Setelah aku juga menjadi seorang ibu
Setelah aku merasai berada di kedudukanmu
Setelah aku merasa apa yang telah kau rasa dulu….

Seringkali aku berdoa pada Tuhan
Berikanlah aku peluang untuk membalas
Berikanlah aku ruang untuk menghibur
Berikanlah aku masa untuk mewarnai
Ruang dan masa yang berbaki ini untukmu

Agar dapat ku rawat segala dukamu
Agar dapat ku kembalikan ceria tawamu..
Agar dapat ku maniskan pahit kelat rentetan hidupmu
Hingga wajahmu menggambarkan kepuasan dan kebanggaan…

Dan aku benar-benar berharap agar Tuhan memberikan aku peluang …
Membalas segala pengorbanan ibu yang terlalu menyayangi ku..



MISZ
10 MEI 2007
12:50 am