Followers

Showing posts with label hari guru. Show all posts
Showing posts with label hari guru. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Biar Ku Menjadi Lilin


Selamat Hari Guru buat semua rakan seperjuangan...

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri


Thursday, May 13, 2010

Guruku Cahaya Hatiku


Kau berikan aku cahaya itu,
Yang aku tak mengerti maknanya,
Seringkali tidak kuendah awalnya,
Bila aku sedari dan aku amati,
Menyuluh laluan ku agar tampak terang,
Melapangkan jalanan ku agar tiada halangan,
Terpana aku dengan sinaran cahayamu,
Menyentakkan aku dari igau yang panjang.

Kagum aku dengan tekadmu,
Melayan 1001kerenah,
Yang pasti bukan seperti aku,
Tak pernah jelek memilih rupa,
Tak pernah kisah dengan kulit berwarna,
Meskipun berbeza fahaman agama,
Adakala suaramu melantun tinggi,
Menceracakkan liang-liang romaku,
Senak perut mendengar tengkinganmu,
Namun,airmata tetap luruh…
Tatkala meneliti bait-bait nasihatmu,
Terkesima dengan alunan semangatmu,
Yang tidak pernah surut kau gegarkan untukku.

Bayangkan hidupku tanpa didikanmu,
Akan pincang dan sendengkah aku?
Andai tiada satu titik sinar pun memayungiku,
Akan layu dan gugurkah aku?
Harus,aku telah mati kekeringan di satu masa lalu…

Namun acapkali masih juga aku lupa,
Pengajaran yang kau ceritakan,
Pengalaman yang kau kongsikan,
Bingkisan hidup yang kau coretkan,
Adalah satu amaran untukku,
Demi mendepani perjalanan masa depan,
Sedang tika kau memberi tunjuk,
Aku pula acuh tak acuh.
Dungunya aku ketika itu,

Setelah berabad ku tinggalkan detik itu,
Di saat setiap realiti terpamer di mataku,
Bila desakan hidup mengheretku,
Baru aku sedar,segalanya seperti…
Yang pernah kau dongengkan dulu padaku,
Benar segala pesanan yang kau titipkan dulu,

Bergegas,ku bongkar semua khazanahmu,
Ku kupas semula titipanmu,
Ku lereti segala tuturmu,
Untung aku masih mampu merenung,
Memuhasabah diri dengan cahaya tinggalanmu,
Menyuntik semangat ku untuk terus bangkit,
Tegak dan kukuh mengharungi masa.

Sesungguhnya….
Nur itu yang menyuluh jalanan hidupku,
Kukuhnya rohaniku dengan ilmumu,
Menyedarkan aku erti bersatu,
Membangkit rasa cintakan tanahairku,
Menadah tangan syukurnya aku,
Betapa aku anak watan yang sedar hakku,
Tanpamu guru,malap dan kelam seluruh jiwaku,
Cahayamu kekal menyinari diriku,
Sampai mati namamu terpahat dikalbu,
Terima kasih wahai guru.
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA PENDIDIK...

misz-6mei2010
p/s:sila minta izin sebelum men'copy'.thanx

Thursday, May 6, 2010

Teman setia seorang guru.


Walau keceruk mana seorang guru itu berada,
teman setianya tetapkan menemaninya,
menjadi pelengkap hidup guru,
tanpa jemu dan juga gagal.

tanpanya terasa tidak lengkap dunia,
hidup menjadi resah gelisah,
tidur menjadi tidak lena,
mandi terasa tidak basah,
lebih hebat dari angau,
pada sang kekasih.

tanpa peneman setianya itu,
terasa dunia menjadi hambar,
waktu menjadi tidak bermakna,
segala menjadi serba tak kena,
banyak perkara tak dapat dibereskan,
hanya kerana tiadanya ia....
pen merah nan sebatang.

Sempena hr guru..hadiahkan la guru anda pen merah kerana sebatang pen merah adalah peneman setia seorang guru.Pelengkap tugas seorang guru.Moga kehadiran sebatang pen merah mampu membuat guru tersenyum.
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIK.

p/s:nanti cikgu nak guna pen tu tuk tanda buku korang gak...bukan tuk menda lain pun...betul tak???:)

Thursday, May 14, 2009

Lekat di Hati

emmm sabtu nie berapa hari bulan?ada yang tak ingat tu....apa istimewanya hari sabtu ni?pun tak ingat?sabtu ni 16 mei 2009...hari guru la....baru ingat?tak pe, masih lum terlambat lagi....emmm wat pe nak sambut?korang bukannya guru...silap tu....hari guru bi,bukan untuk guru je...hari guru ni untuk kite memperingati jasa guru2 yang telah mendidik kita...guru yang telah mengajar kita dari kita kecik sampai la kite mati....guru ni bukannya setakat yang didik n mengajo kite kat sekolah secara formal tu....kalo dah nama guru tu...semua org yang bagi kite ilmu tu la guru kita...termasuk la yang ajar kita masak,yang ajar kita memandu...yang ajar kita macamane nak masukkan benang dalam jarum...pun guru la tu...ilmu yang kite dapat dari ajaran mereka tu la yang kita gunakan.jadi terpulang pada kita untuk menggunakan ilmu tu ke jalan yang mana...pilihan di tangan kita...
kalau kita seorang guru,ajarlah anak2 didik kita ilmu yang baik2 dan boleh digunakan sepanjang hidupnya.insyallah pahala kita akan berpanjangan...kalau kita menjadi anak murid,carilah guru yang boleh membimbing kita ke jalan yang diredhai...gunakan lah ilmu yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk tujuan kebaikan...sebab tu setiap kali slesai solat,kita digalakkan mendoakan kesejahteraan guru2 kita sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia...moga mereka mendapat keberkatan daripada ilmu yang telah mereka curahkan..amin...
ok berbalik pada institusi pendidikan secara formal....aduh!ayat aku ni...formalnya....hehehe.........
selama korang hidup kat dunia ni...mesti ramai cikgu yang mengajar korang kan??dari sekolah tabika sampai la sekolah menengah n masuk institusi pengajian tinggi.....berpuluh dan tak mustahil gak beratus cikgu yang mengajar kita....
tapi....
berapa ramai cikgu yang lekat dihati korang sampai sekarang?
berapa ramai pulak yang menjadi idola korang?
kenapa cikgu tu korang ingat sampai sekarang?
apa istimewanya cikgu tu?
emmm sempena hari guru ni...mesti ada guru/cikgu yang memberikan kesan +ve dalam diri korangkan?sebab tu korang ingat sampai sekarang....tapi sebagai guru...macamane pulak kita nak menjadikan diri kita lekat di hati murid2 kita?yang murid boleh kenang kita seumur hidup mereka.yang murid boleh mendoakan kita sepanjang umur mereka???memang la kita mendidik bukan untuk menerima balasan ape2.tapi, bila murid ingat yang baik tentang kita..maknanya ilmu yang kita sampaikan tu lebih mudah untuk mereka terima...
p/s sama2 kita renungkan...di mana kita sebenarnya dalam diri anak2 murid kita..