Followers

Monday, December 19, 2011

The Making of......

Merancang memang mudah...tapi nak merealisasikannya...addduhhhhh...berkorban apa saja...kadang kala tergendala gak...ni la projek tahun 2011..walaupun sebenarnya dah lama di fikirkan...tak dapat nak buat yg besar2 sebab budget pun ciput jek...usaha nak menjadikan makmal sains bilik yang ceria dan berinfo...tetap diteruskan walaupun kekangan masa amat memeritkan...


 Inilah hasilnya...setelah berbulan2 dibuat...tergendala disebabkan kesibukan masing menjalankan tugas2 lain...start dari 7 jun 2011...hingga 12 Disember 2011 baru siap...tu pun takde la sepenuhnya...masih ada yg perlu di touch up...memandangkan bunga raya tu pun dah bertukar kaler dah...
tapi tak pe...ada gak la buah tangan tuk tahun 2011...
tuk tahun 2012...ape pulak yer?kita tungguuuuu....

sebelum tu...kita tgk..proses2 terhasilnya mural yg tak seberapa nih....


fasa melakarkan...oleh cikgu mala dan cikgu yan...


dah mula mewarna....belah ni bahagian cikgu mala...


yang ni bahagian misz la....huhuhu...macam tak larat jek nak kaler nih...


ape la jadiknya bunga raya nih...huhuhu...


siap la sikit....walaupun tak dapat nak fokus sepenuhnya kat sini....


dibantu oleh cikgu zai...yg bz...tapi tetap gak nak mencelah membantu...


bahagian misz dah hampir siap....tapi tulisan tu mcm tak kene jek...


akhirnya...siap la gak...walaupun...berbulan makan masa...


haaaa...tulis jgn tak tulis...walaupun nama tu tak le kekal selamanya....sekurang2nya...ada gak yg boleh dijadikan kenangan...berkat kerjasama...

Tuesday, November 8, 2011

Mana CINTA

























Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG....

Cantiknya bunga,indahnya pekerti...

Sunday, November 6, 2011

Berkorban Apa Saja

Selamat Hari raya Aidil Adha untuk semua...
Sesungguhnya apa jua pengorbanan yang di lakukan biarlah yang mendapat tempat di 'sana'...




Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia



Thursday, October 20, 2011

Kene Kutuk?

Bila kena kutuk, apa nak buat?

Ada yang tanya pada saya. Apa harus dilakukan sekiranya terdapat orang mengutuk, memperlekehkan, melemparkan tohmahan, dan sewaktu dengannya kepada usaha kita. Saya rasa ramai yang pernah melalui ini, termasuklah diri saya sendiri.

Ada banyak boleh dilakukan, tetapi, jawapan terbaik saya dapati dari artikel Dr H.M Tuah saya terbaca baru-baru ini. Pesan Dr. Tuah:

Anda harus BERTERIMA KASIH kerana…

1. Anda mendapat pahala FREE bila kita bersabar! :)
2. Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
3. Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang ramai. Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi tahu… orang akan dapat lihat sendiri).

Saya cukup setuju dengan Dr. Tuah.

Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif disekeliling kita.

Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara negatif.

Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain. Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya. Ia akan mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam mencapai kejayaan :)



kredit tuk:http://www.irfankhairi.com/

Tuesday, October 18, 2011

Aku Maafkan Kamu...


ada teratak di hujung kampung
bawah cermin kopak ada kotak
tersembunyi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak

(chorus) (jamal abdillah)
aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
yang aku
maafkan kamu
tolong teruskan hidup
jangan sebut namaku
verse 1 (malique)
atur sepuluh daktil batal yang batil
detik dua usul ditutup satu lagi tampil
dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
minta diisolasi dari dalil busuk jahil
aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
mana cepat terbang atau warna gelang tangan
buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
halusinasi susuli ketandusan ihsan
ubat parut auditori kesan artileri insan
gagal dikesan
chorus
verse 2 (malique)
timbul tenggelam, timbul tenggelam
acapkali terpendam, acapkali tersergam
cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
ini bukan lagu rindu ini madah dendam
kutimbang tanpa neraca di awal usia
kudihukum masuk neraka oleh manusia
minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
maafkan mereka, mereka tidak tahu
mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
mereka tidak fasih malah fasik guna kata
kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
maafkan mereka, mereka tiada nilai
ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
(sample)
kenapa awak tak pukul mereka?
saya tak suka pada keganasan
chorus
verse 3 (malique)
jangan ahli sihir seru nama maharaja
nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
kalau terpelajar sila guna hak miranda
pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
mereka mula kiri, aku kanan bila baca
sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(alif)
ada teratak di hujung kampung
(ba)
bawah cermin kopak ada kotak
(ta)
tersembunyi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak
2x

p/s: carik lagu ni...tapi kt u-tube tak dijumpai lak...

Durian Belanda dan khasiatnya


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi... sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Akaiiii ada ka???


 
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

... Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
 
p/s: dapat tak mesej yang nak di sampaikan tuuuu???
       renung2kan la.....

Sunday, October 9, 2011

Sabarlah hati...

Tetap TERTAWA walau sebenarnya aku ingin MENANGIS.. ♥
Tetap TERSENYUM walau sebenarnya aku KECEWA.. ♥ 
Tetap KUAT walau sebenarnya aku sudah TAK SANGGUP lagi.. ♥
Tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah.. ♥
Dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya BAIK saja ... 
walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sdg TERLUKA...


p/s: SABAR itu pasti ada hikmahnya...bersabarlah wahai hati...

Friday, October 7, 2011

Silap yang untuk menyedarkan...

bila seseorang tu buat salah,kita selalunya akan menuding salah pada satu pihak je...sebab satu pihak lagi adalah dalam sokongan kita...tapi penah tak kita fikir bahawa silap org yang kita tuding salahnya itu adalah disebabkan salah pihak yg kita sokong tu...jangan sebab kita sayang sangat sampai kita tak nampak silapnya...bertepuk sebelah tangan tak berbunyi...


dan tanpa kita selidiki punca tindakkan...kita tetap menyalahkan si pesalah...adil ke?


apa penilaian yng boleh kita buat bila kita hanya dengar cerita di sebelah pihak je..tu pun pihak yang kita sokong la kaaaan....atau masih gak nak tutup mata dengan silap yang dilakukan oleh pihak yang di sokong tu...jadi skrg ni...sapa yang silap?


mungkin sebenarnya ia adalah SILAP KITA yang ego nak mengakui silap pihak yg disokong...


dan bila pihak yang membuat salah tu meminta maaf kita tetap tidak memaafkan kerana masih merasakan kita tidak bersalah...dan pihak yang kita sokong tu tidak bersalah juga...sebagai pihak ketiga apa sebenarnya peranan kita?memenangkan pihak yang kita sokong je atau menilai kedua2 pihak dan mengenalpasti punca serta tujuan tindakkan pihak tersebut.


Jangan sebab silap kita tak menilai...silap satu pihak bertimpa2 lagi dengan silap yang kita buat pula....


Jangan menyesal dikemudian hari...


renung2kan la....

Thursday, September 15, 2011

Sebab sebatang pensel











"Saya tak bawak pensel hari ni,cikgu!"
kedengaran macam takde pape jek pada ayat tu kan?kalau pada cikgu..memang ayat standard jek tuh...Tapi cuba kita kaji KESANNYA...!!!


1.tak bawak pensel,tak boleh la nak tulis.
2.bila tak boleh nak tulis,kerja sekolah semua tak buat.
3.bila kerja sekolah semua tak di buat,tak bleh nak score exam.
4.bila tak bleh score dalam exam,cikgu marah.
5.bila cikgu marah,malas datang sekolah(ponteng la tu...)
6.bila selalu ponteng sekolah,peksa besar pun tak lepas.
7.bila peksa besar pun tak lepas,tak bleh masuk IPT.
8.bila tak bleh masuk IPT,tak dapat nak keje yang best2.
9.bila tak dapat keje yang best2,tak dapat la nak pakai kete best2..  (yang tak best pun lum tentu dapat)
10.bila tak pkai kete best2 (yang tak best pun lum tentu dapat),macamana nak sara anak dara orang lak?
11.bila nak sara anak orang,nanti macamna plak nak sara cucu orang nanti?
12.macamana nak sara cucu orang,kalau duduk diri sendiri pun ntah apa2 ntah...


Kesimpulannya...Jangan tak bawak pensel....panjang kang aku bebel!



Telur Ikan Mayong

Assalamualaikum semua...
abis dah demam UPSR hari ni....
kita cerita pasal makan lak...

yang ni telur ikan mayong...
memang besar2..tu kalo korang pandai pilih la....mcamana nak pilih?
tgk la perut ikan tu...mana yang kembung tu ada la telurnya...


nak di masak pe telur ikan ni???
masak asam pedas pun sedap...
masak lemak cili api pun sedap...
ok..ni la hasilnya...
:)


asam pedas telur ikan mayong....

jemput makan kawan2....

Masalah Kuat Marah pada Anak...


Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada  ibu  bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..Kanak-kanak  dalam  lingkungan  umur  2-7  tahun  (preschool  memang sering dilabelkan  lasak  kerana  ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga  didapati  ‘tidak  dengar  kata’.  Apa  yang  berlaku  ialah ketiadaan komunikasi  dua  hala  di  antara  ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian  kepada  suara  ibu bapa.  Sebaliknya  perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka  tidak  mempunyai  pengetahuan  (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja  belajar  bercakap,  oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah  sebenarnya  yang  dimahukan  oleh  anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit,  membaling  barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration  (kekecewaan) kerana  hajatnya  tidak  difahami  dan  dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.
Justeru  itu  siapakah  yang  bersalah?  Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak  berusaha  untuk  memahami  kehendak  si anak.  Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1.  Kanak-kanak  sangat  memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua  ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan  mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan  lakukan  dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya.  Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact  sangat  penting  di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2.  Sebaik  sahaja  tuan/puan  pulang  dari  bekerja  dan  mengambil  anak  dari nurseri,luangkan  masa  setengah  jam  terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus  ke  dapur  memasak,  angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada  anak.  Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di  rumah  bersama  bibik  atau  di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta  nyatakan  di  telinganya,  papa/mama  sangat  sayangkannya.  Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb.  Insya  Allah  anak  akan  lebih  mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3.  Ajarkan  anak  dengan  perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan  sesuatu  dan  tuan/puan  tidak  dapat  berikannya  kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu  sahaja  atau  bersikap  acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar  anak  agar  tidak  menghiraukan  tuan/puan  sekiranya  tuan/puan  pula yang memanggilnya.  The  right  way to make her listen to you is by listening to her  first.  Kita  tidak  boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah  tidak menjadikan  ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru  setiap  perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4.  Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya  yang  tersendiri.  Anak  yang  suka menjerit walaupun tidak mempunyai  apa-apa  sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak  ini  memang  sangat  sukakan  perhatian.  Oleh  itu  jika  anak  ini menjerit, berilah  perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan  sekiranya  dia  menyanyi  dengan  kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh  mengajarkan  kepadanya  bahawa  perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus  kerana  boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka  menjerit,  tuan/puan  boleh  suruh  dia  mengadap  dinding yang kosong dan menjerit  di  situ  berulangkali  sehingga  dia letih. Insya Allah dia akan
kurang  suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin  dia  akan  berhenti  menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya  dia  mengulanginya  semula,  puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah  (gula-gula  dsb)  jika  tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang  menjerit  dalam  satu  hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya,  papa/mama  beri  hadiah  coklat  kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah  anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut,  jangan  ingati  kekurangan  anak  dan doakan setiap kali selesai sembahyang  agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak  dengan  semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi  dengan  anak.  Boleh  juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah  anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di  ubun-ubun  kepalanya,  cium  dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan  perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama  harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak  suka  kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan  didapati  sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan  surah  AlFatihah,  Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.  Semoga  tuan/puan  lebih  bersabar,  jangan  ignore  anak dan cubalah memahaminya.  Fahami  dunia  anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan.  Bayangkan  perasaan  anak  apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba  dibuatnya  hanyalah  meneroka  alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga  galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba  dapatkan  buku  bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang  ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.

Saturday, September 3, 2011

Dodol Perisa Bawang?

Selamat hari raya semua....
baru balik beraya ke tuh?or baru abis marhaban tuk sesi malam nih...biasa la dok kat Johor,marhaban memang agenda penting la kan....

ok...kali ni misz nak share cerita sikit pasal dodol perisa bawang nih?penah makan ker?
kalo penah makan,sedap ke rasanya?tapi misz mmg tak suka perisa tuh...

(ni sekadar gambar hiasan.....tima kasih la pada tuan punya pic nih...)

mana dapat cerita nih?tdi ada sedara masa datang ni yang tergerak hati nak share nih...
Biasa la time2 raya nih..tetamu dok datang tak henti2 ..tuan rumah pun dok kelam kabut melayan tamu..sampai tak kering tangan dan tak sempat nak memantau dengan lebih teliti hidangan tu...

Begini ceritanya setelah dipendekkan semasa pakcik tu g beraya...maka,pakcik tuh telah dihidangkan dengan sepinggan dodol yang kelihatan amat mabeles...
teruja sungguh dia untuk merasa.....(pakcik ni memang hantu dodol)
ketika dodol tersebut menghampiri mulut(sebelum disuap)...tiba2 bau bawang hinggap di hidung...Isk,tak kan nak letak balik...tuan rumah dok ada depan tuh...maka telan jek laaaa....
bila di tanya sedap ketidak oleh tuan rumah....maka anggukan dan senyuman meleret jek la jawapannya....

Rupa-rupanya....dodol itu telah dipotong menggunakan pisau yang baru digunakan untuk memotong bawang....ape lagi lekat la bau bawang tuh..kat dodol...kene pulak dodol hirisan yang pertama...memang rasa bawang la jawabnya...

ini ingatan tuk puan2/puan2/cik/ dan semua la ye...sebelum nak potong dodol ke...kek ke...pastikan pisau yang nak digunakan tuh bebas dari sebarang bau...
lebih bagus kalau pisau untuk memotong kuih tuh biarlah pisau khas yang lain....
jadi,tak de la kuih2 tuh bau bawang la....cekur la....sadin la....
isk...ingat2 tuh....

Friday, August 26, 2011

Bila Al Quran Mula Berbicara



Waktu engkau masih kanak-kanak....
kau laksana kawan sejatiku
dengan wudhuk, Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan pelajari
Aku kau baca dengan suara lirih
ataupun keras setiap hari
Setelah selesai..engkau menciumku mesra

Engkau telah dewasa....
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku..
Apakah Aku bahan bacaan usang yang hanya tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan
yang tidak menambah ilmu pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
sehingga kau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah kau anggap sebagai pengisi stormu
Kadangkala Aku dijadikan mas kahwin 
agar kau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir,
dibiarkan dalam kesendirian, kesepian
Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau pendamkan
Dulu...pagi-pagi, surah-surah yang ada padaku
engkau baca beberapa halaman....
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai
bersama temanmu di surau..
Sekarang, seawal pagi sambil minum kopi..
engkau baca suratkhabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia..
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerjapun kadangkala kau lupa
membaca pembuka surah-surahku (Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tiada kaset yang berisi ayat Allah
yang terdapat dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju 
ke stesyen radio kesukaanmu, mengasyikkan..

Dimeja kerjamu tiada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik favouritemu
Jarang sekali kau putar ayat-ayatku....
E-mail teman-temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahawa engkau
kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba, engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam kau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah...

Waktu pun cepat berlalu.....
Aku semakin kusam dalam laci-lacimu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu

Thursday, August 25, 2011

Sketeng Rayaku.....

Tak meriah rasanya raya tanpa sketeng....

best bila cahaya sketeng mneyinar penuh kat laman..wlaupun lampu neon yang ada tuh pun cukup terang dahhhh....

yang ni misz sangkut kat batang pokok jambu bol kat laman rumah...hahhaha...dah kene sound ngn mak sebab ada oked kesayangan dia tuh...tapi kita wat2 tak paham jek....

ala tak kene pun kat oked tuh....

ni pokok kelapa plak telah menjadi mangsa.....tapi ok la gak kan...ceh...puji diri sendiri plak...

cun juga pic yng nih...walaupun tgn amatur ini yg menynapkannya...

Kereta kecik untuk Shoping....

Assalamualaikum semua....

Haaa...menjelang hari raya aidilfitri dah ni...sekejap jek rasanya puasa..dah nak raya pulak...Rasa belum puas lagi puasa....dah sibuk bersiap nak beraya pulak ye...

Ni dah hujung2 puasa ni makin galak orang2 shoping raya...SAKAN nampaknya....isk...cukup ke budget tuh?jangan terover udah la...kang duit bonus abis...wit gaji abis...pas raya nak makan pe lak?haaa...abiskan kan la kuih raya  tuh pg petang siang malam...lunch kuih raya...sarapan kuih raya....dinner pun kuih raya....huuahahhaha....

Macamana nak jimat bershoping ek?semua menda dirasakan perlu dan mesti ada...isk...dahsyat tuh..kalo boleh satu shopong complex nak diangkutnya...kalau payah2 beno...angkat jek umah tuh buh dalam shoping complex...tak pun pasang khemah jek kat situ....

Ni mungkin boleh membantu anda untuk menyelamatkan poket anda bila g shoping...


HAaaaaa....BAWAK LA KERETA YG KECIL....contohnya kancil..kelisa...ataupun KERETA SORONG..
kalau wife mula pegang brg yg lebih2 had jek ingatkan dia...

"yang,kita bawak kelisa jek tadi ni...tak muat nak bawak baju 20 helai sorang nih"

jadi secara tidak langsung...bila dia nak membeli barang yang segala bagai tuh dia akan pikir 20....30 kali  bila nak beli...sebab tak muat nak sumbat banyak dalam kete...ye la mana nak muat...satu kete dengan anak jek dah penuh...mana nak sumbat barang2 dalam bonet kete yg kecik tuh....DAN secara tidak langsung dia akan membuat pilihan terbaik yang boleh dipilih.

Untung gak kan pakai kete kecik...nak parking senang...minyak jimat..nak belanja pun jimat...jadi fikir2kan yek....


Tuesday, August 16, 2011

Bila Rindu Itu Datang Bertamu....

Terasa begitu sesak dan ngilu,
perit bila rindu itu bertamu....
mana mampu untuk diluah dengan kata...
tidak mungkin dapat dizahir dengan rasa...
bukan mudah dicoret dengan pena...

Bila rindu itu datang,
hanya mampu diimbas kenangan silam,
setiap rongga dan ruang yang pernah diisikan bersama,
bersemadi kukuh di dalam jiwa....

Bila rindu itu bertamu,
setiap inci wajah menjelma,
terngiang gelak dan bicara kita,
menghias benak menerawang serata pelusuk minda,

dan aku menjadi semakin rindu,
mengingati setiap keletahmu,
menyoroti setiap gurauanmu,
menyelusuri bait-bait pesananmu,
menyedarkan aku betapa aku benar-benar memerlukanmu....

Biar masa kita bersama tidak panjang,
Suatu masa aku akan menurutmu,
Di sana nanti kita akan bertemu,
Moga rindu tak akan lagi bertamu...

Biar yang yang lain melupakanmu,
Mungkin mereka belum merasa kehilangan,
Mungkin mereka masih ada tempat bergantung,
Mungkin mereka masih merasa nikmatnya mempunyai abah...

Biarlah aku terus mengingatimu...
Mengiringmu di sana dengan doa...
Hanya itu yang mampu mengubat rindu ini...
Walau setiap saat ia pasti bertamu....

AL-FATIHAH...untuk arwah abah,tetap merindui setelah genap 6 tahun pemergiannya...juga buat allahyarham bapa mertuaku...dan tahun ini merupakan tahun pertama beraya tanpa kedua2 abah di sisi.Moga ALLAH menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hambanya yang beriman...

misz
[6.41am-16 Ogos 2011]




Monday, June 20, 2011

Indah yang tercemar


     cantik pemandangan kat sini....



ni pemandangan arah kuala Sungai Sedili...kalau time air pasang lagi la cantik....
tapi turun jek dari kereta bau yang tak best menyapa hidung....hajat nak menikmati pemandangan indah terbantut la...
ni baru ubat nyamuk yang ditinggalkan....menyemakkan mata bila dilihat siang hari
ni pulak tinggalan yang memualkan...hanyir dan busuk....dengan plastik yang bersepah2..betul2 tak ada kesedaran sivik.
ni ntah berapa lama dah tersadai kat sini....sedih betul la tengok pemandangan yang sebegini.

Sunday, June 19, 2011

Sikit...sikit-sikit.

Orang yang hebat sikit-sikit baca,
      orang yang tidak hebat baca sikit-sikit.
       Orang  hebat makan sikit-sikit,
           orang tak hebat sikit-sikit makan.
Beza orang hebat dengan orang tak hebat ‘sikit’ sahaja.

Stanza Cinta la pulak....


Assalammualaikum semua...
haaa...minggu ni sibuk la plak dengan Stanza Cinta yang menggantikan Nora Elena...
kalau dah tgk mesti nak tau jalan ceritanya kan...
kat atas tu cover novelnya...
nak maklumat lanjut leh rujuk kat SINI...

Tuhan…….ku mencari-mencari cinta…akhirnya ku temui cahaya cinta sejati milik-Mu. Ingin ku peluk cinta dan rindu ini…biar tidak sekali-kali Engkau jauh dariku. Ingin ku nyatakan pada dunia...aku bangga menjadi makhluk-Mu!!Aku bangga menjadi khalifah yang dicintai-Mu.




Wednesday, June 15, 2011

Belangkas Sg Sedili

 Selamat malam semua....huhuhu punya la seksa nak upload pic2 nih....korbankan sikit waktu tdo la nampaknya....

teruja tengok gambo nih???nak tau dari mana datangnya?

Ni sajek nak share pengalaman sikit...Cuti hari tu sempat g tengok tempat penternakan belangkas kat Sg Sedili.Isk,ape la yg syok sangat kan tempat tu kan???actually memang tak de la econ atau pemandangan yang canggih2...tapi dek teruja nak mencari sedikit pengetahuan maka ke situ la kami perginya.

 ni la anak belangkas yang berusia 80 hari.mak aaiiii....kocik bebenau...kalau nak tau belangkas ni memerlukan masa selama 13 tahun untuk matang dan bertelur..perrrgghhhh!!! lama tuuuuuu....kalau anak kita dah naik tingkatan 1 la....

Jadi tuan punya pusat penternakan ni Puan Zarinah dan Encik Ahmad menerima hasil tangkapan dari nelayan2 yang tinggal di kawsan sekitar untuk mendapatkan bekalan belangkas.

 haaa...yang nih belangkasnya la...ce teka mana yang jantan mana yang betina?
patut la ada pepatah yang mengatakan 'macam belangkas'

tengok tuh aksi2 mereka...ada telungkup..ada yang terngadah.....punya la banyak....


yang ni plak..pak cik ni tengah tangging untuk menandakan belangkas ni ada telurnya sebelum dilepaskan semula dalam kolam.
yang ni kitorang beli...adik ni namanya azie..die sedang mematahkan ekor belangkas tuh...
sempat lagi posing tuh...luas gak la kolam ternakan nih...kalo nak di kira mmg tak terkira la belangkas tuh...misz anggarkan dalam 300 ekor...(lupa lak nak tanya kat kak zarinah)
 hahahha...beli dua ekor jek???cukup ker?cukup sesangat...haaaa kat atas tu la hsilnya....

p/s;jom kita g jenjalan...

Tuesday, June 14, 2011

Semua Bukan Milik Kita...


Assalamualaikum dan selamat bagi semua...

Tergerak hati nak share lagu ni...walaupun lagu ni sebenarnya dah lama wujud.
Bila menghayatinya terasa begitu kerdilnya kita..betapa kita ni 'miskin' sebenarnya...yang kita ada hanya diri kita..yang entah bagaimana rupanya dihadapan DIA...

Tuesday, June 7, 2011

Riuhnya time cuti...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Semoga semuanya dalam lindungan Allah hendaknya...Amin.
Selamat bercuti untuk semua yang bercuti...

Ada gak yang cuti serupa la tak cuti...kerja tetap banyak...dan perlu di lunaskan...
Buat adik2 yang bercuti tuh...homewrk tetap banyak...macam2 projek yang cikgu bekalkan...semacam dua minggu ni pun mcm tak cuti jek..kan...kan...kan...
Tapi masa cuti ni la nak setelkan semua hal2 yang tak bleh nak disetelkan semasa hr kerja...maklumla..mana leh angkat umah tuh g sekolah bila time keje ye tak...?

Tapi yang best sikit bila cuti ni,kita tak de la rushing kejo masa nak g keje...rilex2 jek la..sambil2 setelkan kerja yang dalam list tuh...bila tgk list tuh...isk,pnjang gak tuh...!
alon2..janji kelakon....chaiyok..chaiyok....

Yang lagi best..ialah...bila time cuti nih...bila jalan2 tuh(walaupun hari2 lalu jalan tuh sebenonya)...tgk laman2 rumah kat kampung nih..penuh ngn kete..anak2 balik bercuti!!meriah sungguh kelihatannya....kene plak time ujan...satu kebun penuh kain baju bersidai...tak cukup sidai baju yg ada..tambat lak kat batang pokok....hehhehe...mana nak dapat suasana macam tuh...susah kan???

Seronok bila berkumpul adik beradik,ada jek cerita yang dibukak...dibahas..hinggga gelak guling2...penat gelak..masak n makan pulak...pastu sambung lagi...

Anak cucu pun amik peluang main sakan dengan sepupu sepapat yang lain...riuh rendah umah atuk nenek...kene plak rumah papan...macam nak roboh kedengarannya...apa taknya..dah diorang berkejar2an dari depan sampai belakang...

Tu belum lagi ayam jantan atuk jadi mangsa diorang..dikejarnya ayam tuh satu kebun...sampai mcm nak putus nyawa ayam tu di buatnya...

Seronokkan????tapi bila semua balik....huhuhuhu...sunyinya.....

Tuesday, May 17, 2011

Biar Ku Menjadi Lilin


Selamat Hari Guru buat semua rakan seperjuangan...

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri


Friday, May 6, 2011

Cerita Nangka



Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..


'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'


haaa...apa macam?tak garu kepala petani tuh...skrg pk..nak jual ke tak nak?so,ape penyelesaiannya?...yang tu bio petani tuh selesaikan...
yang penting pengajaran daripada cerita nih...lawak tu memang la lawak gak...muhasabah pun kene gak la...

pape pun sebelum wat ape2 tindakan pk kan dlu kesan dan akibatnya tuk jangka pendek n jangka pjg...jgn nak mudah jek tuk jngka pendek..tapi lagi menyiksakan tuk jangka pnjg...

Jangan kita amik mudah dengan membuat keputusan yang kita rasakan patut tuk jangka waktu terdekat..sebab kita tu tak nak bersusah payah skrg.Sedangkan kalo kita susah sikit skrg tuk kejayaan masa akan datang tu sebenarnya lagi la berbaloi2.

so,sama2 kita fikirkan di mana kita....


Saturday, April 30, 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu

Selamat pagi semua....
Jom baca buku...tapi kali ni novel la...
actually novel ni...dah lama bli..
cuma tunggu lapang masa(yg sebenarnya tak ada)
n mud nak membaca(penting tuh)
Berkisarkan pergolakkan dalam kehidupan yang cukup lengkap pakejnya.sampai pada satu tahap rsa mcm cerita ni dah nak abis...tapi apsal tebal lagi...
sesapa yg sensitif tuh..mungkin mampu mengumpulkan sebaldi airmata...(pinjam ayat masdilaila yg dah pinjam n baca novel ni dr misz) dan korang akan mampu jugak gelak gulung2 sampai tak cukup ruang...hahhaha

Keseluruhan cerita yang menarik dan mengandungi bnyak pengajaran dan panduan.ini sebenarnya yg penting...baca novel,ada sesetengah org kata tak berguna..n hanya tuk membesarkan punggung jek...tapi pengajaran yang diambil setelah selesai di baca adalah sangat perlu..mana2 novel yg terkesan senang kata..masyyuuuk di hati akan kita ingat,hayati dan dijadikan pegangan agar ia tidak berlaku pada diri kita.

Pengajaran yang boleh saya perolehi daripada novel ini antaranya ialah...kita mestilah mempunyai sifat bertanggungjawab contohnya...bla...bla...(isk ni dah macam nak jawab karangan UPSR bahagian C jek nih)...hehhehe tetapi sebenarnya kalau nak disebutkan kat sini..semua 44 senarai nilai murni tuh termasuk....so,korang pk la sendiri...



daripada 10 markah...misz berani bagi 9.5 markah...jgn terkejut...ni kalau di wat drama atau filem...gerenti meletup...Chaiyok...chaiyok la kak siti...
penulis2 baru kene belajar dari penulis2 otai tuk menghasilkan wacana yang lebih berkesan di hati peminat.


p/s:penat bertarung dengan perasaan masa baca buku nih...bila abis jek rasa lega separuh mati..hahahha