Followers

Saturday, September 10, 2016

Marble versi blueberry

Menunaikan hasrat Ayman yang entah berapa puluh kali menyebut nak marble kaler krim n pink...banyak2 kaler...kaler itu yang dimintaknya...

Ibunya plak memandai tambah perisa blueberry...harap2 dia makan jek la...

Abaikan rupa hangusnya tu...sengaja hanguskan lebih sebab suka makan tepi yang hangus tu...itu lebih masak...hahhahaha...

Friday, September 2, 2016

Kek Marble


Bahan-bahannya
1. Sebuku majerin buttercup
2. 1 cawan gula halus
3. 2 cawan tepung naik sendiri
(Kalau tak de guna tepung gandum + 1 sb   soda bikarbonat)
4. 1 sk esen vanilla
5. 1 sb ovelatte
6. 4 sb susu pekat
7. 1 botol kecil serbuk koko
8. Pewarna yang digemari
9. 5 biji telur gred A

Tepek sini dulu...selalunya nak buat baru sibuk carik resepi



Saturday, August 27, 2016

Menumpang Rezeki

Aktiviti Rabu last week...
Menumpang rezeki kak lis sekeluarga. Terpaku di bawah rimbunan pokok-pokok rambutannya yang pelbagai nama dan rasa.

Seronok memetik..mengait rambutan sampai lupa bahu masih sakit. Layankan aje lah ssakit dan sengal yang datang tu...

Melihat buah yang bergayutan dan sedang masak ranum itu memang amat mengujakan untuk memanjat. Namun diri masih sedar bahawa sudah tidak layak berada di atas pokok... Maka di bawah lebih afdal.

Sedekah rambutan tu dah dipanjangkan. Moga pada tahun2 akan datang kita masih lagi berezeki merasa buahnya lagi.

Saturday, August 13, 2016

Program Motivasi Santai

Menyeronokkan dan menyantaikan diri sebelum peperiksaan UPSR 2016

Semua hasil editan itu hanya sekadar gurauan harap tidak disimpan di dalam peti.

Sila jangan kecam saya

Monday, July 25, 2016

Rumah kenangan

Rumah tempat kami membesar semasa zaman kanak-kanak.
Rumah yang penuh dengan kenangan budak kampung seperti kami.
Tempat berkumpul adik beradik sepupu sepapat.

Tempat berlumba manjat pokok buah-buahan.
Bila tiba musim buah...yai dan nyai panggil datang tolong petik atau lebih tepat bagi perabih buah.
Asal musim duku don tenggek atas pokok.
Asal musim manggis tenggek gak atas pokok.

Di tempat ni merasa aku mengopek kelapa...duduk atas salai...nyusun...mengasap...
Sampai perit tapak tangan...kapalen..tapi entah kenapa yang timbul hanya rasa seronok.
Punya la banyak tombong kelapa sampai tak termakan...sudahnya...
Mbelacok tombong yang melacak untuk itik makan.

Menyambut kelahiran anak lembu....abis baju aku nyai amik wat tadah anak lembu tu.
Sampai pokok rambutan yang kat kandang lembu tu di panggil rambutan kandang lembu...padahal namanya rambutan ape ntah.
Saban petang teman yai tarik lembu...idupkan api berdiang lembu-lembu tu.

Mandi kat pangkin tepi parit depan umah tu.
Asal rembang senja jek berkejo balik rumah.Penakut punya pasal.
Kat situ gak hampir lemas..syok punya pasal main nyelam-nyelam.
Nyelam-nyelam yai dapat gak udang galah...nyelam-nyelam aku terus nyungap...
Sejak tu taubat nak mandi lama-lama dalam parit.

Asal nak raya...nyai mesti suh datang rumah...tolong buat kuih bahulu.
Subuh lagi dah mula ngecap telur...adeh...bagai nak tanggal bahu.
Satu tong entah berapa puluh biji telur entah...smpai ke petang baru siap bakar.
Dengan loyang tembaga...bara atas penutup....seharian jadi rumah sedih...
Nangis-nangis ngipas bara...nangis-nangis tiup api...
Tapi enaknya bahulu bangkak bila cicah sirap terasa di tekak hingga hari ini.