Followers

Saturday, February 28, 2009

Masuk bakul tolak sendiri



aksi ayman di tengah malam buta....bla la die nak tdo ni....bleh gelak2 lagi tu.....isk!isk!GERAM...

Penah tengok Ladang Gandum?



Tima kasih la atas permintaan korang....nak sangat tengok pemandangan yang kat Malaysia x de....ni je yang sempat aku amik mase kat sana....Kawasan yang berwarna coklat tu la ladang gandumnya....memang saujana mata memandang.mase ni kitorang ondway balik petik ceri...mula-mula tu musykil gak dengan 'rumput2' yang berwarna coklat tu....pokok gandum rupenya.rupe2nya kawasan tu memang pengeluar gandum terbesar di Ostolia..baru la aku tau....mcm tu rupenya pokok gandum yang sebenar...selama ni cume tengok gambo n makan tepung gandum je.....hehe....dapat la aku share dengan korang pengalaman aku ni....

Tuesday, February 10, 2009

Untungnya berwajah ceria...

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki.

Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Rupa mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang.

Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Sunday, February 1, 2009

Resepi Air Soya


Resepi ni aku try mase kat ostolia dulu….sbb air soya kat sana x de la sesedap macam kan m’sia.Lagi satu susah nak dapat yang sedap.So aku pn try la wat sendiri.Hasilnya memang lebih sedap(bukan nak puji diri sendiri tau).Selain dari tu,mmg puas minum walaupun aku wat cume ½ kg je….. kalau nak wat berniaga pun bleh.Aku berniaga tuk perut aku je setakat ni hehe…
Kepada kawan2 yang mintak resepi aku dulu tu,pas ni leh la try sendiri ek….kalau x cube mane nak tau hasilnya.Kn lebih elok wat sendiri,x de la bhn pengawet dlm air soya tu….



Ni air soya yang aku masak pagi tadi...bukti ni...nanti korang ingat aku bg resepi ciplak2 je plak...

Bahan-bahannya
½ kg kacang soya
Beberapa helai daun pandan
Gula
Air


Cara-caranya
1.Rendam kacang soya semalaman sehingga tanggal kulitnya.Kemudian basuh dan toskan.
2.Blend 1 cawan kacang soya dengan 3 cawan air.(pada aku dah ok la kepekatannya.kalau nak lebih pekat,kurangkan airnya)
3.Tapiskan menggunakan kain kasa/bawal(bleh guna tudung bawal yang dah x guna tu).tapi aku guna penapis teh yang kain tu,yang biase orang guna kat kedai makan tu.lagi senang.hehe....
4.Ulang langkah 2 dan 3 sampai kacang soya tu abis.
5.Jerang air soya tdi sampai mendidih menggunakan api yang perlahan.Masukkan daun pandan.Kacau sekerap yang mungkin untuk elak air soya menjadi hangit dan melimpah.
6.Masukkan gula mengikut citarasa korang.Nak wat air gula asing pn boleh.
7.Dah siap dah.Bleh la hidangkan.....


Selamat Mencuba....