Followers

Showing posts with label Syarat Yang Tertunai. Show all posts
Showing posts with label Syarat Yang Tertunai. Show all posts

Saturday, December 5, 2015

Syarat Yang Tertunai Part 3














“Abah tak mau kau sibuk dengan sukan lagi…Sukan tu bukannya menjamin masa depan.Berapa kerat sangat orang yang berjaya dengan bersukan??? Abah hantar kau ke sekolah untuk belajar,bukan untuk bersukan!”
            Terngiang-ngiang dalam benakku herdikan abah apabila dia mendapat tahu aku terlibat dengan aktiviti sukan di sekolah.Itupun latihan semasa waktu sekolah dan untuk sukan tahunan sekolah sahaja.Lagipun setiap petang aku tak culas membantu ibu berjual.
            Kalau aku menerima tawaran cikgu Zarinah,itu bermakna latihan akan dijalankan pada waktu petang.Dah tentu abah akan tau,tak ada alasan yang aku boleh bagi pada abah untuk aku sertai latihan itu tanpa pengetahuannya.Aku tak sanggup menerima tengkingan dan herdikan abah.Itu belum lagi rotan yang menyinggah di kaki.Sakit…perit…walaupun ia tak seperit luka dalam hati aku.
“Emmm…apa masalahnya lagi Aymi?” terkesan juga Cikgu Zarinah dengan perubahan air mukaku.
“Abah!!! Jangan Bah…Abah…!!!”raunganku panjang memaut kaki abah yang merampas pingat yang baru aku menangi semasa Sukan Olahraga Tahunan Sekolah.
“Ni apa ni?Abah bakar benda ni…Abah suruh belajar,bukan bersukan!!!” jerkah abah.
“Berapa kali dah abah bagi tahu kamu???Degil kamu ni!!! pantas kaki abah melangkah ke tempat bakaran sampah yang sedang marak menyala di hujung laman.
            Aku menggogoi dalam pelukan ibu hanya mampu memandang pingat olahragawati sekolah yang baru berada beberapa minit dalam gengamanku itu,lenyap ditelan maraknya api.

“Ya Allah…kenapa abah tak memahami hati aku…” dalam esak tangis aku mengadu pada yang Esa.

Malamnya sampai bengkak mata aku menangis.Sudahnya sebiji nasi pun tidakku jamah hingga ke pagi.Hatiku tetap merintih,sampainya hati abah memperlakukan aku begitu.Hanya ibu yang memahami hatiku.Ibu juga yang memujuk aku supaya bersabar dengan sikap abah.Mudah-mudahan suatu hari nanti abah akan berubah.Tapi sampai bila?getus hatiku.

            Akhirnya aku ceritakan juga akhirnya kisah abah kepada Cikgu Zarinah.Namun Cikgu Zarinah tetap mahukan aku menyertai pasukan sekolah untuk bertanding ke peringat zon dan daerah.
“Kamu jangan risau Aymi.Asalkan kamu berminat dan setuju untuk menyertainya,yang lain nanti cikgu akan uruskan ya” jawapan cikgu Zarinah tidak pernah mematikan semangat aku.Setiap kali berbicara denganku tiada ayat ‘tidak boleh’ yang keluar dari mulutnya.

            Aku hanya mengangguk lemah.Tapi dalam hati,aku memang tidak mampu meletakkan sebarang harapan.Bak kata pepatah kalau kail panjang sejengkal,laut yang dalam jangan di duga.

Sunday, March 6, 2011

Syarat Yang Tertunai-Part 2























“Aymi,awak berbakat besar dalam  olahraga,lebih-lebih lagi acara pecut.Catatan masa awak hampir menyamai rekod daerah dan negeri.Takkan awak nak tarik diri?”
“Maafkan saya cikgu…” serba salah hendakku terangkan hal sebenar.
“Saya tau,awak sangat meminati bidang sukan.Mesti ada sebab lain kenapa awak nak menarik diri.Cuba awak terangkan pada saya.Insya Allah saya akan bantu awak” pujuk Cikgu Zarinah lembut.
“Cikgu,sebenarnya…setiap petang saya kena bantu ibu saya jual karipap di gerai.Kalau saya ikut serta dalam program olahraga ni,nanti ibu saya tak ada siapa yang bantu”.
“Owh,begitu rupanya…” terangguk-angguk kepala Cikgu Zarinah.
“Ya cikgu,adik saya masih kecil dan tak dapat membantu ibu berjual di gerai.Biasanya saya yang menjual kuih-kuih itu cikgu” aku menerangkan dengan lebih lanjut situasi yang sebenarnya.
“Berapa banyak karipap jaulan awak sehari Aymi?”
“Emmm…biasanya ibu buat kira-kira 100 biji cikgu”.
“Ok,beginilah…Jualan awak setiap hari tu awak bawa ke sekolah.Cikgu beli semuanya untuk makan petang selepas latihan.Jadi awak tak perlu risau lagi tentang itu” kata-kata cikgu Zarinah aku sambut dengan senyum lebar.Kalaulah boleh lebar sampai telinga.Akulah badut yang tak perlu nak dilukis mulutnya.
“Terima kasih,cikgu…terima kasih!” gembira benar aku dengan cadangan Cikgu Zarinah itu.
Rasa seperti nak melompat setinggi yang boleh.Kalau boleh terbang seperti superman,pasti aku dah hilang dari pandangan Cikgu Zarinah sekarang ni.Tapi bila aku teringatkan amaran abah,wajahku menjadi redup kembali.

Sunday, February 20, 2011

Syarat Yang Tertunai-Part 1


Assalamualaikum....
Semoga sihat semuanya...
Nak share sedikit hasil tulisan,walaupun tak pernah menulis sebelum nie...tapi gatal gak tangan ni nak buh gak kat sini...hehhehe...
terima kasih kerana sudi membaca..ataupun sekadar melintaskan pandangan...










Panas petang tetap juga terasa menggigit kulitku.Pantas jari jemariku mengemaskan segala perkakasan jualan ibu di gerai kami.Walaupun tidak seberapa,sedikit sebanyak jualan karipap itu tetap mampu menambah pendapatan dan meringankan tanggungan abah.
 “Long,ibu nak hantar along ke asrama.Ibu dah fikirkan masak-masak.Along kena terima tawaran tu.Yang lainnya,along jangan risau…ibu dan abah dah uruskan.Cuma ibu harap along belajar rajin-rajin”.
“Tapi mak…”
“Keputusan ibu muktamad.Ini peluang untuk along.Ibu tak nak kita sia-siakan peluang yang ada ni” kata-kata emak menyentap jiwaku.
Minggu lepas,telah aku maklumkan pada ibu, aku tak mahu terima tawaran ke asrama.Mengenangkan adik-adikku yang berdua tu.Aku merasakan aku sepatutnya lebih diperlukan di sisi ibu.Walaupun apalah sangat kudrat budak berusia 12 tahun seperti aku ,tapi sekurang-kurangnya aku masih boleh membantu apa yang patut di rumah.Tapi sebenarnya aku hilang keyakinan,hilang semangat.
“Along,along ingat tak pesan Cikgu Zarinah?” melihat aku diam,ibu menyambung kata-katanya.
Mendengar nama Cikgu Zarinah disebut ibu,serta merta rasa sebak menular dalam hati.Ingatanku menerawang mengingati guru kesayanganku itu.