Followers

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, January 23, 2016

Berkeperluan


http://kolesteroltinggi.net/
(Tepek kat sini...nanti baca lagi)

Lama dah tau tapi tak sedar-sedar diri gak...
Sejarah dah memang la ...

Ok...ok...
Meneruskan usaha...
An apple a day keep the doc away...
2,3 keep doc faaaar...faaaar...away

Sayangi diri..sayangi hati...
Masih berkeperluan untuk terus sihat...

Thursday, April 22, 2010

Sabun Stokin??

Haaa.....meh kita berjimat lagi..nak tak?Hari tu aku dah bg tips mcamana nak cuci kete masa hujan lebat..hahahahha..macam sengal je kan kedengarannya...tapi boleh dipraktikkan pe...dan memang aku selalu wat pe...tak caya???tanya pada sesiapa yg percaya la...hehehhehe..

Biasa korang dengar tentang bunga stokin jek (bunga tuk hantaran tuh la...)tapi kali nih...sabun stokin...aku nak share dgn korang mcmane nak wat sabun stokin lak...gunanya???ada kaitan ngn cuci keta gak nih...

Tips ni sesuai tuk mereka2 yg mandi menggunakan sabun mandi sahaja..yang mandi guna shower foam n yang seangkatan dengannya tu pun leh la baca gak..tambah2 ilmu...


Bahan2nya
1.sisa sabun mandi yg dah tak boleh ditenyehkan kat badan tu..JANGAN buang...
2.Stokin lama yg dah longgar getah gripnya tuh...atau yg dah berlobang dihujungnya..
3.getah gelang/benang n jarum.

Cara2nya
1.ikat atau jahit hujung stokin yg berlubang tuh...
2.masukkan sisa2 sabun ke dalam stokin tuh
3.ikat atau jahit hujung yg satu lagi tuh..
haaa...dah setel!!!...pastu celup dalam air...dan korang dah boleh teruskan usaha korang mencuci kereta...Mudahkan..
Jimat sabun tuk cuci kete...jimat juga wit bayo cuci kete...dan jimat minyak gak sebab tak payah susah2 nak anto kete g kedai tuk dicuci...
Selamat mencuba..:)


Thursday, April 15, 2010

Sapo...dilla?

Dila mana pulak nih?Dilla Hussein?OOOoooo sudah semestinya tidak....Tak de kaitan pun dengan manusia spesies nih.Walaupun namanya seperti nama manusia.tapi..bila saja menyebut nama nih..banyak kenangan aku dengan sapo...dilla nih...teramat banyak!!Tapi kali nih aku bukan nak cerita pasal kenangan terindah aku tuh...

Kalau nak tau,itu la salah satu nama glamour untuk ciku...Sapodilla...sedap nama tuh..sesedap buahnya juga..buah ciku kenal tak?Selain dari rasanya yang manis tu...rupa2nya banyal khasiat ciku nih...Dari buah hinggalah ke daunnya..dan jangan tak tau...GETAH ciku juga ada kegunaannya.Getah ciku tu la yang di gunakan tuk menghasilkan 'benda' tu.Korang selalu suka makan benda tu..Tapi tak tau mana asal usulnya.
tahu tak bahawa..Rupa2nya chewing gum yang yang korang dok kunyah tu memerlukan getah ciku sebagai bahan penting tuh menghasilkannya..Percaya..jangan tak caya..bahawa sesungguhnya..korang bukan setakat makan buah ciku...tapi getah ciku pun korang balun gak...hehehhehe..nah,kat bawah tu..aku tepek tuk korang baca...

Antara kelebihannya yang lain ialah:
Penawar Buang Air Berdarah

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.
Selain itu,daun ciku boleh direbus untuk rawatan demam panas, sakit perut dan sebagai antiseptik. Manakala bijinya dihancurkan dan ditelan untuk mengeluarkan batu karang dalam hati dan ginjal. Teh herba daun ciku disapu pada sendi yang mengalami sakit reumatisme.

Tuesday, March 30, 2010

Ohhhh..honey...dew!!!


Macamana nak memilih tembikai susu supaya bila kita bawa balik,belah n makan ia memuaskan hati kita?Dan setimpal dengan harganya ?Acap kali kita membawa pulang tembikai susu yg tawar sedangkan rupanya memang cantik n kelihatan seperti manis.

Jangan tertipu pada kulit tembikai susu yg lawa...licin...rata..n tiada cacat cela.Sebab ia tak menjamin kepada kualiti rasanya yang enak.Ada pulak siap tepuk2 n cium tembikai susu tu..tapi berapa kerat sangat yg rajin nak menghidu sebegitu..tentu pelik dilihat orang.

Ni saja nak share petua bila membeli tembikai susu..Pilih buah yang banyak ketak2 pada kulitnya..senang kata mcm menggerutu gitu la..insya Allah rasanya manis.

Selamat mencuba..

Friday, March 19, 2010

Segar dan enak!!

Semalam di pasar,semasa dok tunggu ayam yg aku oder di proses…sempt aku melihat gelagat pemborong2 ikan di pasar menggredkan ikan.Cekap dan pantas.Nampak macam senang jek.sekejapan jek mereka dah siap menggredkan ikan parang yang ntah berapa puluh ekor tuh.Cara diorang mengredkan ikan tu mudah jek…
actually aku pun guna cara yang sama gak bila bli ikan.Tapi tak de la sepakar diorang tuh.Sesetengah orang,bila pilih ikan..siap dipicitnya ikan tu la…tgk sisik la…Sebenarnya petuanya simple dimple jek.Tapi belum tentu semua orang tau caranya.Ada yg tau g pasar beli ikan,tunjuk n bawak balik jek.Sampai rumah bila ikan tu tak sedap n tak fresh..pandai lak complain.hahhaha…

OK caranya macam nih…bukak penutup insang ikan kat kepala tuh…tengok warna insang tuh.Kalau masih merah,segar la ikan tuh.Tapi kalau dah birat n biru…maknanya ikan tu dah lama.kenapa insang?sebab semua ikan ada insang.Kalau nak berpandukan sisik…bukan semua ikan ada sisik.

So lepas nih…jangan kata tak tau nak pilih ikan.dan yang penting,jangan bli ikan busuk bawak balik rumah lagi…Baru la seronok bila dapat makan ikan yang segar n enak...Selamat Mencuba!!