Followers

Monday, June 11, 2007

Pernahkah kita merasainya....



1.Anda hangat bercinta dengan kekasih anda sehingga merancang untuk mendirikan rumahtangga.Saat-saat indah yang anda ingin kecapi hancur apabila kekasih anda di tangkap basah dengan seorang kenalan anda.

2.Kehidupan anda suami isteri bahagia dan saling mempercayai sehinggalah suatu hari anda mendengar khabar mengatakan suami atau isteri anda menjalinkan hubungan dengan teman sepejabat.

3.Keputusan anda dalam peperiksaan amat cemerlang.Kalau ikutkan petik jari semua IPTA berebutkan anda.Tetapi setelah semua rakan-rakan anda pergi mendaftar diri ke IPTA dan IPTS anda masih lagi menanti jawapan seperti buah tak gugur.



Apa yang kita rasai apabila kita berdepan dengan situasi tersebut?Rasa kecewa yang menghantui anda...Walaupun hanya satu perkataan yang agak kelihatan enteng,tetapi bagi yang pernah merasainya ia merupakan sesuatu yang amat sukar dilupakan.Apa yang dinyatakan di atas adalah sekadar beberapa situasi yang dialami oleh segelintir individu.Sedangkan hakikatnya setiap individu akan sentiasa berdepan dengan perasaan itu walaupun hanya di sebabkan hal-hal yang sebesar hama.


Kecewa atau hampa merupakan perasaan yang timbul apabila sesuatu perkara yang dihajati tidak tercapai.Apatah lagi jika harapan yang diberikan amat tinggi begitu jugalah besarnya kecewa yang melanda seseorang itu apabila harapan itu di hancurkan.Untuk menjadikan seseorang itu kecewa amatlah mudah.Guriskan sahaja hatinya atau lakukan sahaja perkara yang tidak disukainya.Tetapi untuk merawatnya bergantung pada kekuatan individu itu untuk memulihkan perasaannya sendiri.Kecewa itu juga mampu menjandikan sorang itu mengidap penyakit kemurungan juka tiada kekuatan dalam dirinya.Tidak hairanlah jika ada yang menjadi tidak siuman dek kerana tidak mampu mengawal atau merawat kekecewaan itu.

Ada orang kata,orang paling sabar….... jika hatinya terluka dan kecewa akan mengambil masa yang paling lama untuk disembuhkan.Apabila kita renungkan ada juga kebenarannya kenyataan itu.Seorang isteri yang terlalu banyak memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah.Cuba juga memupuk semula kepercayaan untuk suaminya walaupun tidak diendahkan.Dengan harapan suaminya akan menyedari kesetiaan dan pengorbanannya.Masih sedia memberikan peluang walaupun hatinya berkali-kali terluka.Tetapi dengan kesabaran yang ada dalam diri dan ketabahannya dia terus mengharapkan suaminya akan sedar.Tetapi,sabar itu ada takatnya.Rasa kecewa kalau dihimpun boleh menyesak dada.Apabila rasa itu meletup.Untuk merawatnya menjadi sesukar bagaimana ia mengumpul dan menahan dalam dada.Kalau rajuk yang dipilih.Lagi parah lah untuk memujuk.

Oleh itu,bukan semua orang mempunyai cara yang sama untuk merawat rasa kecewa.Ada yang lebih suka mengurung diri dalam bilik berjam-jam atau mungkin juga berhari-hari.Suasana yang suram dilihat boleh memberikannya ruang untuk mengenal diri sendiri dan mencari kesilapan diri.Ada yang memilih untuk duduk menghadap laut.Hembusan angin laut yang mendamaikan dengan deruan ombak dan kicauan burung memberikan ketenangan hati untuk berfikiran lebih rasional.Ada pula yang suka untuk berekreasi.Berjoging atau travel ke tempat-tempat yang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup sedikit ssebnayak mampu mengubat luka di hati.Ada pula yang memilih untuk melukis.Adunan warna boleh menginterpretasi apa yang ada di dalam diri kita.Jadi meluahkan perasaan di atas kanvas juga dilihat mampu mengawal perasaan yang berkecamuk dalam diri.Terdapat juga individu yang lebih selesa untuk mencari rakan yang dipercayai untuk meluahkan segala kekecewaan yang melanda. Setelah selesai bercerita kita akan lebih lega dan selesa.Secara tidak langsung rakan tadi juga boleh memberikan pandangan dan tindakan yang perlu diambil.

Apa yang penting di sini ialah walau apa juga cara yang anda lakukan untuk menstabilkan rasa kecewa itu,anda perlu memastikan diri anda berada dalam keadaan sedar dan waras sebelum sebarang tindakan anda ambil.Kerana setelah keadaan diri anda waras barulah anda boleh berfikir tentang kewajaran tindakan-tindakan tersebutl.Berfikir dan menimbang secara rasional tentang buruk baik segala aspek.Yang penting setiap tindakan yang kita ambil untuk merawat kekecewaan itu tidak menyerlahkan ketololan diri kita.Jika kita tersilap memilih, kita akan di tertawakan oleh orang yang mengecewakan kita.

Kerana bila kita dilanda kecewa,kita sepatutnya rasa diri kita mampu untuk melakukan semua perkara sendirian.Kita boleh hidup sendiri tanpa bantuan dan perhatian orang lain.Itupun jika kita memikirkan untuk terus hidup.Ada yang berfikiran cetek terus mengambil keputusan untuk membunuh diri.Apa yang kita dapat kalau kita membunuh diri?Hanya glamour seketika di dada akhbar.Kemudian orang mencerca kebodohan kita.Sepatutnya kita buktikan kepada mereka yang mengecewakan kita bahawa kita boleh terus hidup dengan kudrat yang kita ada.Buktikan kita bukan seumur hidup hendak mengharap belas dan ikhsan mereka.

Ada nasihat dari rakan yang berpesan…Jika anda merasai kecewa itu….Duduk dan beranganlah seketika…Renungkan mengapa?Bagaimana?Kenapa?semua itu terjadi.Jangan terus mengambil tindakan yang drastik.Kerana sebab sesuatu perkara itu berlaku sedikit sebanyak disebabkan juga oleh diri kita sendiri.

Wallahu’alam……