Followers

Sunday, March 6, 2011

Syarat Yang Tertunai-Part 2























“Aymi,awak berbakat besar dalam  olahraga,lebih-lebih lagi acara pecut.Catatan masa awak hampir menyamai rekod daerah dan negeri.Takkan awak nak tarik diri?”
“Maafkan saya cikgu…” serba salah hendakku terangkan hal sebenar.
“Saya tau,awak sangat meminati bidang sukan.Mesti ada sebab lain kenapa awak nak menarik diri.Cuba awak terangkan pada saya.Insya Allah saya akan bantu awak” pujuk Cikgu Zarinah lembut.
“Cikgu,sebenarnya…setiap petang saya kena bantu ibu saya jual karipap di gerai.Kalau saya ikut serta dalam program olahraga ni,nanti ibu saya tak ada siapa yang bantu”.
“Owh,begitu rupanya…” terangguk-angguk kepala Cikgu Zarinah.
“Ya cikgu,adik saya masih kecil dan tak dapat membantu ibu berjual di gerai.Biasanya saya yang menjual kuih-kuih itu cikgu” aku menerangkan dengan lebih lanjut situasi yang sebenarnya.
“Berapa banyak karipap jaulan awak sehari Aymi?”
“Emmm…biasanya ibu buat kira-kira 100 biji cikgu”.
“Ok,beginilah…Jualan awak setiap hari tu awak bawa ke sekolah.Cikgu beli semuanya untuk makan petang selepas latihan.Jadi awak tak perlu risau lagi tentang itu” kata-kata cikgu Zarinah aku sambut dengan senyum lebar.Kalaulah boleh lebar sampai telinga.Akulah badut yang tak perlu nak dilukis mulutnya.
“Terima kasih,cikgu…terima kasih!” gembira benar aku dengan cadangan Cikgu Zarinah itu.
Rasa seperti nak melompat setinggi yang boleh.Kalau boleh terbang seperti superman,pasti aku dah hilang dari pandangan Cikgu Zarinah sekarang ni.Tapi bila aku teringatkan amaran abah,wajahku menjadi redup kembali.

Tuesday, March 1, 2011

Kumpul2 sebelum berpisah.





Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
en3 hari ni...cerita kisah sedih la plak...terpaksa rela untuk kecemerlangan bersama...
Al-kisahnya..GPK KOKO kami En. Aziz bin Seman telah pun berpindah ke SK Pt Lapis berkuat kuasa hari ni( 1 Mac 2011)...

Setelah beberapa tahun bekerja di bawah bimbingannya,mana nak carik ketua yg benar2 sporting dan sentiasa menyokong kami demi kecemerlangan murid dan kokurikulum sekolah.Walaupun,ada yg pandang sebelah mata tentang pentingnya koko...tapi tu tak melunturkan semangat yg disuntik oleh beliau yang mahukan anak didiknya mendapat seimbang dari segenap segi yang bertepatan dengan falsafah pendidikan negara.Semangat 1 murid 1 sukan diharapkan dapat diteruskan untuk tahun2 yg akan datang...

Adat la bg manusia...setiap pertemuan itu ada perpisahan..perpisahan sementara ataupun yang hakiki telah ditentukan olehNYA...redha adalah jalan yg terbaik...moga ada pengganti yang lebih baik..Insya Allah...

Kepada cikgu Aziz..saya mewakili semua guru sukan yang bekerja dibawah cikgu sentiasa mendoakan kecemerlangan cikgu walau di mana cikgu berada..dan pastinya..guru2 di SK Pt Lapis menadah tangan gembira menerima kehadiran cikgu di sana...


p/s:ni lagu tema dr cikgu Aziz...