“Abah tak mau kau sibuk dengan sukan lagi…Sukan tu
bukannya menjamin masa depan.Berapa kerat sangat orang yang berjaya dengan
bersukan??? Abah hantar kau ke sekolah untuk belajar,bukan untuk bersukan!”
Terngiang-ngiang
dalam benakku herdikan abah apabila dia mendapat tahu aku terlibat dengan
aktiviti sukan di sekolah.Itupun latihan semasa waktu sekolah dan untuk sukan
tahunan sekolah sahaja.Lagipun setiap petang aku tak culas membantu ibu
berjual.
Kalau
aku menerima tawaran cikgu Zarinah,itu bermakna latihan akan dijalankan pada
waktu petang.Dah tentu abah akan tau,tak ada alasan yang aku boleh bagi pada
abah untuk aku sertai latihan itu tanpa pengetahuannya.Aku tak sanggup menerima
tengkingan dan herdikan abah.Itu belum lagi rotan yang menyinggah di
kaki.Sakit…perit…walaupun ia tak seperit luka dalam hati aku.
“Emmm…apa masalahnya lagi Aymi?” terkesan juga
Cikgu Zarinah dengan perubahan air mukaku.
“Abah!!! Jangan Bah…Abah…!!!”raunganku panjang
memaut kaki abah yang merampas pingat yang baru aku menangi semasa Sukan
Olahraga Tahunan Sekolah.
“Ni apa ni?Abah bakar benda ni…Abah suruh
belajar,bukan bersukan!!!” jerkah abah.
“Berapa kali dah abah bagi tahu kamu???Degil kamu
ni!!! pantas kaki abah melangkah ke tempat bakaran sampah yang sedang marak
menyala di hujung laman.
Aku
menggogoi dalam pelukan ibu hanya mampu memandang pingat olahragawati sekolah
yang baru berada beberapa minit dalam gengamanku itu,lenyap ditelan maraknya
api.
“Ya Allah…kenapa abah tak memahami hati aku…” dalam
esak tangis aku mengadu pada yang Esa.
Malamnya sampai bengkak mata aku menangis.Sudahnya
sebiji nasi pun tidakku jamah hingga ke pagi.Hatiku tetap merintih,sampainya
hati abah memperlakukan aku begitu.Hanya ibu yang memahami hatiku.Ibu juga yang
memujuk aku supaya bersabar dengan sikap abah.Mudah-mudahan suatu hari nanti
abah akan berubah.Tapi sampai bila?getus hatiku.
Akhirnya
aku ceritakan juga akhirnya kisah abah kepada Cikgu Zarinah.Namun Cikgu Zarinah
tetap mahukan aku menyertai pasukan sekolah untuk bertanding ke peringat zon
dan daerah.
“Kamu jangan risau Aymi.Asalkan kamu berminat dan
setuju untuk menyertainya,yang lain nanti cikgu akan uruskan ya” jawapan cikgu
Zarinah tidak pernah mematikan semangat aku.Setiap kali berbicara denganku
tiada ayat ‘tidak boleh’ yang keluar dari mulutnya.
Aku
hanya mengangguk lemah.Tapi dalam hati,aku memang tidak mampu meletakkan
sebarang harapan.Bak kata pepatah kalau kail panjang sejengkal,laut yang dalam
jangan di duga.
No comments:
Post a Comment