tahu tak bahawa..Rupa2nya chewing gum yang yang korang dok kunyah tu memerlukan getah ciku sebagai bahan penting tuh menghasilkannya..Percaya..jangan tak caya..bahawa sesungguhnya..korang bukan setakat makan buah ciku...tapi getah ciku pun korang balun gak...hehehhehe..nah,kat bawah tu..aku tepek tuk korang baca...

Penawar Buang Air Berdarah
Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.
Selain itu,daun ciku boleh direbus untuk rawatan demam panas, sakit perut dan sebagai antiseptik. Manakala bijinya dihancurkan dan ditelan untuk mengeluarkan batu karang dalam hati dan ginjal. Teh herba daun ciku disapu pada sendi yang mengalami sakit reumatisme.
No comments:
Post a Comment