Followers

Friday, November 13, 2015

Membuang Sayang Merawat Rindu

Akhirnya terhambur juga tangisannya.
Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia menangis. Cuma yang terasa sesak padat yang tersendat dalam benaknya perlu dilepaskan.

Bermacam-macam paparan menerjah keluar umpama tayangan filem.
Satu demi satu melayang keluar bersama esekan yang panjang.
Merawat rawan hati...
Mudah benar hati terasa...
Mudah benar hati terusik...
Walau kadang-kadang dia sendiri kabur dengan maknanya.

Ya,begitu payahnya membuang sayang.
Begitu juga peritnya merawat rindu.

Thursday, November 12, 2015

KetetapanMu Redhaku

Ya Allàh...
Sesungguhnya apa jua ketetapanmu adalah yang terbaik bagiku.
Menatap keputusannya...
Buntu aku dengan rasa apà yàng mampu kuluah...
Pasakkan aku dengan kesabaran Ya Allah...
Pasungkan aku dengan ketabahan Ya Allah...
Bimbingi aku... ke jalan redhaMu

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Friday, November 6, 2015

Pasrah tabah

Alhamdulillah masih dapat menjenguk kanvas ini.

Dalam fasa mempasrahkan diri....
Membina semangat diri...
Membiasakan keadaan diri...
Meneruskan perjuangan diri...
Mengutip kekuatan diri...
Memasakkan diri dengan azam dan iltizam...
Moga tabah....sabar dan redho kukuh kejap tak tergugat di hati dan jiwaa..

Memang...
Tak terbilang pedihnya...
Tidak bayang payahnya...
Tak terluah sakitnya..
Tak terlaung sesaknya...

Tiada sapa tahu...
Tiada sapa rasa walau cuba menyelami...

Walau terluah namun hanya secebis...
Andai terhambur hanya sekelumit...

Rasa yang tersimpan..terpanduk...
Hanya DIA yang tahu...

Ya Allah kau permudahkanlah...

Hikmah dari sedih

Sikap Jaya

Thursday, October 29, 2015

Sedia Diri

Percaya dengan ujian....bahawa Allah sedang mempersiapkan kita untuk sesuatu yang terbaik untuk diri.
Berbaiksangkalah wahai diri....

Saturday, June 20, 2015

Avocado + nangka yang mabeles


Alhamdulillah...
Syukur masih ditemukan lagi dengan ramadhan ini.


Gara-gara terbaca entri kat fb pasal avocado murah kat Sabah (fb si Fariz tu la...)
Puasa-puasa ni nafsu memang tak nak kalah...
Terjumpa pulak dengan avocado...dan yang syok nangka pun ada skali
Dalam kepala terus tune kepada avocado nangka...(tengok...jahatkan)
So...jom kita buat avocado nangka...

1. 1 biji avocado 
     (yang dah masak tau...belah dua,buang biji dan korek keluarkan isinya...pastu                                lenyekkan  ia...kalau malas      nak blender pun bleh)
2. 4 ulas nangka 
    (potong dadu kecik2...saya gunting jek...hihi)
3. Gula (ikut la tahap kemanisan yang dikehendaki)
4. Air panas+air sejuk (ikut saiz jag)
5. Garam (secubit jek)
6. Air batu

Bahan di atas ni boleh menghasilkan 1.5 liter air avocado nangka (kalau banyak sangat dah tak sedap)

1. Gaulkan avocado dan nangka.
2. Masukkan sedikit air panas.
3. Kacau sampai rata.
3. Masukkan gula.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan air.
6. Masukkan ais.

Dah leh diminum...

Senang n mudahkan?
Selamat mencuba.

Dah buat air avocado nangka perlu tau gak apa khasiatnya...Jom baca.


10 KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH AVOKADO


Pokok avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai zat khasiat yang 
dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah 
penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti. 
Pokok avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. 
Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur 
dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan 
mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avokado mempunyai hujung yang runcing.



Pokok avokado berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Kini, buah avokado ditanam di 
negara-negara seperti Afrika Selatan, Australia dan New Zealand. Buah ini dikategorikan 
dalam beberapa jenis seperti bacon, fuerte, gwen, hass, penkerton, reed dan zutano. 
Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah daun, buah, kulit kayu 
dan biji. Buahnya amat berkhasiat kerana mengandungi protein,
 zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, naisin 
dan riboflavin.

Buah avokado adalah salah satu buah yang dicipta dengan pelbagai khasiat
yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jadi, kita disarankan seperti
dalam piramid makanan yang seimbang untuk lebihkan pengambilan buah dalam kehidupan kita.
Mari lihat apa 10  khasiat dan kelebihan memakan buah avokadoyang boleh
diperoleh dari memakan buah ini.


10 Khasiat Dan Kelebihan Memakan Buah Avokado


1) Mengawal tekanan darah

Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2) Menggalakkan kesihatan mata
Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah
 untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.

3) Melindungi daripada kanser
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser
 prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

4) Menyembuhkan nafas berbau
Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk 
melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan 
punca sebenar nafas berbau

5) Ciri-ciri anti -penuaan
Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. 
Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, 
dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

6) Penjagaan Kulit
Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya
untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat
penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

7) Berat badan
Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai
kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah
makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado
adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin
mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.


8) Mengekalkan kesihatan jantung
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap 
homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. 
Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu
 dalam mengekalkan jantung yang sihat.

9) Vitamin E Powerhouse
Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting
 yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.


10) Mengandungi banyak vitamin
Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan
galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

Alhamdulillah kerana membaca sampai abis..resepi dapat..ilmu pun dapat.TAHNIAH!


Tuesday, March 3, 2015

Sendiri Mau Ingat



Masa kita kecil,mak selalu tegur..ingatkan tentang solat...tentang ngaji.mak membebel bila kita lewat solat..buat-buat lupa solat...buat-buat dah solat tapi sebenarnya tidak.

Mak jugak yang sibuk belikan telekung...belikan sejadah baharu.Belikan kain pelikat.Semua tu supaya kita rasa bersemangat nak solat.
Itu semua berlaku bila kita tinggal bersama mak...mak tak jemu-jemu pantau kita...sampai kadang-kadang kita naik rimas.
Bila kita masuk U.Saat kita mula hidup sendiripun mak maaih menitipkan pesan..."solat jangan lupa".setiap kali telefon.mak masih meninggalkan pesanan yang sama.

Dan masa semakin berlalu...sementara mak semakin tua...kita pula semakin dewasa.Mak beranggapan kita telah mampu menilai diri sendiri...

Dan kita pula....sehingga takat mana masih perlukan teguran mak tentang solat...

kita boleh jek tinggal solat...mak bukan tau...kita boleh jek tak nak buat amalan-amalan lain bukan mak tau...

Dan bila mak tak ada nanti..siapa aje pun yang nak tegur kita?TAK ADA...

selama ini kita bergantung harap pada teguran..dan ingatan....
Sedangkan kita sendiri tak mau ingat....
Sedangkan semua itu adalah untuk diri kita sendiri...

SEDARLAH WAHAI DIRI..MATI ITU PASTI...BILA-BILA
kalau sendiri tak buat untuk diri sendiri...sedialah bekal untuk kita mati nanti


Monday, February 9, 2015

You ,sedih!pergi jauh-jauh...

Alhamdulillah....
Masih berpeluang memanjat kesyukuran untukMu...

Dalam banyak2 perasaan..paling susah nak di handle ialah rasa sedih...

Sebab sedih ni la yg mengundang banyak lagi rasa selepasnya...
Rasa kecewa..rasa terkilan..rasa marah...

Dan rasa sedih ni lagi payah bila ia tak boleh nak diluah dan nak ditunjuk sebab bimbang akan menyebabkan seseorang menjadi lebih down...

Itu lah sebab kita perlukan sabar dalam hidup...kerana sabar itu yng menyebabkan kita kuat n tabah menghadapi ujian...

Ingatan untuk diri...ALLAH tak minta kita buat ape2 untuk mendepani ujian Nya kecuali dengan berSABAR...

maka..sabarlah duhai hati...

Thursday, February 5, 2015

Tragedi 13 Ogos

Allahuakbar...
Melihat kereta..bagaimana agaknya pemandunya?
Kejadian sekelip mata di laluan yg sering berhati2 setiap hari.
Namun malang memang tidak berbau.
Walaupun sebenarnya malam itu semasa baru melelapkan mata...satu bayangan melintas di tabir mata...
Renungan seorang lelaki berwajah jernih melekat dalam minda. Berseban dan berjubah putih.
Namun tak terjangkau dek akal apakah petandanya.
Setelah kejadian benak seakan mentafsir..apakah izrail menyapa aku...
ALLAH....

Bertahun bersama suka dan duka
menjadi teman disaat melampias duka
menjadi gubuk tawa di saat gembira
tika marah terhambur,disambut senyap membungkam
tika bebelan berjela,tetap tuli dan selamba
setiap pagi berbondong bersama
lewat petang lelah pulang tetap setia

dan ketika malam itu satu bayangan melintas saat mata dilelapkan...
hingga kini masih tergambar jelas didepan mata..
hingga kini persoalan tidak terungkai
menjadi titik perpisahan kita...
pergi yang tak kembali...
hilang tak mungkin berganti..
kau terkorban demi aku...
remuk dirimu,luluh aku memandang...
walaupun air mata hanya mampu bergenang..
dalam jiwa telah karam terbarai...

Sabar diuji

Allah menguji...
Maka sabar adalah yang paling perlu.

Buat kesekian kalinya menjadi pelawat tetap di sini.

Yang sakit mmg la sakit...mmg bosan dok spital.
Yang tak sakit ni pun bleh sakit kalo tak kuat mentalnya...

Moga terus diberi kesabaran n kekuatan mendepani ujian.

Moga diberi kesembuhan dan kesihatan.

Aamiin

Saturday, September 27, 2014

Sihat untuk ibadah

Ya Allah...
Berikanlah aku kesihatan...
agar dapat aku terus beribadah kepadaMu


Monday, July 7, 2014

Datang Menjengah

Bismillahirrahmanirahim....

Terasa janggal hati menjengah kanvas ini yang seperti kehilangan tuan...
Walau tawar hati masih lagi terasa....namun dalam ingatan tetap terlipat rapi

Insya Allah akan sampai masanya untuk kembali ke sini suatu ketika nanti...

Tuesday, February 4, 2014

Alhamdulillah....



Bertahun berlalu tanpa sebarang catatan dan coretan....
Terlalu banyak cerita yang hendak di coret...
Bertimbun rasa yang hendak diluah...
Tapi rasanya berdiam lebih baik...
kerana kata-kata tidak mampu untuk merungkainya....
Alhamdulillah...
masih diberi peluang menadah langit luas milikNYA
masih diberi redup dibawah rimpun pohon untuk berteduh...

Tuesday, November 13, 2012

Mulberry oh mulberry....


Berkesempatan memetik dan merasa sendiri buah ni sabtu lepas menyebab hati teringin nak mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan buah ini.
Nama yang seakan-akan sinonim dengan strawbery,bluebery ini memang sedikit masam rasanya.Namun bg yang berwarna gelap menandakan buah itu sudah ranum dan rasanya agak sedikit manis.
Melihat pokoknya yang tinggi dan berbuah lebat...terdetik hati..wooooww.... bestnya... dah terbayang jus,jem dan sebagainya yang berasaskan buah nih...hahhaha...berangan mesti lebih...

ni dia hasil menskodeng google hr ni...jom kita kongsi baca.

Buah Mulberry boleh dimakan segar atau dibuat jem. Ianya baik untuk pengaliran darah, elok untuk buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
Malah jus Mulberry dikatakan bagus untuk merawat masalah sembelit dan pening.

Daun Mulberi pula boleh dikeringkan dan dijadikan teh yang juga mempunyai beberapa khasiat untuk mengubati batuk, selsema dan demam panas. Juga elok untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis.

*Daun Mulberry* ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau
mengurangkan penyakit berikut :

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)

2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah

3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi

4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung

5. Membantu dalam kehilangan berat badan

6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk

7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda

8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang
tinggi

9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan

10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid

11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur

12. Menambahkan tenaga

13. *Meningkatkan produksi susu badan*

14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan
hipertensi

15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C,
asid folik, potassium yang amat diperlukan

16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser
(antioksidan)