Followers
Tuesday, December 19, 2017
Monday, August 7, 2017
Saturday, August 5, 2017
Thursday, August 3, 2017
Monday, July 10, 2017
Monday, May 1, 2017
Sunday, April 9, 2017
Lala Masak Lemak Nogori
Lama tak masak lala ni...
Hajat asal nak masak siput sedut. Maka, kempunan lah lagi orang yang mengidam... Memandangkan jangan kata siput..bayang siput pun tak nampak...lala lah yang menjadi mangsa.
Sesekala berkumpul sanak saudara...agenda makan perkara kedua...yang penting pertemuan...bersembang..berlawak jenaka...
Sesuatu yang telah lama hilang dan sukar untuk dikumpulkan kerana kekangan ruang dan masa.
Saudara forever...insya Allah
Sunday, March 5, 2017
Aku tanpanya...
Bertahun berlalu seakan melupakan padang dan bola ini...
Seakan berharap untuk melupakan ...
Membiarkan dalam lipatan sejarah ...
Namun,
Rupanya masih sangat rindu
Mengingat setiap detik ruang dan waktu
Tingkah, suara jeritan, laungan sokongan
Yang seakan utuh dalam darah dan daging...
Mencari,
Mana letaknya diri?
Lari menjauhkan diri?
Atau menghadap,
Memasak jati diri
Berdepan realiti,
Biar lumpuh dan rebah dalam diri...
Biar banjir dan karam dalam jiwa...
Percaya...
Sampai saatnya nanti
Bisa ampuh hati
Bisa tegel berdiri
Meredah ape jua yang didepani
Alfatihah
Lt. Kolonel Rizan bin Muhammad Aris
Menghampiri 2 tahun tanpanya
#beringinrendangrugbyclub
#johorrugbyclub
#pialarizanaris
#ayuaymanayzul
Friday, November 25, 2016
Babah,hari ni Ayman nak sunat...
Tak tau ape perasaan dia...tapi bawak jugak singgah ke pusara pagi tadi...
Pamitan...
Walaupun tahu...hujan..mesti air bertakung...dan tak dapat mendepani pusara babahnya...
Biar dia pasak dalam diri...duduk dirinya yang sebenar...kuat hati...kuat jiwa...
Tak ada yang boleh membantu selain kuat dan sabarnya diri sendiri...
Moga Ayman kental jiwanya...
Pengalaman dan rutin hidup yang sememangnya akan ditempuhi...kini sedang dilalui...
Alhamdulillah...berjalan lancar seperti yang dirancang...
Moga ini yang terbaik untuk Ayman...
Moga membesar menjadi anak yang soleh...
#duapuluhlimanovember
#sembilanbelasbulantanpababah
#missedubabah
#aymanhaziqrizan
#ibuyangtulisibuyangnangis
Sunday, November 20, 2016
Siapa sepatutnya?
Ralit membantu aku menyusun atur photobooth di sekolah....sempat lagi Mia menegurku...
'Cikgu,patutnya cikgu bukan kerja kat sekolah la cikgu...'
'Laaa...kalau saya tak kerja kat sekolah,saya nak kerja kat mana?'
'Bukan...patutnya cikgu tak jadi cikgu tau...cikgu patutnya jadi interior designer ker...arkitek ker'
'Dah kenapa pulak?'
'Ni..cikgu hias pentas...cikgu buat tempat gambar kitorang ni...ni kan patutnya bukan semua orang boleh buat'
'Tak pe....cikgu buat untuk korang...mudah-mudahan ada nanti yang leh jadi interior designer...arkitek ker kaaaan'
Tersenyum simpul aku jawab...walau dalam hati tercebit gak rasa terkilan...
Tak pe lah...dah bukan rezekinya aku...
Cukuplah dengan ape yang ada...
Syukur.
Sunday, October 2, 2016
Mi bandung Parit Bulat
Antara pelopor mi bandung terawal di daerah Muar.
Resepi turun temurun dari generasi terdahulu.
Masih mengekalkan aroma mi bandung sebenar.
Saturday, September 10, 2016
Marble versi blueberry
Menunaikan hasrat Ayman yang entah berapa puluh kali menyebut nak marble kaler krim n pink...banyak2 kaler...kaler itu yang dimintaknya...
Ibunya plak memandai tambah perisa blueberry...harap2 dia makan jek la...
Abaikan rupa hangusnya tu...sengaja hanguskan lebih sebab suka makan tepi yang hangus tu...itu lebih masak...hahhahaha...
Friday, September 2, 2016
Kek Marble
2. 1 cawan gula halus
3. 2 cawan tepung naik sendiri
(Kalau tak de guna tepung gandum + 1 sb soda bikarbonat)
4. 1 sk esen vanilla
5. 1 sb ovelatte
6. 4 sb susu pekat
7. 1 botol kecil serbuk koko
8. Pewarna yang digemari
9. 5 biji telur gred A
Thursday, September 1, 2016
Saturday, August 27, 2016
Menumpang Rezeki
Aktiviti Rabu last week...
Menumpang rezeki kak lis sekeluarga. Terpaku di bawah rimbunan pokok-pokok rambutannya yang pelbagai nama dan rasa.
Seronok memetik..mengait rambutan sampai lupa bahu masih sakit. Layankan aje lah ssakit dan sengal yang datang tu...
Melihat buah yang bergayutan dan sedang masak ranum itu memang amat mengujakan untuk memanjat. Namun diri masih sedar bahawa sudah tidak layak berada di atas pokok... Maka di bawah lebih afdal.
Sedekah rambutan tu dah dipanjangkan. Moga pada tahun2 akan datang kita masih lagi berezeki merasa buahnya lagi.
Saturday, August 13, 2016
Program Motivasi Santai
Menyeronokkan dan menyantaikan diri sebelum peperiksaan UPSR 2016
Semua hasil editan itu hanya sekadar gurauan harap tidak disimpan di dalam peti.
Sila jangan kecam saya












