Seringkali kita asyik sendiri bila melaungkan sorakan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Tetapi pernahkah kita bertanyakan pada generasi muda kini apakah penghayatan mereka tentang MERDEKA itu?
Apa ertinya MERDEKA itu pada mata mereka?
Kenalkah mereka dengan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita?
Kenalkah mereka pada Bapa Kemerdekaan kita?
Sedangkan generasi kini memandang remeh tentang sejarah.Terlalu asyik memandang kehadapan hingga lupa asal tapak yang patut jadi pegangan.....
Followers
Wednesday, August 15, 2007
Buat Abah Tersayang
Buatmu Ayah Tercinta
Dan pohon kemuning
Akan segera ku tanam
Satu saat kelak agar dapat jadi peneduh
Meskipun hanya jasad bersemayam di sini
Biarkan aku bertafakur
Bila rindu padamu
Walaupun tak terucap
Aku sangat kehilangan sebahagian semangatku
Ada dalam doamu
Warisan yang kau tinggalkan
Petua sederhana
Aku catat dalam jiwa
Dan cuba ku laksanakan
Meskipun aku tak dapat
Menungguimu di saat terakhirmu
Namun aku tak kecewa
Mendengar engkau berangkat
Dengan senyum dan ikhlas
Aku yakin kau cukup bekalan
Dan aku..
Bangga menjadi anakmu
Ayah....
Aku berjanji
Akan aku kirimkan
Doa yang pernah kau ajarkan padaku
Setiap sujud sembahyang
Engkau hadir terbayang
Tolong bimbingilah aku
Meskipun kau dari sana
Sesungguhnya aku menangis sangat lama
Namun aku pendam
Agar kau pergi dengan tenang
Sesungguhnya
Aku merasa belum cukup bakti ku padamu
Namun aku yakin
Engkau telah memaafkanku...
Ayah...
Aku memohon maaf
Atas keluputanku
Yang aku sengaja
Maupun tak ku sengaja
Tolong padangi kami dengan sinarnya syurga
Teriring doa selamat jalan
Buatmu ayah tercinta
oleh:Mej Rizan M.Aris 2005

Monday, June 11, 2007
Pernahkah kita merasainya....
1.Anda hangat bercinta dengan kekasih anda sehingga merancang untuk mendirikan rumahtangga.Saat-saat indah yang anda ingin kecapi hancur apabila kekasih anda di tangkap basah dengan seorang kenalan anda.
2.Kehidupan anda suami isteri bahagia dan saling mempercayai sehinggalah suatu hari anda mendengar khabar mengatakan suami atau isteri anda menjalinkan hubungan dengan teman sepejabat.
3.Keputusan anda dalam peperiksaan amat cemerlang.Kalau ikutkan petik jari semua IPTA berebutkan anda.Tetapi setelah semua rakan-rakan anda pergi mendaftar diri ke IPTA dan IPTS anda masih lagi menanti jawapan seperti buah tak gugur.
Apa yang kita rasai apabila kita berdepan dengan situasi tersebut?Rasa kecewa yang menghantui anda...Walaupun hanya satu perkataan yang agak kelihatan enteng,tetapi bagi yang pernah merasainya ia merupakan sesuatu yang amat sukar dilupakan.Apa yang dinyatakan di atas adalah sekadar beberapa situasi yang dialami oleh segelintir individu.Sedangkan hakikatnya setiap individu akan sentiasa berdepan dengan perasaan itu walaupun hanya di sebabkan hal-hal yang sebesar hama.
Kecewa atau hampa merupakan perasaan yang timbul apabila sesuatu perkara yang dihajati tidak tercapai.Apatah lagi jika harapan yang diberikan amat tinggi begitu jugalah besarnya kecewa yang melanda seseorang itu apabila harapan itu di hancurkan.Untuk menjadikan seseorang itu kecewa amatlah mudah.Guriskan sahaja hatinya atau lakukan sahaja perkara yang tidak disukainya.Tetapi untuk merawatnya bergantung pada kekuatan individu itu untuk memulihkan perasaannya sendiri.Kecewa itu juga mampu menjandikan sorang itu mengidap penyakit kemurungan juka tiada kekuatan dalam dirinya.Tidak hairanlah jika ada yang menjadi tidak siuman dek kerana tidak mampu mengawal atau merawat kekecewaan itu.
Ada orang kata,orang paling sabar….... jika hatinya terluka dan kecewa akan mengambil masa yang paling lama untuk disembuhkan.Apabila kita renungkan ada juga kebenarannya kenyataan itu.Seorang isteri yang terlalu banyak memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah.Cuba juga memupuk semula kepercayaan untuk suaminya walaupun tidak diendahkan.Dengan harapan suaminya akan menyedari kesetiaan dan pengorbanannya.Masih sedia memberikan peluang walaupun hatinya berkali-kali terluka.Tetapi dengan kesabaran yang ada dalam diri dan ketabahannya dia terus mengharapkan suaminya akan sedar.Tetapi,sabar itu ada takatnya.Rasa kecewa kalau dihimpun boleh menyesak dada.Apabila rasa itu meletup.Untuk merawatnya menjadi sesukar bagaimana ia mengumpul dan menahan dalam dada.Kalau rajuk yang dipilih.Lagi parah lah untuk memujuk.
Oleh itu,bukan semua orang mempunyai cara yang sama untuk merawat rasa kecewa.Ada yang lebih suka mengurung diri dalam bilik berjam-jam atau mungkin juga berhari-hari.Suasana yang suram dilihat boleh memberikannya ruang untuk mengenal diri sendiri dan mencari kesilapan diri.Ada yang memilih untuk duduk menghadap laut.Hembusan angin laut yang mendamaikan dengan deruan ombak dan kicauan burung memberikan ketenangan hati untuk berfikiran lebih rasional.Ada pula yang suka untuk berekreasi.Berjoging atau travel ke tempat-tempat yang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup sedikit ssebnayak mampu mengubat luka di hati.Ada pula yang memilih untuk melukis.Adunan warna boleh menginterpretasi apa yang ada di dalam diri kita.Jadi meluahkan perasaan di atas kanvas juga dilihat mampu mengawal perasaan yang berkecamuk dalam diri.Terdapat juga individu yang lebih selesa untuk mencari rakan yang dipercayai untuk meluahkan segala kekecewaan yang melanda. Setelah selesai bercerita kita akan lebih lega dan selesa.Secara tidak langsung rakan tadi juga boleh memberikan pandangan dan tindakan yang perlu diambil.
Apa yang penting di sini ialah walau apa juga cara yang anda lakukan untuk menstabilkan rasa kecewa itu,anda perlu memastikan diri anda berada dalam keadaan sedar dan waras sebelum sebarang tindakan anda ambil.Kerana setelah keadaan diri anda waras barulah anda boleh berfikir tentang kewajaran tindakan-tindakan tersebutl.Berfikir dan menimbang secara rasional tentang buruk baik segala aspek.Yang penting setiap tindakan yang kita ambil untuk merawat kekecewaan itu tidak menyerlahkan ketololan diri kita.Jika kita tersilap memilih, kita akan di tertawakan oleh orang yang mengecewakan kita.
Kerana bila kita dilanda kecewa,kita sepatutnya rasa diri kita mampu untuk melakukan semua perkara sendirian.Kita boleh hidup sendiri tanpa bantuan dan perhatian orang lain.Itupun jika kita memikirkan untuk terus hidup.Ada yang berfikiran cetek terus mengambil keputusan untuk membunuh diri.Apa yang kita dapat kalau kita membunuh diri?Hanya glamour seketika di dada akhbar.Kemudian orang mencerca kebodohan kita.Sepatutnya kita buktikan kepada mereka yang mengecewakan kita bahawa kita boleh terus hidup dengan kudrat yang kita ada.Buktikan kita bukan seumur hidup hendak mengharap belas dan ikhsan mereka.
Ada nasihat dari rakan yang berpesan…Jika anda merasai kecewa itu….Duduk dan beranganlah seketika…Renungkan mengapa?Bagaimana?Kenapa?semua itu terjadi.Jangan terus mengambil tindakan yang drastik.Kerana sebab sesuatu perkara itu berlaku sedikit sebanyak disebabkan juga oleh diri kita sendiri.
Wallahu’alam……
Monday, May 21, 2007
MENGINSAFI DIRI
Suara....................
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu:
1. Keluarga 2. Hartanya 3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

Ketika Mayat Siap Dikafan...
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
Ketika Mayat Diusung....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
Ketika Mayat Siap Dishalatkan....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat....
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat....
terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian....
Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"
MENGENAL PASANGAN
6 Tanda Si Dia 'Soulmate' mu...
Pasangan kekasih yang mempunyai perasaan saling berjodoh pasti akan memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap wajahnya atau mendengar suaranya kamu akan merasakan getarannya. Namun, apakah petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate)kamu atau bukan...
PETANDA 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling bekerjasama.Kamu dan si dia selalu bantu membantu dalam urusan yang remeh temeh atau besar. Paling penting adalah kamu sentiasa dapat melalui segala aspek kehidupan bersama dan semuanya terasa amat menyenangkan.
PETANDA 2
Kriteria seterusnya ialah menerusi kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba perhatikan gerak gerinya,cara berpakaian, gaya rambutnya, cara bercakap serta tawanya. Jika setiap perilakunya menampakkan si dia hanya berpura-pura, maaf kemungkinan besar sidia bukan jodoh kamu.
PETANDA 3
Adanya deria batiniah membuat kamumengetahui isi hatinya. Contohnya,apabila kamu atau si dia saling dapat membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu.
PENTANDA 4
Ketika bersamanya perasaan kamu menjadi tenang dan selesa walau berjam-jam bersamanya setiap waktu dan setiap hari.tetapi kamu tidak pernah berasa bosan.
PETANDA 5
Si dia selalu bersama kamu di dalam apa jua situasi dan si dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Pasangan jodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut, suka duka bersama.
PETANDA 6
Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan kamu tidak malu² memperlihatkannyapada si dia. Misalnya saat kamu bangun tido, saat kamu sakit dan tidak mandi selama dua hari atau menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya.
Kamu dan si dia sememangnya di suratkan bersama.

Monday, May 14, 2007
SELAMAT HARI IBU
BERILAH AKU PELUANG ITU
Dari sinar matamu ada resah yang bertandang
Dari raut wajahmu ada derita yang bertamu
Dari garis senyum mu ada gelisah yang menguasai
Dari gelak tawamu ada keliru yang menghantui
Kadang-kadang aku jadi bingung menilai watak dirimu
Kau selinapkan rasa sedihmu
Kau bungkamkan rasa kecewamu
Kau jerukkan rasa terkilanmu
Kau perapkan rasa rajukmu
Demi menjaga hatiku
Agar tidak terduga rasa yang kau alami
Begitu sukar untuk menyelami hatimu ibu….
Terlalu payah mentafsir pandangan sebenar matamu…
Terlalu licik kau kaburi kesengsaraanmu di mataku
Kerana yang terpamer hanya limpahan kasih yang tak bertepi
Kerana yang terlukis hanya hamparan sayang yang melaut…
Kerana yang tertancap di telinga ku hanya kata-kata semangat yang tak pernah surut
Setelah aku semakin dewasa kini…
Setelah aku juga menjadi seorang ibu
Setelah aku merasai berada di kedudukanmu
Setelah aku merasa apa yang telah kau rasa dulu….
Seringkali aku berdoa pada Tuhan
Berikanlah aku peluang untuk membalas
Berikanlah aku ruang untuk menghibur
Berikanlah aku masa untuk mewarnai
Ruang dan masa yang berbaki ini untukmu
Agar dapat ku rawat segala dukamu
Agar dapat ku kembalikan ceria tawamu..
Agar dapat ku maniskan pahit kelat rentetan hidupmu
Hingga wajahmu menggambarkan kepuasan dan kebanggaan…
Dan aku benar-benar berharap agar Tuhan memberikan aku peluang …
Membalas segala pengorbanan ibu yang terlalu menyayangi ku..
MISZ
10 MEI 2007
12:50 am

Wednesday, May 9, 2007
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA PENDIDIK
Guru Oh Guru!
Dialah pemberi paling setia
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa J
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa J
ika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di
Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Monday, April 23, 2007
MUHASABAH DIRI
Subscribe to:
Posts (Atom)