Semangat!semangat! semangat!(nak cover malas sebenonyer).hahaha....dah 9 hari cuti raya...banyak dah makan kuih raya,ketupat n rendang...tu pun banyak lagi rumah2 member yang tak sempat nak diziarah.kite open table je la mase rehat kat sekolah nanti.hehehehehe...ape pun raya sebulan kan....sempat lagi tu...kalo tak sempat sambung sampai raye haji la....
sesapa yang nak diet.boleh diet mase keje.boleh gak posa nam...tapi hujung minggu,korang kene makan gak.lagi2 bila ada open house n keje kawin...ha...cover la tuk seminggu punye makan....asyik makan je ni.....bla plak nak kurus!!!sendiri jawab la...
Followers
Monday, September 28, 2009
Saturday, September 19, 2009
Balang Kuih Raya
Bila nak raya ni...macam2 persediaan nak di buat kan?terutamanya kuih raya...walaupun kuih tunjuk je...tapi kita nya presentation pun penting gak....sebab semua kuih nampak serupa je.lebih2 lagi kalo beli dengan tokeh yang sama...jadi macamane nak buat supaya org tengok n rasa kuih kita.salah satu caranya ialah dengan menggunakan balang kuih raya yang cantik!MAHAL!!!!!owh, itu tidak menjadi masalah kalo kita tau macamane nak menghasilkannya!di bawah ni ada contoh yang aku buat untuk makcik aku...
mula2 makcik aku suh wat yang ni...die mintak sedozen..
ni asalnya balang kuih yang palstik tutup merah tu.ala yang RM1 tu..kalo kita isi kuih dalam balang tu mesti nampak macam kuih murah...tapi kalo kuih yang sama di masukkan dalam balang yang lawa ni....nak tak nak orang mesti belek.kalo dah belek kene la makan gak isinya kan?...hehehe...
tak cukup dengan sedozen kat atas tu,makcik aku bagi 15 balang plastik ni pulak.sebenarnya ni balang bekas madu.die suh aku wat lagi...buntu kejap aku nak pikir macamne nak wat...akhirnya ini lah hasilnya...haaa...korang kalo berbelanja tuk raya ni...kalau ada bekas2 yang boleh diguna semula,baik korang jangan buang...boleh dijadikan sesuatu yang menarik tuk raya nanti...
aku suggest kan tuk mereka2 yang ada anak kecik yang tengah lasak tu....balang kuih macam ni lebih selamat.sekali kene baling,gerenti tak berderai..kuih yang berderai tak pe...tapi kalau balang kaca yang mahal yang berderai....mau nangis tak berlagu...tu belum lagi bab nak mengemaskan kaca2 tu lagi....huhuhu....sedih pilu hati....
selamat mencuba....
Thursday, September 17, 2009
Bagaimana rupa buah gajus?
ha...ni soalan cepu mas semalam....dok sibuk cerita kuih raya dengan budak2.tiba2 kedengaran soalan ini yang ditanya oleh sorang budak.'cikgu bagaimana rupa buah gajus?'.agaknya mak budak ni ada wat biskut gajus gaknya..maknanya memang dia tak kenal macamana rupanya pokok gajus tu.dan agaknya tak tergambar langsung macamana rupa buah gajus yang sebenar.yang dia tahu hanyalah biji gajus.jadi...baik korang tanya anak murid korang,kenal tak diorang dengan pokok n buah gajus.jangan tau makan biskut gajus n cashew nut je raya nanti..
yang ni pulak,pokok gajus kuning.bila masak buahnya akan berwarna kuning.nampak tak biji gajus yang terjojol keluar tu?itu la biji gajusnya....
ini pulak... biskut gajus untuk raya nanti...
kalau kat negeri2 belah utara,pokok ni banyak terdapat di sana.bahkan boleh dikatakan kat tepi2 jalan mesti ada je pokok ni.sampai dah tak termakan dah..tapi belah selatan ni,susah nak jumpa.kalau ada pun belum tentu diorang kenal.hehehe...
jadi sapa yang raya nanti ada beli or buat biskut gajus...pastikan korang tau macam mana rupanya buah n pokok gajus ni..ditakuti ada plak yang bertanya seperti soalan di atas...hehehe...

Sunday, September 13, 2009
Ikan bakar dan sambal pencecah
ape menu untuk berbuka hari ni?dah ujung puasa ni dah tak tau nak masak ape ek...masak yang simple2 lagi best.lagipun,bila hujung2 minggu nie ramai yang amik peluang masak lebih n hantar ke rumah jiran2.hari ni je aku dah dapat dua bungkus berkat ketupat.banyak tu....nasib baik aku tak masak banyak hari ni...kalau tak sapa nak makan...ni aku nak share resepi sambal pencecah yang kita nak lawan makan dengan ikan bakar.ikan bakar tak payah la kau bagi resepi...korang dah tau sangat dah bakar ikan.yang penting,jangan rentung dah la....kalau rentung,korang telan asap je la....
bahan2nya
10-15 biji cili padi
2 ulas bawang putih
sebiji tomato- di cincang halus
10 biji limau kasturi di perah jusnya
6 sudu besar kicap masin
2 labu bawang merah kecil-dibelah2
1 sudu besar gula
cara2nya
1.tumbuk cili,bawang putih dan gula
2.masukkan kicap
3.masukkan tomato
4.masukkan jus limau kasturi
5. gaul rata
6.masukkan bawang merah
7.masukkan dalam balang yang bertutup dan perap seketika.lebih kurang setengah-1 jam.sampai berair(masukkan dalam peti ais lagi bagus)
*setelah mesra/sebati.jika rasa kurang kaw,jangan tambahkan air.tambahkan gula atau air limau.almaklum la....saiz cili,tomato dan limau yang digunakan mungkin berbeza.
selamat mencuba....
sambal pencecah

Thursday, September 10, 2009
'Itu SENI namanya'
ha....nak raya kan...tahun ni kene jimat cermat ckit.maklum la kan...ekonomi meleset ni.tak perlu la semua nak brganti baru.ni aku nak kongsi idea sikit dengan korang..ala bukan rugi pun....kalau korang tak nak ikut pun...hehehe...
ni pasal bunga.ada orang tiap2 tahun nak ganti bunga baru dlam rumah.aku bagi idea ckit,macamana kita leh kurangkan sikit budget nak membeli bunga baru ni...almaklum la...bunga plastik pun bukannya murah sekarang ni...cuma yang pasti die tahan lama,tak macam bunga fresh.

dalam dok aku mengemas bbrp hari lepas...aku jumpe beberapa balang kuih yang tutupnya tak boleh digunakan lagi...jadi setelah berfikir sejenak,timbul la idea ni....
ni la balang kaca kuih raya yang dah tak leh guna tu...tutup nya aja yang tak leh guna..bekas ni masih berguna lagi tau.jangan buang!!!!!!!
ni hasilnya selepas aku siapkan dalam 20 minit.kos bunga dan gabus je..ada la dalam RM 25.
kalo kat kedai mau mencecah RM 60.balang kuih raya tu cover la ckit dengan reben or wrapping paper.yang itu terpulang la pada korang.
kalo kat kedai mau mencecah RM 60.balang kuih raya tu cover la ckit dengan reben or wrapping paper.yang itu terpulang la pada korang.
yang ni pulak...
pasu tu...free....hadiah mase hari guru.anak murid aku bagi....ha apa lagi...baik korang bongkar balik hadiah2 yang anak murid bagi tu...mungkin ada yang boleh digunakan.untuk yang ni..kos bunga n gabus dalam RM20 je.kalo kat kedai ada la dalam RM45.
amacam jimat tak?tak tau nak gubah bunga?aku pun tak pandai...bleh gak blajo kat internet.paling mudah!ala..korang pacak je...janji bunga2 tu tercucuk kat gabus.kalau org komen tak lawa..jawab je la...'itu seni namanya'.hahahaha...

selamat mencuba...
Monday, September 7, 2009
Wednesday, September 2, 2009
alahai..jambu botol vs jambu bol
biasa la bila musim cuti sekolah,semua adik beradik aku amik peluang balik ke kampung.bagi aku yang dok kat ceruk kampung ni,tak ada la pulak rasa nak menjengah ke bando yang aku rasakan menyesakkan dan merimaskan tu...lagi pun,dah diorang yang nak balik.lagi bagus!!!
Bila dah sampai kat kampung,banyak la agenda diorang.berjalan pusing rumah dan pusing kampung.nak dijadikan cerita,jambu bol depan rumah aku tu sedang brbuah dan ada yang dah ranum.bagi aku,dah tak termakan dah.akhirnya jatuh melacak kat bawah pokok.lagi pun bila bulan puasa ni,mana sempat nak makan pun.....

adik aku bertekak dengan huby dia pasal buah jambu ni.adik aku kete ini jambu bol,huby die kate ini jambu botol....penin kepala aku melayan diorang yang bergaduh2 manje tu.
korang kenal ke dengan buah-buah yang aku sebut tu?aku rasa ramai generasi muda sekarang ni tak pernah kenal buah-buah ni.mungkin juga tak pernah tau akan kewujudan buah-buahan ni.rasanya???sedap!masam2 manis dan juicy bila dah ranum.kecik2 dulu aku suka potong2 jambu botol tu pastu cecah dengan kicap+gula.sedap woooo!!!!terliur la plak posa2 ni...hehehe...
ini bunga jambu bol.kalau jambu botol warnanya putih.bila musim jambu ni berbunga,bawah pokok akan terhampar la permaidani pink or putih..CANTIK!!!
jambu botol.sesetengah orang panggil jambu ni jambu kemang.
jambu bol.bila dah ranum,warnanya akan bertukar kepada putih kemerahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)