Followers
Wednesday, October 28, 2009
Friday, October 23, 2009
Sekadar Renungan
Sunday, October 18, 2009
Vvvroooommmmm.....
Saturday, October 17, 2009
Friday, October 9, 2009
Yang tak sedap di dengar, yang dah banyak termakan!
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata produk buah kering antaranya plum kering dan prun kering itu mengandungi paras plumbum yang agak tinggi iaitu antara 0.11 dan 30.3 bahagian sejuta (ppm) atau miligram (mg)/kilogram (kg).
Beliau berkata paras plumbum yang ditetapkan di negara ini ialah dua bahagian sejuta ppm atau mg/kg di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dan jika kandungan logam melebihi paras tersebut, tindakan undang-undang akan dikenakan.
"Mana-mana pihak yang terlibat, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau keduaduanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan 2009 di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan U.S Food and Drug Administration (USFDA) menerusi laman webnya http://www.fda.gov yang bertajuk "Consumers Warned Not to Eat Certain Imported Dried Plums" pada Khamis lepas.
Liow berkata produk berkenaan adalah "The Original Chinese Candy", "Dried Plums with Pickle and Lemon", "Saladitos Con Pepino Y Limon", "Saladitos 6 Count", "Saladitos Salted Prunes", "Saladitos Chinese Candy", "Its Fruit Chinese Style Dried Prune" dan "Salted Plum Suckers".
Produk lain adalah "Salados Salted dried plums", "7 Salted Plums", "Preserved Liquariced Prune", "Preserved Plums:Preserved Salted Prunes", "Preserved Plums:Preserved Red Prunes", "Preserved Fruit Pitted Prunes", "Chan Pui Mui Preserved Plum" dan "Ka Po Preserved Plum".
Liow berkata kementerian terus memantau untuk memastikan produk berkenaan tidak terdapat dalam pasaran tempatan.
Beliau berkata kementerian juga akan meneruskan pemantauan di pintu masuk dengan meletakkan pemeriksaan Tahan Lima (Tahan, Uji dan Lepas) dalam Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) untuk semua produk yang terlibat.
Plumbum adalah bahan cemar dalam makanan yang boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan manusia dalam jangkamasa panjang akibat daripada pengumpulan bahan cemar dalam badan.
Beliau berkata kesan yang mungkin berlaku adalah gangguan kepada sistem saraf dan perkembangan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.
"Sehubungan itu, kementerian ingin menasihatkan pengguna supaya tidak membeli produkproduk yang terlibat, manakala penjual dinasihatkan supaya melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ataupun Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat sekiranya produk berkenaan terdapat di premis mereka," katanya.
Liow berkata pengimport atau ejen yang mengimport produk terbabit diminta menghentikan pengedaran dan memaklumkan kepada PKD atau JKN berdekatan untuk tindakan seterusnya.
Sumber:BERNAMA
Dried Plum Products with Elevated Lead Levels
September 30, 2009
NOTE: No other products from listed Manufacturers/Distributors are implicated.
Manufacturer/Distributor on Package | Product Name(s) on Package |
Alamo Packing | The Original Chinese Candy,Dried Plums with Pickle and Lemon, Saladitos Con Pepino Y Limon |
Almax International | ItsFruit Chinese Style Dried Prune, Saladito |
Bolner’s Fiesta Products | Saladitos 6 Count |
Casa De Dulce | Salted Plum Suckers |
Cheung Fat | Plum wrapped “candy” (Packaging predominately in Asian foreign language – blue and white bag with candy wrapped in red and white)
|
Dollar Value Distributor | Saladitos, Salted Prunes |
Hinojosa Brothers (H.B. Wholesale) | Salados, Salted dried plums |
Kam Tai Houg | Hua Ho Ying Tzu (Packaging in Asian foreign language)
|
Little Gregory | Chinese Candy Packaging also contains individual packets of Limon and La Sabrozita |
Mexican Products & Spices | 7 Salted Plums, 7 Saladitos |
Produce Plus | Saladitos Chinese Candy |
Roxy Trading Co. | Preserved Liquoriced Prune (heart shaped box) |
Roxy Trading Co. | Preserved Plums/Preserved Salted PrunesPreserved Plums/Preserved Red Prunes |
Sanh Yuan Enterprise | Preserved Fruit Pitted Prunes |
Tang Hoi Moon | Chan Pui Mui Preserved Plum |
Wan Tom Food Co. LTD | Ka Po Preserved Plum |
Wednesday, October 7, 2009
Dengar...dengarnya.....!
Friday, October 2, 2009
Raya peringkat kelas...
kesian lak aku tengok diorang...
dapat gak diorang ni nak beraya ngn kawan2.nak g rumah cikgu jauh sangat...jadi sama2 la beraya kat kelas je...kuih n air bawak sendiri2 la...aku sponsor keropok je...hahaha...
(simpan budget tuk jamuan final year)
antara kuih muih yang diorang bawak..nampak macam cikit!tapi tak abis gak diorang makan...
Thursday, October 1, 2009
Mengimbas kenangan
ni pic kelas mase tahun 1992.mase tu aku form 3 RK 2.RK tu maknanya Rancangan Khas.agak2 yang mane satu aku ek?cube la carik...
aku ingat lagi tahun ni kitorang wat persembahan tarian mase hari guru.tajuk lagu..'tie a yellow ribbon on d old oak tree'.siapakah yang terbabit?sampai cikgu syed kuar dari dewan?tuuuttttt...
ni semua c Lim Fang Ting punya angkara...hahahaha
p/s:pic diimport drpd fcbk linda nuar..thanx geng!
DALAM KENANGAN
yang pertama...
pada tarikh 1 oktober 1939 abah aku(zaitun bin ahmad) dilahirkan...so,hari ni besday arwah abah aku...tapi hanya tinggal ingatan je la..dah tak berpeluang nak menyambutnya lagi...walaupun dulu mase kecik2,hanya sambutan ala kadar je..tu pun dah mencukupi...cume terkilan gak..sebab dia tak merasa zaman anak2 bekerja...semoga ALLAH tempatkan dia di kalangan orang2 yang beriman...
yang kedua...
pada tarikh 1 oktober 2000 aku kehilangan seorang pakcik aku akibat kanser(Yazid bin m.tarom)-husband makcik aku yang terbakar rumahnya tu...aku org pertama yang arwah beritau tentang penyakitnya tu...memang terbekas sungguh di hati aku...mase die meninggal aku baru je abis study kat USM.bila sampai kampung, jenazahnya dah selamat dikebumikan....
jadi sejak tahun 2000 aku tak sampai hati nak menyambut besar2n besday arwah..hanya doa selamat yang dibuat..memandangkan tarikh ni ada pahit dan manisnya..sehinggalah arwah abah aku meninggal pada tahun 2006.ye la tak kan la aku nak anto kek kat rumah makcik aku kat belakang tu...sedangkan..pada tarikh tu hubby dia meninggal..
yang ketiga...
khabar yang baru aku terima pagi tadi...seorang sahabat lama ( Gee @ Fauziah Ismail)yang sama2 menuntut di USM dulu meninggal dunia akibat kemalangan...