Followers

Saturday, January 30, 2010

Nasi Ambeng....Bacaan Yassin dan Doa selamat...

Ahad lepas(24 Januari 2010) seperti yang telah dirancangkan...kami sekeluarga telah mengadakan sedikit kenduri doa selamat dan bacaan Yassin di rumah mertuaku di Kg.Mampan.Tujuan asal hanyalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan melakukan aktiviti keagamaan dalam kariah kampung...Kumpulan wanita seramai 40 orang ini diketuai oleh Puan Kamsiah...turut mengadakan bacaan Yassin untuk Almarhum Sultan Iskandar yang telah mangkat pada 22 Januari 2010.

Ahli kariah membacakan Yassin dan doa selamat....

ni la cara nak makan nasi ambeng....satu dulang makan berempat...

ni set hidangan yang disajikan...tak abis...leh tapau...plastik n kertas disediakan...

Wednesday, January 27, 2010

Program Transisi Tahun 1 2010

Berakhir sudah Program Transisi Murid Tahun 1 2010...ini adalah antara aksi2 murid tahun satu yang sempat aku rakamkan...banyak lagi...tapi belum sempat tuk diuploadkan...

Bila dapat peluang turun padang...masing2 melepas gian...


aktiviti membuat kapal terbang kertas...dan menerbangkannyer....ramai yg tak tau nak buat kapal nih...walaupun pada kita kacang giler...

masing2 mencuba untuk yang terbaik...pemenang cikgu bg hadiah...hehhehe...
wujud persaingan sihat antara murid2 nie...semua nak wat yang paling cantik n terbaik...

ni pulak...aktiviti meniup belon...pelbagai taktik dan teknik digunakan untuk mengajar mereka meniup belon...daripada 30 org murid...ada sorang yang gagal...kesian nak suruh die try la...sebab dah menggigil2 die meniup tapi belon tetap kempis gak...

ni pulak...dok main dam ular...pun ada murid yang tak tau main...walaupun rakan2 lain dah teror main...tapi peluang ni mereka gunakan untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain...belajar untuk menghormati rakan...dan bertolak ansur..

dalam pada masa yang sama....biasa la....ada yang malas nak amik port...hehhehe
tak pe...bagi die peluang...hehehe....cikgu perlu banyak sabar...

Tuesday, January 26, 2010

20 Sekolah Berprestasi Tinggi


SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:
Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
SMS Muzaffar Syah (Melaka)

Sekolah Menengah Harian:
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:
Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
SK Bukit Damansara (KL)
SK Zainab (2) (Kota Bharu)
SK Convent Kota (Taiping)
SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Sekolah diberi autonomi:
Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
Memanjangkan waktu persekolahan.
Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.Kriteria pemilihan SBT :
Pencapaian akademik yang cemerlang.
Melahirkan personaliti unggul.
Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

Thursday, January 21, 2010

Pohon yang rendang

Jadikanlah dirimu pohon yang rendang di mana insan lain dapat berteduh.

Wednesday, January 20, 2010

Segalanya 'Sunflower'

Mengapa sunflower?soalan tu memang selalu ditanya pada aku...kenapa?salahkah dengan sunflower...sebab dulu bunga ni tak de la glamour seperti sekarang...ye la...bunga ni mana ada bau...hanya warnanyer sahaja yang menceriakan mata yang memandang...rasa bersemangat dan yakin bila melihat bunga nih...tiada kekusutan dan kelemauan...semuanya perlu pantas...berkeyakinan..tetap hati...tu pada pandangan aku la...

orang yang kenal aku...pasti susah nak lupakan aku...sebab setiap kali korang tengok sunflower dalam versi apa sekali pun...automatik..kepala dan fikiran korang akan tune kat aku...hahhahha...so,nak belikan pe tuk besday aku nanti?korang dah tau jawapannyer...hehehehhehe

ada org melihat bunga ni hanya sekadar bunga jek...ialah seperti bunga lain yang melata tuh...tapi bunga ni..banyak gak kelebihannya...yang paling penting ialah minyak nyer... tapi hari ni aku tak nak la cerita pasal minyak bunga matahari ni... cuma nak share sedikit menda2 yang bertemakan sunflower...
bila si kecil bergaya...gaya sunflower..:)

yang ni...tak tau nak komen pe...hahahhaha

mak aaiii..siap ngn lady bird sekali tuh...

bila tengok kete ni....rasa macam...nak buat something la kat kete aku tuh...mesti comel kan..hehehee
lawa gak ek....

ni yang tak tahan tengok nih...huhuhuhu

payung bunga matahari yang memayungkan diri dari panas matahari...


haaa....ni lampu syiling...leh memancarkan cahaya seterang cahaya matahari yang bersinar...


yang ni lak....tergamak ke aku nak pakai..hehhehhe...lawa sangat...

ni???? idea yg sungguh kreatif....

apepun...idea tu penting...jangan fikirkan sesuatu tu tak berfaedah dan tak berguna...kalau pandai mengadaptasikan idea dan tambahkan dengan usaha kreatif...sesuatu yg unik tak mustahil untuk dihasilkan...

Thursday, January 14, 2010

Pergi-Aizat

Sayu terpisah

hikayat indah kini hanya tinggal sejarah

berhembus angin rindu

begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kaulah laguku kau irama terindah

tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

sepi tanpa kata

terdiam dan kaku tak daya kau kulupa

apa pun kata mereka

biarkan kenangan berbunga di ranting usia