Followers

Monday, October 11, 2010

Armagedon 2012


Sinopsis

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara ‘kebetulan’, mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

~baru je beli buku ni tadi..RM31.50...setebal 558 muka surat tidak termasuk kulit...teruja nak membacanya..mudah2an ada la kelapangannya nanti....

8 comments:

ANIM said...

kak dah beli dan bc buku2 muhammad alexander (wisnu sasongko)sblm ni. dlm "alexander adalah zulqarnain"dia keluarkan hujah dlm mgkaji cerita2 dlm al-quran. mmg seronok.

Misz said...

kak anim:
a'ah...seronok untuk dibaca..
ni br start baca...tapi tak leh nak ngadap terus...tak wat keje lain nanti...:)

Centado said...

wah
kat mana nak dpt buku tu miss
sangat berminat!
:)

Misz said...

centado:

ni misz beli kat JB...
tapi rasanya kat mana2 book store ada jual dah...

Centado said...

mis
i own the book already
erman beli dkat mph bookstore
sdg ingin mula baca
rasanya, harus tinggal banyak urusan lain, demi menyelesaikan minat yg satu ini...
:)

Misz said...

gud luck...:)
jgn tak tdo dah ler...

خيرألأنور said...

kt mph mahal la RM37 lebih..xmcm yg blogger ckp..RM31 jer..kt mne ade jual bku2 ilmiah cm ni yea?

misz said...

kalau ikut hg yg tertulis kat buku tu...ia memang berharga RM31.50 utk semenanjung dan RM 34.50 utk sabah n sarawak...