Salam...
apa ada pada tarikh aka date???
kenapa mesti kita nak memilih tarikh yang cun?
contoh...5.5.55...(macam buku 555 jek tuh)hehhehehe tak pun 8.8.88 haaa..yang nih memang ong punya nombor nih...berebut nak beli nombor nih...
tahun lepas org dok kejo tarikh 9.9.09...tahun ni 10.10.10 lak...tahun depan..11.11.11....
perlu ke tarikh yang cun tuk kita melaksanakan sesuatu peristiwa penting dalam hidup kita?
kalau semua nak pilih tarikh cun...macamana plak dengan tarikh2 yang tak cun tuh?kesian gak dengan tarikh yang tak cun tuh...mesti dia kecik hati...
tapi pada misz la...walau tak cun mana pun tarikh tu selagi ia meninggalkan kesan dalam hidup kita..ia tetap akan diingat sampai mati...betul tak?
contoh..besday kita...mmg tarikhnya...tak la cun mana pun...kalau ia mendatangkan kepentingan pada kita dan pada orang2 yang sayangkan kita...tarikh tersebut tetap terlekat dalam kepala..tak yah susah2 nak buh reminder...
tarikh kita kawin pun kan..(walaupun kadang2 ada yang lupa da....) walaupun tarikhnya tak de la secun mana pun...tetap kita ingat saban tahun....sebabnya...peritiwa tuh mendatangkan impak yang besar dalam hidup kita...walaupun pemilihan tarikh tersebut hanya berdasarkan kesesuaian dan keselesaaan kita untuk mengadakannya....
jadik...tarikh yang cun...kalau boleh dipilih akan menjadi satu bonus untuk kita...walhal...kalau tarikh tak cun pun...majlis tetap boleh dilangsungkan dengan jayanya...Sejarah tetap kan menjadi sejarah dan tidak mungkin berubah...hanya kenangan untuk diingati...
Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi s.a.w
Jumaat
Hari Jumat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.
Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.
Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.
Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.
Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad
yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.
Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

1 comment:
salam misz...tarikh tu hanyalah angka je...angka yang dibuat oleh manusia...yg pentingnya peristiwa yg berlaku..pengisian peristiwa itu yg perlu diingati..kkdg tarikh je cun tp pengisiannya tidak bermakna...wallahhualam
Post a Comment