Followers

Thursday, May 6, 2010

Teman setia seorang guru.


Walau keceruk mana seorang guru itu berada,
teman setianya tetapkan menemaninya,
menjadi pelengkap hidup guru,
tanpa jemu dan juga gagal.

tanpanya terasa tidak lengkap dunia,
hidup menjadi resah gelisah,
tidur menjadi tidak lena,
mandi terasa tidak basah,
lebih hebat dari angau,
pada sang kekasih.

tanpa peneman setianya itu,
terasa dunia menjadi hambar,
waktu menjadi tidak bermakna,
segala menjadi serba tak kena,
banyak perkara tak dapat dibereskan,
hanya kerana tiadanya ia....
pen merah nan sebatang.

Sempena hr guru..hadiahkan la guru anda pen merah kerana sebatang pen merah adalah peneman setia seorang guru.Pelengkap tugas seorang guru.Moga kehadiran sebatang pen merah mampu membuat guru tersenyum.
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIK.

p/s:nanti cikgu nak guna pen tu tuk tanda buku korang gak...bukan tuk menda lain pun...betul tak???:)

2 comments:

Aida Ali said...

Selamat Hari Guru buat cikgu...

Misz said...

Selamat Hari Guru juga untuk Cikgu Aida...semoga terus cemerlang memimpin semua gru menjadi gemilang.