Followers
Tuesday, November 24, 2015
Monday, November 23, 2015
Sangat Teringin
Sangat teringin untuk pergi jauh- jauh....
Yang hanya ada diri dan Dia..
Mencari ruang untuk diri...
Memerhati dari satu sudut
Keletah dan lagak orang...
Rindu memotret dari sudut sunyi itu...
Kerana yang terhasil adalah neutral
Bukan lakonan...
Friday, November 20, 2015
Thursday, November 19, 2015
Anniversary tanpa dia
Anniversary ke 15 dan genap 7 bulan kepergiannya meninggalkan kami..
Demi Kelangsungan Hidup
....HILANG SELERA SAYA NAK MAKAN TAHU TAK???
Tengkingan yang kuat dari arah belakang membuat kami berempat menoleh serentak.
Kelihatan seorang wanita melayu dlm lingkungan umur 50 an sedang memandang tajam seorang lelaki yang tersengih-sengih meninggalkan meja wanita tersebut lalu menghala ke arah kami. Mulut lelaki itu tidak henti-henti mengucapkan perkataan maaf kepada wanita itu.
Berdasarkan pakaian yg agak kemas dengan kemeja lengan panjang dan berseluar slack kami pasti dia seorang jurujual.Sementalahan dia sampai ke meja kami,segera diunjukkan beberapa keping cakera padat jaualannya.
Kagum melihat dirinya yang mampu menyembunyikan rasa malu dan kecewa.Namun masih terbersit juga riak sedih dalam paparan matanya akibat tengkingan tadi.
Aku yakin...bukan mata kami sahaja yang memandang namun seluruh warga restoran turut tersentak.Apatah lagi dengan anak2 murid aku yang satu bas ramainya tu...
Aduhai..mana agaknya sikap sopan sebagai umat islam (makcik tu pakài tudung tau).
Malunya aku...
Kalau tak ingin membeli atau kurang senang dengan kehadiran jurujual itu sekalipun,sekurang-kurangnya tolaklah dengan kata yang sopan dan berbudi bahasa.
Jangan keji sangat manusia lain.Sebab kita tak tahu hari depan kita.Kalau bukan kita mungkin anak keturunan kita yang akan merasai apa yang jurujual itu rasa.Dia pun mencari rezeki untuk sesuap nasi.Bukan inginnya dia untuk mencari rezeki dengan dimaki.
Kami doakan jurujual itu suatu hari nanti dianugerahkan kelangsungan hidup yang lebih mewah dari makcik tu.
Aamiin....
Friday, November 13, 2015
Membuang Sayang Merawat Rindu
Akhirnya terhambur juga tangisannya.
Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia menangis. Cuma yang terasa sesak padat yang tersendat dalam benaknya perlu dilepaskan.
Bermacam-macam paparan menerjah keluar umpama tayangan filem.
Satu demi satu melayang keluar bersama esekan yang panjang.
Merawat rawan hati...
Mudah benar hati terasa...
Mudah benar hati terusik...
Walau kadang-kadang dia sendiri kabur dengan maknanya.
Ya,begitu payahnya membuang sayang.
Begitu juga peritnya merawat rindu.
Thursday, November 12, 2015
KetetapanMu Redhaku
Ya Allàh...
Sesungguhnya apa jua ketetapanmu adalah yang terbaik bagiku.
Menatap keputusannya...
Buntu aku dengan rasa apà yàng mampu kuluah...
Pasakkan aku dengan kesabaran Ya Allah...
Pasungkan aku dengan ketabahan Ya Allah...
Bimbingi aku... ke jalan redhaMu
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Wednesday, November 11, 2015
Tuesday, November 10, 2015
Monday, November 9, 2015
Sunday, November 8, 2015
Friday, November 6, 2015
Pasrah tabah
Alhamdulillah masih dapat menjenguk kanvas ini.
Dalam fasa mempasrahkan diri....
Membina semangat diri...
Membiasakan keadaan diri...
Meneruskan perjuangan diri...
Mengutip kekuatan diri...
Memasakkan diri dengan azam dan iltizam...
Moga tabah....sabar dan redho kukuh kejap tak tergugat di hati dan jiwaa..
Memang...
Tak terbilang pedihnya...
Tidak bayang payahnya...
Tak terluah sakitnya..
Tak terlaung sesaknya...
Tiada sapa tahu...
Tiada sapa rasa walau cuba menyelami...
Walau terluah namun hanya secebis...
Andai terhambur hanya sekelumit...
Rasa yang tersimpan..terpanduk...
Hanya DIA yang tahu...
Ya Allah kau permudahkanlah...
Thursday, October 29, 2015
Sedia Diri
Percaya dengan ujian....bahawa Allah sedang mempersiapkan kita untuk sesuatu yang terbaik untuk diri.
Berbaiksangkalah wahai diri....
Saturday, June 20, 2015
Avocado + nangka yang mabeles
Alhamdulillah...
Syukur masih ditemukan lagi dengan ramadhan ini.
10 KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH AVOKADO
negara-negara seperti Afrika Selatan, Australia dan New Zealand. Buah ini dikategorikan
dalam beberapa jenis seperti bacon, fuerte, gwen, hass, penkerton, reed dan zutano.
Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah daun, buah, kulit kayu
dan biji. Buahnya amat berkhasiat kerana mengandungi protein,
zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, naisin
dan riboflavin.
yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jadi, kita disarankan seperti
dalam piramid makanan yang seimbang untuk lebihkan pengambilan buah dalam kehidupan kita.
Mari lihat apa 10 khasiat dan kelebihan memakan buah avokadoyang boleh
diperoleh dari memakan buah ini.
untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.
prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.
melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan
punca sebenar nafas berbau
Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan,
dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.
untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat
penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.
kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah
makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado
adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin
mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.
homocysteine . Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.
Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu
dalam mengekalkan jantung yang sihat.
yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.
galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.
Alhamdulillah kerana membaca sampai abis..resepi dapat..ilmu pun dapat.TAHNIAH!
Tuesday, March 3, 2015
Sendiri Mau Ingat
Masa kita kecil,mak selalu tegur..ingatkan tentang solat...tentang ngaji.mak membebel bila kita lewat solat..buat-buat lupa solat...buat-buat dah solat tapi sebenarnya tidak.
Mak jugak yang sibuk belikan telekung...belikan sejadah baharu.Belikan kain pelikat.Semua tu supaya kita rasa bersemangat nak solat.
Itu semua berlaku bila kita tinggal bersama mak...mak tak jemu-jemu pantau kita...sampai kadang-kadang kita naik rimas.
Bila kita masuk U.Saat kita mula hidup sendiripun mak maaih menitipkan pesan..."solat jangan lupa".setiap kali telefon.mak masih meninggalkan pesanan yang sama.
Dan masa semakin berlalu...sementara mak semakin tua...kita pula semakin dewasa.Mak beranggapan kita telah mampu menilai diri sendiri...
Dan kita pula....sehingga takat mana masih perlukan teguran mak tentang solat...
kita boleh jek tinggal solat...mak bukan tau...kita boleh jek tak nak buat amalan-amalan lain bukan mak tau...
Dan bila mak tak ada nanti..siapa aje pun yang nak tegur kita?TAK ADA...
selama ini kita bergantung harap pada teguran..dan ingatan....
Sedangkan kita sendiri tak mau ingat....
Sedangkan semua itu adalah untuk diri kita sendiri...
SEDARLAH WAHAI DIRI..MATI ITU PASTI...BILA-BILA
kalau sendiri tak buat untuk diri sendiri...sedialah bekal untuk kita mati nanti
