Followers

Saturday, December 12, 2015

Tepi tingkap

Nampak nostalgik gambar ni...
Setelah diedit...
Rindu dengan tingkap kayu sebegini...
Kenangan bertamu di hujung mata...
Dulu...
Tatkala hujan turun...
Menongkat dagu kat tingkap tu...
Tengok hujan turun...
Deraian air hujan yang mengalir dari atap
Memang mengasyikkan...
Bau air hujan yang nyaman...
Sejuk meresap ketulang...
Percikan air hujan terasa menyapa di muka...
Indahnya zaman dulu...

Thursday, December 10, 2015

Syik Asyik-asyik...asyik..

Penat....
Rasanya memang penat...
Penat mata...
Penat telinga...
Penat minda...

Bila yang terdengar hanya keluhan...
Asyik-asyik mengeluh...
Asyik-asyik mengungkit...
Yang belum jadi pun disebut...
Yang belum siap pun disyarah...
Yang dah siap pun di bebel...
Asyik-asyik serba tak kena...
Asyik-asyik serba salah...

Kalau dibuat memanjang tak betul...
Kalau tak dibuat memanjang kata tak endah..

Penat tu nanti diamlah...
Biarlah...
Selagi hati boleh sabar..sabarlah...
Selagi air liur ada..glek(telan)lah...
Selagi boleh diam...diam lah...
Selagi boleh...yer bolehkan je lah...

Wednesday, December 9, 2015

Menjenguk my black black sweet

Hari ni menjenguk khabar buah hati yang satu ni...
Seminggu berjauhan rindu dendam..
Tanya khabar kat tepon tak sama ada depan mata...
Bila la kau nak kuo klinik ni...
Bonda nak bergerak patah kaki sayang wooiii...

Tuesday, December 8, 2015

Bukan sapa-sapa

Aku bukan sapa-sapa
Cuma yang biasa-biasa
Tiada apa-apa
Di dinding ini
Cuma cerita-cerita
Yang suka-duka
Dicatat untuk diri
Di simpan umpama diari
Untuk pedoman
Untuk ingatan
Jadi bacaan
Masa akan datang
Yang menjenguk
Jangan terasa
Yang membaca
Jangan menjengkel
Mana yang indah
Dijadikan hadiah
Mana yang hodoh
Jangan diendah

Many-many thanx...

Sendiri Tanggung...sendiri jawab...

Bahan-bahan dalam list

Tanggungjawab ayah x 2 set
(tak de abah ...tak de suami)
             +
Tanggungjawab ibu x 2 set
(Sendiri...mak pun ibu tunggal)
             +
Tanggungjawab abang x 1 set
(Tak de adik beradik lelaki)
              +
Tanggungjawab kakak x 2 set

= aku

Moga kuat dan sabar...
Yakin Allah bersama dengan aku

Ok...jom carik kayu api...
Tengok belakang tak de sapa...
Capai tepon...
Tauke tong gas dua eaaa...sok saya amik!!!

Dia punya Pak mana?

Hari ni bawak Ayman gunting rambut tempat biasa...
Hari ni bleh plak brother tu tanya...
'Pak dia mana?lama sudah tarak nampak...
Kerja ka?'

Perasan gak dia lama kitorang datang berdua jek...

Bila cerita kat dia...
Brother tu geleng kepala jek...
Meaning?
Aku pun tak paham maknanya..hihihi

Mungkin sbb hari ni Ayman jek yang ada..
Kedai kosong masa kitorang sampai...
Kitorang nk kuo baru dua tiga org datang...

Cuti tu cuti la...

Banyak kerja nak mantu...
Tapi sibuk wat keje sekolah...
Sekolah jugak difikirnya...
Tak jemu ker dr kecik g sekolah...
Cuti cuti pun sekolah jugak dihati...
Hahaha...

Namanya Bahagia

Monday, December 7, 2015

Pulangnya mereka...

Aku:Tunku Jalil meninggal, mak...
Mak:Innalillah...berapa umurnya?
Aku:25 tahun...
Mak:Hmmmm... masuk 8 bulan selepas arwahnya...
Aku: .......

Kami tak kenal Tunku...
Hanya mendengar kisah Tunku dari
cerita-cerita arwah tentang keluarga diraja ini.
Cerita tentang keluarga diraja itu sementalah arwah dulu jurulatih TMJ dan terlibat dengan persatuan rugbi johor.

Tapi keluarga diraja ini dekat dihati kami...

Moga roh mereka tenang di sana..
Hanya doa dan ingatan mengiringi...

Al-fatihah....

Sunday, December 6, 2015

Senyumlah...

SELAGI MANA URUSAN DUNIA....
IANYA BUKAN MASALAH BESAR.

Usah bersedih dengan urusan dunia
Seorang lelaki yg sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayidina Ali bin Abi Tholib, ida pun berkata, “Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu karena aku sudah tdk mampu lagi menahan beban kesedihanku.”

Sayidina Ali menjawab, “Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah !”

Lelaki itu berkata, “Ya, tanyakanlah !”

“Apakah engkau datang ke dunia bersama dengan masalah-masalah ini?” kata Ali bin Abi Tholib r.a.

“Tentu tidak” jawabnya.

“Lalu apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini?” tanya S.Ali bin Abi Tholib

“Tidak juga” jawabnya.

Lalu Sayidina Ali berkata,

“Lalu mengapa kau harus bersedih atas apa yang tidak kau bawa saat datang dan tdk mengikutimu saat kau pergi?”

“Seharusnya hal ini tidak membuatmu bersedih seperti ini. Bersabarlah atas urusan dunia..

Jadikanlah pandanganmu ke langit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan kau pun akan mendapat apa yang kau inginkan….

TERSENYUMLAH..!
KERANA REZEKI MU TELAH DIBAHAGI DAN DI SUSUN OLEH ALLAH
DAN URUSAN HIDUP MU  TELAHPUN DI ATUR OLEH YANG MAHA PENCIPTA..….

Urusan dunia tidak layak untuk membuatmu bersedih semacam ini karena semuanya ada di tangan Yg Maha Hidup dan Maha Mengatur….”

Kemudian Sayidina Ali bin Abi tholib meneruskan ungkapannya,

“Seorang mukmin hidup dalam dua hal, yaitu kesulitan dan kemudahan. Keduanya adalah nikmat jika ia sadari.

Dibalik kemudahan ada rasa syukur.
Sementara Allah berfirman,

وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ -١٤٤-
“Allah akan Memberi balasan kepada orang yang bersyukur.”
(QS.Ali Imran: 144)

Dan dibalik kesulitan ada kesabaran. Allah berfirman,
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ -١٠-
“Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpan batas.”
(QS.Az-Zumar: 10)

Bagi seorang mukmin, kesulitan dan kemudahan adalah ladang untuk menabung pahala dan hadiah dari Allah SWT. Lalu kenapa masih bersedih?

Jangan selalu mengeluh "Ohh masalahku begitu besar. Tapi katakan pada masalah itu,
Sungguh aku punya Allah yang Maha Besar".......

Semoga menjadi pedoman untuk kita didalam mengharungi cabaran hidup di dunia ini.

Hanya kepada Allah sahaja aku menyerahkan urusan hidup ini...
Dan hanya kepada Allah sahaja tempat aku bergantung harap dan memohon pertolongan.

Copy n paste...

Melangut...

Melangut kat sini...
Air surut..nun jauh kat sana tu...
Melangut memandang bangau leka mencari makan...
Melangut melihat nelayan pulang petang...
Melangut tunggu ombak tak datang-datang...
Melangut tengok kaki langit yang entah mana tepinya...
Melangut dongak...tengok awan semakin gelap...
Lariiikk pulang sebelum hujan turun dan aku kebasahan...
Mohon ombak bawa masalah ku pergi...
Itu dongengan...cuba cubit pipi...
Sakit bukan?
Realiti hidup bukan angan-angan...
Datang pasang umpama ombak...surut...dan hilang...
Dan kemudian datang kembali bergulung-gulung...
Masalah hidup mana lah nak ilang...
Makin diuji kita makin matang...
Bersyukur masih boleh menimbang mana yang benar mana yang tidak...
Jadi diri...
Ambil mana yang baik..genggam...
Ambil juga mana yang buruk...buang...

@pantailekaparitjawa

Saturday, December 5, 2015

Janji temu

Yeyyy....dapat dah buku ni...
So...dh mula bleh baca...

Syarat Yang Tertunai Part 3














“Abah tak mau kau sibuk dengan sukan lagi…Sukan tu bukannya menjamin masa depan.Berapa kerat sangat orang yang berjaya dengan bersukan??? Abah hantar kau ke sekolah untuk belajar,bukan untuk bersukan!”
            Terngiang-ngiang dalam benakku herdikan abah apabila dia mendapat tahu aku terlibat dengan aktiviti sukan di sekolah.Itupun latihan semasa waktu sekolah dan untuk sukan tahunan sekolah sahaja.Lagipun setiap petang aku tak culas membantu ibu berjual.
            Kalau aku menerima tawaran cikgu Zarinah,itu bermakna latihan akan dijalankan pada waktu petang.Dah tentu abah akan tau,tak ada alasan yang aku boleh bagi pada abah untuk aku sertai latihan itu tanpa pengetahuannya.Aku tak sanggup menerima tengkingan dan herdikan abah.Itu belum lagi rotan yang menyinggah di kaki.Sakit…perit…walaupun ia tak seperit luka dalam hati aku.
“Emmm…apa masalahnya lagi Aymi?” terkesan juga Cikgu Zarinah dengan perubahan air mukaku.
“Abah!!! Jangan Bah…Abah…!!!”raunganku panjang memaut kaki abah yang merampas pingat yang baru aku menangi semasa Sukan Olahraga Tahunan Sekolah.
“Ni apa ni?Abah bakar benda ni…Abah suruh belajar,bukan bersukan!!!” jerkah abah.
“Berapa kali dah abah bagi tahu kamu???Degil kamu ni!!! pantas kaki abah melangkah ke tempat bakaran sampah yang sedang marak menyala di hujung laman.
            Aku menggogoi dalam pelukan ibu hanya mampu memandang pingat olahragawati sekolah yang baru berada beberapa minit dalam gengamanku itu,lenyap ditelan maraknya api.

“Ya Allah…kenapa abah tak memahami hati aku…” dalam esak tangis aku mengadu pada yang Esa.

Malamnya sampai bengkak mata aku menangis.Sudahnya sebiji nasi pun tidakku jamah hingga ke pagi.Hatiku tetap merintih,sampainya hati abah memperlakukan aku begitu.Hanya ibu yang memahami hatiku.Ibu juga yang memujuk aku supaya bersabar dengan sikap abah.Mudah-mudahan suatu hari nanti abah akan berubah.Tapi sampai bila?getus hatiku.

            Akhirnya aku ceritakan juga akhirnya kisah abah kepada Cikgu Zarinah.Namun Cikgu Zarinah tetap mahukan aku menyertai pasukan sekolah untuk bertanding ke peringat zon dan daerah.
“Kamu jangan risau Aymi.Asalkan kamu berminat dan setuju untuk menyertainya,yang lain nanti cikgu akan uruskan ya” jawapan cikgu Zarinah tidak pernah mematikan semangat aku.Setiap kali berbicara denganku tiada ayat ‘tidak boleh’ yang keluar dari mulutnya.

            Aku hanya mengangguk lemah.Tapi dalam hati,aku memang tidak mampu meletakkan sebarang harapan.Bak kata pepatah kalau kail panjang sejengkal,laut yang dalam jangan di duga.

Thursday, December 3, 2015

Tamatnya Tuan Anas Mikael

Lagu Dahsyat - MOJO

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh.. Wohooohh…
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

Ceria Hidup

Cermin Bayang

Sembunyi Diri

Kagum

Ok...fine...

Lesson 4 d day hari ni...

Beli barang sendiri
Jadi kepunyaan sendiri
Pakai sendiri...
Rosak tanggung sendiri...
Masak tak menjadi...
Jawab sendiri...

Pinjam orang...
Walau tak menjadi...
Tetap jadi salah sendiri...
Sendiri jugak kena perli...
Sendiri jugak sebal diri...
Lain kali tegaskan diri...
Jangan peduli orang tak beri...
Sebab utama tuk jaga diri...
Jaga hati dan rasa sendiri...

Ok fine... nasikujelantahhari ni...
Sila sedih sebab tak pernah terjadi...
Ntah ape yang difikir dlm hati...

Tangkap Lalat Beso...

Alahai...dah namanya budak...
Time kenduri ni la jumpanya ramai kawan...
Lalat pun 'ramai' gak...
Hah...amik kau...
Terperangkap gak lalat yang beso ni...
Baru la sibuk carik ibu...
Ibu!!!...ibu...!! Oloonggg...oloonggg!!!