Followers

Sunday, February 1, 2009

Resepi Air Soya


Resepi ni aku try mase kat ostolia dulu….sbb air soya kat sana x de la sesedap macam kan m’sia.Lagi satu susah nak dapat yang sedap.So aku pn try la wat sendiri.Hasilnya memang lebih sedap(bukan nak puji diri sendiri tau).Selain dari tu,mmg puas minum walaupun aku wat cume ½ kg je….. kalau nak wat berniaga pun bleh.Aku berniaga tuk perut aku je setakat ni hehe…
Kepada kawan2 yang mintak resepi aku dulu tu,pas ni leh la try sendiri ek….kalau x cube mane nak tau hasilnya.Kn lebih elok wat sendiri,x de la bhn pengawet dlm air soya tu….



Ni air soya yang aku masak pagi tadi...bukti ni...nanti korang ingat aku bg resepi ciplak2 je plak...

Bahan-bahannya
½ kg kacang soya
Beberapa helai daun pandan
Gula
Air


Cara-caranya
1.Rendam kacang soya semalaman sehingga tanggal kulitnya.Kemudian basuh dan toskan.
2.Blend 1 cawan kacang soya dengan 3 cawan air.(pada aku dah ok la kepekatannya.kalau nak lebih pekat,kurangkan airnya)
3.Tapiskan menggunakan kain kasa/bawal(bleh guna tudung bawal yang dah x guna tu).tapi aku guna penapis teh yang kain tu,yang biase orang guna kat kedai makan tu.lagi senang.hehe....
4.Ulang langkah 2 dan 3 sampai kacang soya tu abis.
5.Jerang air soya tdi sampai mendidih menggunakan api yang perlahan.Masukkan daun pandan.Kacau sekerap yang mungkin untuk elak air soya menjadi hangit dan melimpah.
6.Masukkan gula mengikut citarasa korang.Nak wat air gula asing pn boleh.
7.Dah siap dah.Bleh la hidangkan.....


Selamat Mencuba....

2 comments:

Anonymous said...

Slm.. sy try guna resepi akak tp nape lepas tapis still nmpk cm berkeladak lg.. sy pakai penapis yg cm slalu kdai guna wt teh tu

misz said...

wsalam:
terima kasih sudi mencuba...
semasa panaskan soya tu,guna api yg paling slow...
atau kalau perlu buat dua kali tapisan...