Followers

Tuesday, March 30, 2010

Ohhhh..honey...dew!!!


Macamana nak memilih tembikai susu supaya bila kita bawa balik,belah n makan ia memuaskan hati kita?Dan setimpal dengan harganya ?Acap kali kita membawa pulang tembikai susu yg tawar sedangkan rupanya memang cantik n kelihatan seperti manis.

Jangan tertipu pada kulit tembikai susu yg lawa...licin...rata..n tiada cacat cela.Sebab ia tak menjamin kepada kualiti rasanya yang enak.Ada pulak siap tepuk2 n cium tembikai susu tu..tapi berapa kerat sangat yg rajin nak menghidu sebegitu..tentu pelik dilihat orang.

Ni saja nak share petua bila membeli tembikai susu..Pilih buah yang banyak ketak2 pada kulitnya..senang kata mcm menggerutu gitu la..insya Allah rasanya manis.

Selamat mencuba..

RM 00.10












Sunday, March 28, 2010

Redhalah...

Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah diberikan dengan hati yang terbuka.Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya,maka tinggalkanlah berkeluh kesah.

Friday, March 26, 2010

Katak dalam gelas...

Semasa mengajar subjek sains,bab tumbuh2n..tertulis dan terpampang dalam activity book tu Mangosteen Tree.
Bla aku tanya "mangosteen tree tu pokok apa"?
Ada pulak jawapan yang kedengaran di telinga ialah "pokok mangga cikgu!!"
"Mangosteen tree ialah pokok manggis la murid2!"
"sapa tak pernah tau atau tak pernah tengok pokok manggis?"
Ada beberapa murid mengangkat tangan perlahan2...
"isk!!"

aktiviti memanjat ni pun mesti ramai yg tak pernah dapat buat..

Aku tak kisah kalau mereka2 ini tinggal di bandar2 yang mmg tak wujud tanah untuk menanam pokok manggis.atau,mereka tinggal di rumah2 taman.tapi masalahnya...mereka ni dok kampung!!!banyak pokok manggis kat kg tuh...walaupun bukan kat rumah mereka,mungkin gak kat tepi2 jalan kampung tu mmg ada pokok manggis...Tapi kenapa mereka tidak peka pada persekitaran.Tu baru tanya pokok manggis,belum lagi tanya pokok ciku,pokok durian belanda,pokok kedondong dan lain2 lagi...

Mereka dah menjadi seperti katak dalam gelas...hanya memerhati keadaan sekeliling tanpa faham n tahu.Sedangkan mereka boleh melompat keluar dari gelas tu untuk memahaminya dan ambil tahu..tapi...adakah mereka lakukan???

Mmg sebagi guru kita boleh membntu mereka mengenal tumbuh2n..tapi kalau semua pokok nak di tunjuk n dperkenalkan mau 8 bulan 8 minggu 8 hari pun belum tentu habis.Sesuatu perlu dilakukan supaya pengetahuan sedia ada murid2 kita ni tak terus zero...

selain g melawat kwasan berkebunan atau botanical garden..tapi itu memerlukan kos dan masa..Bukan semua murid mampu nak g rombongan.kaedah yg paling simple n rasa nya leh dilaksanakan...

cuba kita tanam pokok buah2n tu dalam kawasan sekolah..kita tanam ciku,langsat,duku dan lain2 yg wajar la...rasanya kos penjagaan pun tak de la ape sangat pun.Selain mendapat ilmu tentang pokok2 tuh,ia juga mengeluarkan hasil.Daripada kita dok tanam pokok yg rendang tapi tak berbuah wat pe?Tanam pokok buah...ilmu dapat,rasa pun dapat..n banyak lagi faedah lain pastinya...

So..sila la timbang2kan.ini untuk kebaikan generasi pewaris kita.Jangan sampai,10 tahun lagi...anak2 kita zero pengetahuan asasny tentang bumi hijau.Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyediakan pengetahuan asas mereka itu...:)

Thursday, March 25, 2010

Sekolah lestari

Oleh Khairina Yasin
2010/03/25
115 peserta bertanding rebut Anugerah Alam Sekitar SEJUMLAH 115 sekolah iaitu 46 rendah dan 69 menengah mengesahkan penyertaan masing-masing dalam Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) bagi sesi 2009/2010.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Dr Ir Shamsudin Ab Latif, berkata Sarawak dan Johor mencatat penyertaan paling tinggi, masing-masing 27 dan 28 sekolah. Beliau berkata, ini diikuti Sabah (11), Selangor dan Kedah (tujuh), Pulau Pinang dan Kelantan (enam), Kuala Lumpur dan Perak (lima), Negeri Sembilan (empat), Melaka dan Pahang (tiga), Terengganu (dua) dan Perlis (satu).
Daripada jumlah itu, katanya 67 peratus adalah penyertaan baru dan perkembangan itu menunjukkan minat dan keyakinan sekolah terhadap kelebihan program berkenaan dalam memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan pelajar. “Proses penilaian peringkat negeri bermula April ini selama dua bulan yang dilaksanakan panel penilai dan pemilih dilantik. “Pembahagian peratus pemarkahan sama seperti sebelum ini iaitu 40 peratus dokumen dan baki 60 peratus (lawatan lapangan) sebelum penilaian peringkat kebangsaan diadakan pada pertengahan Julai,” katanya pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program SLAAS di Putrajaya, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Datuk Zulkifly Mohd Wazir.
Sehingga kini, Shamsudin berkata, program yang diperkenalkan pada 2005 itu disertai 254 sekolah seluruh negara. Beliau menjelaskan, JAS turut merangka perancangan strategik ke arah melestarikan yang kini memasuki sesi ketiga. Katanya, perancangan itu termasuk menerbitkan buku bersiri iaitu Siri Menjejak Kelestarian” bermula dengan proses pengumpulan data dan maklumat penganjuran program bermula sesi I hingga III. “Kajian penambahbaikan khususnya berkaitan kriteria pelaksanaan dan penilaian juga akan dijalankan pada tahun ini bagi mewujudkan kriteria baru untuk diguna pakai pada sesi akan datang. “Perancangan ini penting bagi memastikan kelestarian program.
Usaha ini menuntut kerjasama semua pihak dan agensi berkaitan bagi menjayakan program ini. “Malah, kita dapat lihat kemajuan dalam penganjuran program ini apabila wujud peningkatan dari segi jumlah penyertaan sekolah setiap sesi,” katanya. Program SLAAS bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar membabitkan empat komponen iaitu pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
Penganjur menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai RM20,000 bagi pemenang anugerah setiap kategori sekolah rendah dan menengah. Peserta terpilih berpeluang mendapat pengiktirafan Pensijilan Khas Sekolah Lestari dan Pensijilan Sekolah Lestari Peringkat Negeri dan hadiah wang tunai RM2,000.

Wednesday, March 24, 2010

Tangis bahagia,air mata gembira...


Puteri Habour

Tarikh:14 Mac 2010
Lokasi:Nusajaya,JB
Fakta:Puteri Harbour is the jewel of Nusajaya.
This waterfront precinct, is an integrated waterfront and marina development that spans 688 acres offering a panoramic view of the Straits of Johor. Puteri Harbour redefines luxury living and offers boundless real estate benefits to the astute investor. Located adjacent to Kota Iskandar (Johor state new administrative centre), Puteri Harbour will be a unique luxurious lifestyle community, offering the experience of exceptional waterfront living, dining, entertainment, the arts and culture in a safe and picture postcard natural setting.
It is an ideal location for global or regional commerce and events, with state-of-the-art facilities and a business-friendly environment that will create world-class personal or business investment opportunities.
Puteri Harbour’s development components comprise waterfront residential (prime waterfront properties), commercial development (offices and retail shops), FAME ( Food & beverage outlets, Arts, Music and Entertainment), transportation hub (water transport terminal for water taxis and ferry, bus terminal, tram and LRT station), a marina (berthing, chandlery and accommodation facilities for boaters, yachters, boat/yacht charter owners/operators and water sports owners/operators) and a Cultural Park initiated and owned by the Johor State Government.










Monday, March 22, 2010

Siap sedia..

Baru sebentar tadi dimaklumkan oleh Tuan GB....siap sedia untuk SSQS.Surat dah sampai...so,paham2 je la ye. :)

Friday, March 19, 2010

Segar dan enak!!

Semalam di pasar,semasa dok tunggu ayam yg aku oder di proses…sempt aku melihat gelagat pemborong2 ikan di pasar menggredkan ikan.Cekap dan pantas.Nampak macam senang jek.sekejapan jek mereka dah siap menggredkan ikan parang yang ntah berapa puluh ekor tuh.Cara diorang mengredkan ikan tu mudah jek…
actually aku pun guna cara yang sama gak bila bli ikan.Tapi tak de la sepakar diorang tuh.Sesetengah orang,bila pilih ikan..siap dipicitnya ikan tu la…tgk sisik la…Sebenarnya petuanya simple dimple jek.Tapi belum tentu semua orang tau caranya.Ada yg tau g pasar beli ikan,tunjuk n bawak balik jek.Sampai rumah bila ikan tu tak sedap n tak fresh..pandai lak complain.hahhaha…

OK caranya macam nih…bukak penutup insang ikan kat kepala tuh…tengok warna insang tuh.Kalau masih merah,segar la ikan tuh.Tapi kalau dah birat n biru…maknanya ikan tu dah lama.kenapa insang?sebab semua ikan ada insang.Kalau nak berpandukan sisik…bukan semua ikan ada sisik.

So lepas nih…jangan kata tak tau nak pilih ikan.dan yang penting,jangan bli ikan busuk bawak balik rumah lagi…Baru la seronok bila dapat makan ikan yang segar n enak...Selamat Mencuba!!

Wednesday, March 17, 2010

Kacang dan Kulit...

Pepatah yang selalu kita dengar ialah "kacang lupakan kulit"
Pernah dengar "kulit lupakan kacang?"

Cuba fikirkan ke mana kacang tu pergi setelah kulitnya dikopek...ke dalam mulut kan?apa peranan kacang di situ?memuaskan selera manusia....yang ingin menikmati kelazatan kacang.Kacang yang menjadi mangsa...Tapi sedap mmg la sedap.


Apa jadi pula pada kulit kacang tadi?kenapa manusia mempersia2kan pengorbanan kulit kacang yang menjaga dan melindungi kacang hingga terhasil kacang yang enak itu?Dan setelah di masak...kacang itu,mengorbankan dirinya menjadi makanan manusia...sedangkan kulit kacang hanya mampu melihat kacang yang 'dijaganya' hilang lenyap dalam mulut.Kemudian,dirinya yang sudah tidak berperanan tu...dibuang oleh manusia ke dalam tong sampah.


Cuba la...dengan idea yang kreatif kita create kan satu benda yang menjadikan kulit kacang tu tak hanya lenyap dalam tong sampah.Supaya,jasa kulit kacang yang menjaga kacang itu...kita hargai.Seenak rasa kacang itu,kita hasilkan sesuatu yang indah dari kulit kacang.Untungnya nanti...bukan sahaja kita kenyang makan kacang,tetapi ada sesuatu yang cantik,yang mendamaikan mata kita untuk dilihat.mas tu la...bila kacang hilang di perut.Tapi kulit kacang tak lekang dek mata kita.Baru la nanti akan wujud..."kulit lupakan kacang".Secara tidak langsung,kita memaksimumkan peranan kacang dalam hidup kita.
Sama2 kita fikir dan renungkan..:)

Saturday, March 13, 2010

Happy Birthday Ayu and Ayman!

Hari ni...13 Mac,birthday ayu yang ke 8 tahun...sekejap jek pejam celik dah beso anak dara aku nih.Ayman pula,dah berusia 2 tahun pada 8 Mac hari tu...Ragam masing2 dah mula bertambah.Seiring dengan pertambahan usia diorang.Dah mula terasa cabarannya mendidik anak zaman kini...anak2 zaman siber.Semoga mereka membesar sebagai anak2 yang soleh n solehah...berjaya dalam kehidupan,sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Friday, March 12, 2010

MPZ Semerah 2010...Juara lagi!!!

TAHNIAH!!!kepada semua peserta yang terlibat dan yang mengerah tenaga.Saja nak juga kongsi gambar...tapi tuk maklumat lanjut leh la layari blog Cikgu Aziz

Bahagian tugas2 khas-Puan Normala Suleiman

isk.ni sapa plak yg bg taklimat nih?apasal coach yg lain larrrriiii???

hari pertama MPZ Semerah...Merah!!1saje bagi org gerunnn..

Meraikan kejuaraan...yyyeeeeyyyy!!!!

Sabar menunggu pengumuman keputusan...sempat posing lagi tuh...





Tuesday, March 9, 2010

Monday, March 8, 2010

Wednesday, March 3, 2010

Berhenti@stop!!!




Bila kita tidak lagi teruja untuk melakukan sesuatu yang rutin pada diri kita,berhentilah seketika dan berilah ruang untuk diri kita.

Tuesday, March 2, 2010

LINUS???confius?

Satu daripada Minister Key Performance Indicator(MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah SEMUA murid berkeupayaan untk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.
Justeru,Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan SEMUA murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4.



Terdapat 3 saringan yang akan dilaksanakan oleh semua murid tahun 1.

Saringan pertama
1-28 Feb 2010 (Saringan membaca),
1-5 Mac2010 (Saringan Menulis).

Saringan kedua(Dijalankan untuk murid yang tidak melepasi saringan pertama)
1-31 Mei 2010 (Saringan Membaca)
30Mei-4 Jun 2010 (Saringan Bertulis)

Saringan ketiga(Dijalankan untuk murid tahun 1 yang tidak melepasi saringan 2)
1-30 Ogos 2010 (Saringan Membaca)
1-3 September (Saringan Menulis)

Sehubungan itu,guru-guru,ibu bapa serta murid-murid yang pada mulanya agak keliru dan bingung dengan wujudnya program ini diharap telah mendapat sedikit kefahaman dan dapat bersedia dengan saringan-saringan yang akan dijalankan.

My sunflower set..

thanx kak watt ... best ... nyerr hehehhehe