Followers

Tuesday, March 2, 2010

LINUS???confius?

Satu daripada Minister Key Performance Indicator(MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah SEMUA murid berkeupayaan untk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.
Justeru,Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan SEMUA murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4.



Terdapat 3 saringan yang akan dilaksanakan oleh semua murid tahun 1.

Saringan pertama
1-28 Feb 2010 (Saringan membaca),
1-5 Mac2010 (Saringan Menulis).

Saringan kedua(Dijalankan untuk murid yang tidak melepasi saringan pertama)
1-31 Mei 2010 (Saringan Membaca)
30Mei-4 Jun 2010 (Saringan Bertulis)

Saringan ketiga(Dijalankan untuk murid tahun 1 yang tidak melepasi saringan 2)
1-30 Ogos 2010 (Saringan Membaca)
1-3 September (Saringan Menulis)

Sehubungan itu,guru-guru,ibu bapa serta murid-murid yang pada mulanya agak keliru dan bingung dengan wujudnya program ini diharap telah mendapat sedikit kefahaman dan dapat bersedia dengan saringan-saringan yang akan dijalankan.

No comments: