Followers

Monday, August 30, 2010

Ryno-TAYAR 1


Motor Ryno merupakan sebuah motorsikal yang dibina dengan bertayar satu!. Ianya merupakan hasil dari idea seorang remaja perempuan 13 tahun bernama Lauren yang mahu memandu sebuah motorsikal bertayar satu sesudah melihatnya di dalam salah satu permainan video.

Motor Ryno dikuasakan dengan tenaga elektrik dan boleh mencapai kelajuan sehingga 25 ke 30 batu sejam serta Motor Ryno ini hanyalah seberat 57 kilogram. Video dari Youtube turut disediakan.


Sunday, August 29, 2010

Selamat Hari Merdeka!!!

Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Permata nilam

( korus )
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

Sunday, August 22, 2010

Kerja Kosong...untuk dipenuhi


Pengawal keselamatan diperlukan di Batu Pahat.

Masa berekerja 7 malam hingga 7 pagi

Gaji RM750.00

Diperlukan segera!!!

HUBUNGI:016-2071657

(Fairul Amir)

Sambal Petai+Udang la pulak...

Salam semua...sajek je la share pic nih...bulan2 puasa ni kan...
banyak sangat makanan sampai tak tau nak pilih n makan yang mana...
tapi...kadang2 kita nak makan dengan hidangan yang simple2 jek tapi mampu membangkitkan selera berbuka dan bersahur...tak perlu banyak2 sangat lauk...yang kadang2 tak terhabis pun...sudahnya membazir...akhirnya masuk dalam mulut cik tong sampah.
so..korang boleh la masak sambal nih...3 in 1..ni la sambal..ni la lauk(sebab ada udang)...ni la gak sayur(sebab ada petai)...haa....kan complete semua tuh...
sok g pasar beli udang n petai ye...selamat memasak..:)

Saturday, August 21, 2010

Sulur Keladi ku Nyumm..nyummm


Salam semua...

misz penah wat en3 tentang sulur nih satu masa dlu...tapi en3 tuh kisahnya pada mereka yg tak kenal sulur keladi la...nak baca leh klik sini .


en3 yang ni plak nak tunjuk kat korang macamana rupanya sulur keladi tuh setelah di masak...haaa..begitulah rupanya.. tapi untuk mengetahui rupanya yg real...cara2 ia di masak dan ia disiang..korang leh klik sini...


tapi perlu diingatkan di sini...sesapa nak masak sayur nih...mesti mempunyai tahap kesabaran diri yang tinggi serta perasaan ingin tahu yang maksimum.kalau tak..semangat anda akan luntur dek 'kemiangan' gatalnya..tapi kalau anda akur n patuh arahan serta mampu bertindak mengikut arahan sifu...insya Allah anda akan merasa betapa enaknya slur keladi ini.

SELAMAT MENCUBA!!!

Friday, August 20, 2010

Usir Kekosongan dengan Kesibukan


Saat paling berbahaya bagi akal adalah kala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa2.Orang seperti itu ibarat kereta yang berjalan dengan kelajuan yang tinggi tanpa memiliki pemandu.

Wednesday, August 18, 2010

Otak sihat dengan bertudung?

Persoalan menutup aurat dan isu tudung sememangnya cukup berkait rapat dengan hak individu melaksanakan tuntutan Islam. Lihat sahaja, di Perancis contohnya isu tudung cukup dipandang serius oleh pihak berkuasa. Di Turki,yang merupakan taman pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyyah satu ketika dahulu, juga tidak lepas dari cengkaman perang saraf sekularisasi dalam isu bertudung ini. Bahkan para sekularis Turki turut berusaha mengagalkan kemenangan Abdullah Gul sebagai calon Presiden disebabkan komitmen yang tinggi kepada islam,termasuklah isteri beliau Hayrunnisa’ yang kekal bertudung menongkah arus sekularisme Turki.Namun, yakinkah kita Islam mendatangkan kewajipan bertudung kepada wanita dengan membawa pakej kemaslahatan pada manusia? Dari sudut nilai integriti, maruah dan kesantunan? Dan juga dari segi kesihatan dan sains?

AURAT IS ALL ABOUT WOMEN’S DIGNITY

Allah SWT memberi arahan jelas kepada muslimah melalui KalamNya iaitu :“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan…” (24: 31)Cukup jelas, tanpa kompromi..Islam,sesuai dengan sifat thabat wa murunahnya (tetap dan anjal), kena dengan ciri flexibility yang tersendiri, tidak menghalang mahupun mengekang wanita untuk berpakaian mengikut fesyen dan suasana. Namun, Islam ada guidelinenya…Prof HAMKA dalam Tafsir Al-Azhar menyatakan : “ Tidaklah semua pakaian Barat ditolak dan tidaklah semua pakaian negeri kita di terima. Kebaya jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan islam”Perkara yang cukup jelas, memakai tudung dengan betul akan meningkatkan maruah dan harga diri yang tinggi buat wanita Islam.Yang yakin akan syariatullah ini…

APA KATA SAINS?

Artikel The Science Behind The Veil di IslamOnline.net tulisan Karima Burns menyebut :“ Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak”.Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa :“ Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Jesteru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas”.

BERTUDUNG = OTAK SIHAT.

Penemuan dan kajian yang telah dibuat jelas menunjukkan dengan pemakaian penutup kepala (bagi Islam : bertudung) cukup signifikan dalam penjagaan otak. Penutupan kepala secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan risiko pada otak.Cukuplah sedikit bukti dipamerkan melalui sains mengukuhkan iman dan mentaukidkan aqidah serta keyakinan kita kepada syariat Islam..Kerana Islam datang dengan sifat sempurna dan menyempurnakan, jauh dari ciri susah dan menyusahkan seperti pandangan pesimis sebahagian masyarakat bukan Islam tentang kepentingan bertudung..Wahai muslimah, yakinlah dengan kewajipan yang ditetapkanNya, teguhkanlah pendirian anda, dan pertahankanlah hak dan maruah anda sebagai wanita Islam melalui pemakaian hijab yang di arah Tuhan..

Sumber:
http://ulumcordova.wordpress.com

Maaf orang berakal


orang yang paling berakal ialah orang yang paling banyak memaafkan kesalahan orang lain.Dia menghadapi sepak terajang dan ucapan mereka dengan sikap yang baik tanpa beban.Orang seperti itulah yang akan memberikan ketenangan kepada dirinya dan orang lain.

Monday, August 16, 2010

Semangat Yang Hilang!!!


tiba2 rasa mcam ada byk menda yg nak di cakapkan...isk...ape ler..tak baik di bulan yang mulia nih banyak bercakap menda2 yang tak berfaedah...lagi satu...ada ke org nak baca bebelan yang entah ape2 ntah tuh?

Bila dok pikir2 semula...ape yang kurang sebenarnya hari ini...cuma satu menda jek iaitu...SEMANGAT!!!jenuh la PK pulak...mana nak cekau smula semangat yang hilang tuh untuk dibawa pulang???

Penting rupanya SEMANGAT tuh...mcam2 menda boleh dilakukan dengan semangat...selagi kita bersemangat...semua perkara adalah menjadi tidak mustahil untuk dilakukan...tak percaya???

Anda sakit...org kata sakit yang mmg tak de harapan nak idup la....menunggu hari jek?bila terima perkhabaran tuh ape yang terjadi pada anda...PUTUS HARAPkah???terduduk terus tak bangkitkah???atau telungkup dan tak ingin dah melihat ke langit???

ape perlu kita buat???macamana nak jadi org yang sentiasa bersemangat???boleh ke kita bangkit??mmg la boleh....tapi persoalannya..berapa lama masa yang kita perlu???

Sebab...rasa kecewa yang kita rasa tahapnya mmg berbeza..dan diri kita jek yg mampu mengukurnya....dan berapa banyak pula semangat yang kita perlukan untuk menguatkan diri kita...cuma kita yang tahu....

Bangkit la!!!orang lain yang memandang...cuma boleh menjadi tempat kita meluah rasa...berkongsi beban...walaupun bertan2 kata semangat yang diucap dan di ulang...tapi kalau semua tu mcm menjirus air disimen..tak de maknanya juga...

Kita perlukan kehadiran seseorang yang sentiasa berada di sisi kita bila kita perlukan...walaupun dengan kehadiran seseorang yang kita sayang mampu menguatkan diri kita ..tu hanya sebagai motivasi untuk diri kita....selebihnya..kita kene tanya diri kita...sampai bila kita perlu bergantung harap....dah namapun manusia...akhirnya nanti mungkin hadir juga rasa meluat dan jengkelnya...

Rasa macam diri dah tak de gunanya???tu yang membuat anda tak nak dah idup...mana anda tau anda tak berguna???dah abis tengok n pusing keliling?dah puas belek satu persatu wajah2 orang yang anda sayang?yg menyayangi anda...yang mahukan anda ceria dan sihat..yang perlukan anda untuk meneruskan hidup...yang perlukan kasih anda sebagai seorang kakak...yang dambakan hangat pelukan ibu...mereka masih perlukan anda...jadi..bukankan itu semangat untuk anda???walaupun yang sebenarnya...itu adalah tanggungjwab anda....menggembirkan hati mereka yang sayangkan anda...

atau sekurang2nya...semangat anda itu mampu meninggalkan kenangan yang paling manis buat insan2 yang paling anda sayang yang anda ada sebagai kenangan meneruskan kehidupan nanti....dan sekurang2nya...semangat anda itu mampu mengembirakan ramai orang di sekeliling anda...dan meletakkan anda dalam senarai insan yg paling utama dalam ingatan masing2...dan itu....sebagai BONUS untuk anda..bila anda tiada nanti....sentiasa ada saja 'hadiah' untuk anda semasa berada di 'sana'..kerana mereka sentiasa terkenangkan anda...nama dan kegembiraan yang ditinggalkan bersama semangat itu yg tersemat kukuh dalam ingatan...

JADI!!!apa yang ditunggu lagii???pandang ke depan...fikirkan yang positif tentang apa yang anda boleh lakukan dengan kudrat yang ada...buang smua iron2 -ve yang menjadi penyakit jiwa tuh...lunaskan tanggungjwab nada smentara masa masih berbaki...biarlah kita tiada nanti...hati kita telah puas...dan tiada hati yang terkilan dengan kita...

pilihan di tangan anda.. jangan anda sesal atau yg tersayang sesal dek tak merasa kehadiran anda di sisi.atau biarkan diri anda menjadi kain buruk hingga ke akhir hayat...kain buruk pun ada lagi fungsinya...atau anda lebih teruk dari itu???bila kita sudah tiada...yg tinggal hanya nama dan kenangan tuk diingati...mudah2an...yang tinggal itu adalah yg terbaik dari diri kita....jadilah kita manusia yang paling bahagia kerana gembira yang merajai hati kita...sesungguhnya...mati tu pasti...hidup je yang insya Allah...wallahualam....


so...renungkan di mana kita....

Ingatan Buat Abah

Hari ini genap 4 tahun abah meninggalkan kami semua...
Semua kenangan tetap kukuh dalam ingatan kami.
Semoga abah tenang di sana di sisi orang2 yang soleh....Amin
al-fatihah untuk allahyarham Zaitun bin Ahmad...

Saturday, August 14, 2010

Jangan Syok je Berbuka di Hotel...

Bufet berbuka sos alkohol
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
2010/08/13
PETALING JAYA: Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Itulah yang dibongkar penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan operasi khas ke beberapa hotel di sekitar Lembah Klang, semalam dan kelmarin.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, sepanjang dua hari itu pihaknya memeriksa sembilan hotel dengan tumpuan diberikan kepada hotel yang menawarkan sajian bufet Ramadan. Menurutnya, hasil pemeriksaan itu menemui bukti kukuh arak dan sos beralkohol digunakan sebagai bahan masakan termasuk juadah berbuka puasa di dua hotel. “Operasi itu dilakukan bagi mengotakan janji Jakim bertegas mengambil tindakan terhadap hotel yang menganjurkan promosi bufet berbuka puasa tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan, khususnya dalam aspek halal,” katanya. Beliau berkata, satu daripada hotel yang menggunakan bahan beralkohol sebagai resipi masakan dikesan hasil operasi terbaru dilakukan jam 11 pagi semalam di pinggir ibu negara. Menurutnya, pemeriksaan rapi dilakukan di dapur hotel berkenaan yang dibahagikan kepada bahagian penyediaan makanan tempatan serta bahagian dapur khusus makanan Cina dan barat.

Friday, August 13, 2010

ROti aTaU MaDU


~sepotong roti kering dengan hati yang tenang adalah lebih nikmatnya daripada sebaldi madu dengan hati yang penuh ketakutan.Sebuah beca yang tertutup dengan aib lebih baik daripada istana yang penuh dengan fitnah~

Monday, August 9, 2010

Lebihnya Wanita...

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Sambutlah salamnya...

Nama saya Sya'aban. Saya ingin menginghatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftaar..Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda. Insya-Allah.

Wednesday, August 4, 2010

Bila guru berpolitik

Guru berpolitik dikhuatiri lemahkan sistem pendidikan
Oleh Norliza Abdullah
rencanabh@bharian.com.my




PADA peringkat awal kewujudan Umno, malah parti lain termasuk pembangkang, peranan guru dalam masyarakat amat diperlukan untuk menggerak kegiatan politik di akar umbi. Golongan pendidik pada era 1960-an, 1970-an, malah awal 1980-an, dilihat sebagai sandaran politik akar umbi.

Pada zaman itu, guru dilihat sebagai bijak pandai di luar bandar dan pembabitan mereka dalam politik juga berupaya menarik sokongan orang ramai. Mereka dihormati bukan saja di sekolah, malah di dalam masyarakat tempat mereka mengajar. Jika ada kenduri-kendara, guru diiringi untuk duduk di saf hadapan bersama imam, penghulu dan sebagainya. Jika ada anak lulus atau gagal peperiksaan umum, ibu bapa
datang menemui guru tanpa mengira waktu untuk meminta nasihat apa tindakan yang boleh dilakukan seterusnya untuk anak mereka. Tidak hairanlah, jika mereka bertanding jawatan tertentu dalam parti politik di peringkat bawahan, mereka mudah menang.

Namun, senario itu berubah sejak akhir 1980-an dan sejak itu juga jumlah guru yang menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno mula berkurangan. Tempat mereka juga semakin berkurangan dalam Umno, termasuk memegang jawatan peringkat bahagian.

Ini juga ada kaitan dengan larangan kerajaan supaya guru siswazah tidak dibenar bergiat aktif dalam politik. Sebaliknya, guru bukan siswazah dibenar berpolitik dengan syarat mendapat kebenaran daripada pengetuadan guru besar masing-masing. Kini, ruang itu mahu dibuka semula kepada guru, jika cadangan yang dilontarkan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diterima.

Hishammuddin, selaku Naib Presiden Umno yang baru dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu mencadangkan pendidik, terutama guru dalam Kumpulan A diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kepakaran golongan itu dapat digembleng dan dimanfaatkan bagi memantapkan lagi parti kerana beliau amat mengiktiraf sumbangan guru bukan saja dalam bidang pendidikan, malah peranan yang mereka mainkan dalam perjuangan politik tempatan sejak negara merdeka. Cadangan itu perlu diperhalusi bagi memastikan saranan berkenaan mewujudkan situasi 'menang-menang' di kalangan mereka yang terbabit. Bagaimana pula andainya guru yang dibenar aktif berpolitik itu lebih cenderung kepada parti pembangkang? Bagaimanapun, cadangan itu secara dasarnya memerlukan perbincangan serta penelitian
mendalam semua pihak terutama agensi pelaksana iaitu Kementerian Pelajaran dan juga pertubuhan yang dianggotai golongan pendidik seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata statistik Kementerian Pelajaran sehingga Januari 2009 mencatatkan sejumlah 354,933 guru seluruh negara kini berkhidmat di 9,762 sekolah rendah dan menengah seluruh negara. Daripada jumlah itu, beliau berkata 213,742 guru mengajar di sekolah rendah dengan 55,385 daripada mereka adalah daripada kategori guru Kumpulan A. Bagi guru sekolah menengah pula, katanya, 141,209 dan daripada jumlah itu hanya 14,040 iaitu bersamaan kira-kira 10 peratus daripada mereka adalah bukan guru Kumpulan A.

Ini bermakna jika guru kumpulan berkenaan dibenar menyertai politik ia memberi peluang kepada seramai 182,554 mengasah bakat mereka menjadi pemimpin pelapis generasi akan datang selain melaksanakan tugas sebagai pendidik. Walau apa pun jumlahnya, Alimuddin berkata yang pasti cadangan itu masih pada
peringkat perancangan yang masih dalam usul yang akan dibahaskan bagi mendapat pandangan semua pihak sebelum ia dilaksanakan. Terdahulu hanya guru yang berada pada kategori bukan siswazah iaitu DGA29 hingga DGA38 dibenar menyertai politik.

Tetapi Hishammuddin yakin cadangan itu dilihat selain dapat meningkatkan jumlah keahlian anggota sesebuah parti, ia dapat memimpin semula anak muda yang terdiri daripada guru lepasan universiti yang mewarisi pergerakan politik akan datang. Beliau melihat guru yang terdiri daripada graduan lepasan universiti dalam dan luar negara yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) memiliki kelulusan profesional dapat dioptimumkan bagi memperkasakan sesebuah parti selain memberi nafas baru dengan cetusan idea yang bernas untuk dimanfaatkan semua pihak. Bagi memastikan segala usul dan pelaksanaannya berjalan lancar, Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, berkata pelaksanaannya memerlukan penelitian serta kawalan bagi memastikan kelonggaran tidak disalahguna.

Beliau berkata, pastikan setiap permohonan guru yang bercadang bergiat aktif itu datangnya daripada guru besar mahupun pengetua dan keputusan adalah tertakluk kepada budi bicara pentadbir bagi memastikan guru berkenaan dapat membahagikan masa dengan sebaik mungkin.

"Kami di NUTP mengharapkan jika persetujuan dicapai ia hendaklah membabitkan guru yang berada pada gred DG41 hingga DG48 (guru siswazah biasa). Jika ia membabitkan guru yang berada pada gred lebih tinggi dikhuatiri beban tugas di tempat kerja terjejas dengan aktiviti tambahan di luar.

"Pembabitan guru lebih tinggi grednya yang juga memegang jawatan penting dalam sesebuah jabatan dilihat bakal menimbulkan pelbagai masalah termasuk wujudnya konflik hingga mengganggu struktur sesebuah organisasi," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, kelmarin.

Pada peringkat kementerian juga, Loke berkata, diharapkan kelonggaran itu dapat dikawal dengan menyediakan garis panduan jelas kepada guru yang bercadang menyertai politik supaya tidak wujud sebarang konflik yang akhirnya menjejaskan tumpuan hingga mengabaikan tugas hakiki yang sepatutnya diberi keutamaan. Dalam perkembangan berkaitan, ahli antropologi sosial Universiti Putra Malaysia, Dr Sarjit Singh Gill, berkata cadangan itu seolah-olah menggambarkan ahli politik sedia ada gagal melaksanakan tugas hingga mereka terpaksa mendapatkan khidmat guru dalam meneruskan kelangsungan perjuangan.

Guru, katanya, mempunyai tanggungjawab yang diamanahkan dalam melaksanakan dasar pendidikan negara dan bukan sebagai mempertahankan agenda politik negara. "Kebenaran yang diberikan kepada guru Kumpulan A juga tidak tepat kerana golongan ini adalah mereka yang ditugaskan menjana idea memastikan sektor pendidikan lebih maju. Dikhuatiri jika kita mengambil ruang ini dan membenarkan mereka berpolitik, akan menjejaskan tugas dan melemahkan sistem pendidikan," katanya.

Adalah wajar jika kerajaan mengkaji semula saranan berkenaan kerana institusi pendidikan negara tidak mahu kehilangan guru yang banyak menyuntik wadah serta semangat untuk anak bangsa mendapatkan bimbingan yang juga bakal pemimpin masa depan.

Hutang Gembira...




Monday, August 2, 2010

Somebody is leaving


Kerana dia isteriku...


Sejak dari lafaz itu ku sebutkan...
telah berjanji aku...
bahawa sesungguhnya...
dialah yang akan tetap dan selamanya,
menjadi permaisuri dihatiku...

Buruk baiknya dia...
lebih dan kurangnya dia...
aku terima dan redha...
kerana aku yang memilih dia..

Biar payah,biar susah,
biar renyah sekalipun...
aku yang akan menanggung dia...
aku juga yang akan menunjuk ajar dia...

kerana...
salahnya dia adalah salahnya aku...
kurangnya dia adalah kekurangan aku...
tidak sekali aku mengatakan orang lain adalah lebih baik..
sedangkan dia pula sebaliknya...
tidak akan aku membandingkan sempurnanya orang lain...
tidak seperti sesempurnanya dia...
walhal dalam masa yang sama,
aku ibarat menghina diri aku sendiri...

Sebab...
tidak baiknya dia adalah dari kegagalanku...
tidak eloknya dia adalah dari kecuaian dan kealpaanku sendiri...
dan tidak sama sekali aku akan pernah menyalahkan dia...
kerana dia isteriku...