Followers

Thursday, September 30, 2010

Hari2,Hari Raya...


Salam semua...
Syawal semakin kepenghujung meninggalkan kita...bila sebut Hari Raya Aidilfitri jek...tup...zaasss...dalam kepala ialah inilah timenya untuk kita bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.Macam la time2 lain tak leh nak mintak maaf..ye tak?Tapi tu la yang kita lakukan...amalan terbaik yang kita buat..meminta maaf dan memaafkan orang lain.Walaupun mulut cakap...'yee...saya maafkan'...tapi dalam hati sendiri jek yang tau...

Dan time raya ni la...kita selalu cakap..jangan carik gaduh...jangan carik pasal..hormat kat bulan Syawal yang mulia nih...Dan dek kerana hormat tuh..maka..niat nak gaduh terbantut...niat nak mengata mencair...ye lah....takut wat dosa lagi...sedangkan baru jek mintak maaf...nak tunggu raya lagi...tahun depan baru muncul...tapi tu pun ntah sempat atau tidak...

Kan best kalau hari2,adalah Hari Raya...mesti aman jek dunia...tak de la kita nak carik gaduh..carik pasal...dan tak de la istilah mintak maaf setahun sekali tuh.Pas ni hari2 kita mintak maaf ek...supaya dosa2 kita tak bertimbun.Tapi nanti di kata buang tebiat la pulak...sebab janggal jek...hehehhhe...pelan2 la kita berubah...tak salah pun..malahan ianya digalakkan..

so,sama2 kita fikirkan dimana kita...

Tuesday, September 28, 2010

Kek Lapis Kastard Pandan

pic ni ehsan mr.google..

Bahan-bahannya:
1 biji kek span pandan

bahan (A)
gula kastor -180gram
air daun pandan - 500ML
serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan

bahan (B)
santan pekat - 400ML
tepong hoen kwee hijau - 85gram
pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
secubit garam

untuk hiasan
- 1 cawan kelapa kering


Cara-cara
1.kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
2.untuk membuat kastad...
-campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
-masak atas api sederhana hingga mendidih.
-kacau hingga gula hancur.
3.satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
4.masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
5.kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
6.sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
7.letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
8.letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
9.hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya...(hentak pelan2...jgn sampai telungkup semuanya..hehehhe)
10.biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
11.keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan... salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..






dah siap...leh potong n hidangkan...


Selamat mencuba...

Monday, September 27, 2010

Nice 2 C

Salam...
dok belek2 pic2 skuter nih...
tapi belinya belum tentu....
sajek cuci2 mata...
















yang ni cute...pink kaler!!!
namanya rino...dr Demakmotor..
tapi 50cc jek
kalo setakat nak bawak g paso ok la...
g masjid...pun boleh.
g kedai sebelah rumah elok beno nih...
yang pasti ia tak sesuai tuk
merempit.















yang ni beetle..masih jenama yg sama...
cuma 125cc...
leh la bawak jalan jauh sikit...

tapi dua2 model nih lampu belakangnya mcam lampu otomen la plak...
bzzz...bbzzz....


haaa...yang ni keluaran honda....
cuunnn...cute gak...
tapi tak tau la kat Malaysia ada or tak...

Friday, September 24, 2010

PESANAN BUAT SUAMI


















- Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..


4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.


5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.


7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.


8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.


9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.


10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?


11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.


13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?


15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.


16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?


18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?


19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.


21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.


22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali


23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


'janganlah seorang mukmin membenci wanita mukminah (yang menjadi isterinya),kerana jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya,tentu dia akan menyukai perangainya yang lain'

I'm gonna leave U...sorry!















i'm sorry my dear...

this morning..

when i woke up...

i told u that i'm gonna leave u...

i told u that i promise that i dont wanna see u again till the day ends..

i told u that u were perfect for me..

but i must leave u for a while..

everybody say.. love needs time away..

but now.. i'm missing u...

i have to be with u no matter what...

owh how i miss u MY BED..

MY KATIL!!!..

:P...

Thursday, September 23, 2010

Hati Karang


'orang yang memiliki hati seperti bunga karang...akan menyerapkan semua isu...cerita...khabar2 angin.Padahal semua itu akan membuat hati makin tidak tenteram dan cepat terlarut dalam emosi yang menyakitkan jiwa...yang akhir menghancurkan ketenangan jiwa.Hati seperti ini..seperti seekor gajah yang akan membahayakan pemiliknya dan kawasan sekitarnya'

Thursday, September 16, 2010

SeMAKMUR makmor


salam semuanya....
dan salam lebaran.

sedang menjamah biskut makmor tadi..bila terbayangkan betapa makmurnya Malaysia jika menjadi semakmur biskut makmor tuh...enak...lazat...sedap jek bila lalu ditekak...sekali cuba pasti nak lagi...dan tak mustahil kalau habis sebalang kuih tuh dihadap sendiri...

tapi dalam keenakan kita makan biskut makmor tuh akan tercalar bila kita terkunyah batu yang trut hadir dalam kacangnya tuh...potong stim la kita mengunyah...

macam kat Malaysia sekarang nih...bersyukur kita sebab dapat hidup dalam
negara yang aman dan damai.MAKMUR...tenang...tak de kes kelaparan yang melampau...tak kisah derita yang tersiksa..tak de bencana yang menjadi malapetaka seperti negara2 lain yang diancam banjir buruk,taufan menggila,kebakaran merata...yang angka korbannya tak terbilang dengan jari.

Apalagi yang kita harapkan selain bahagia berada dibumi sendiri yang tercinta...kenapa kita tak boleh mengasihi negara kita sendiri...jaga nama negara...jaga keselamatan negara...JANGAN DISEBABKAN BATU DALAM KUIH MAKMOR TU....orang lain memandang kita sinis...ada jelek dalam juih...sebab nila setitik rosak susu sebelanga...

TAK SAYANGKAH MAKMURNYA NEGARA KITA NIH???atau ada yang merasakan tanah ini bukan tanah kita...bukan untuk kita pijak dan junjung...agaknya nanti matinya mereka bukan ditanah ini...sapa semua tuh untuk kita tentukan sendiri..Sedangkan bila matinya kitapun kita tak tahu....

Sementara kita masih di bumi MALAYSIA ini...permaikanlah ia...indahkanlah ia...makmurkanlah ia...kerana MALAYSIA negara kita...BANGGANYA kita disebabkan IA...BERSYUKURLAH kita kerana menjadi anak MALAYSIA..

SELAMAT HARI MALAYSIA...

Tuesday, September 14, 2010

Riang Raya 2010


Beringatlah....!!!

Orang2 tua selalu kata..kalau dah suka tuh jangan suka2 sangat...kalau dah gelak tu kene beringat..kejap lagi mesti nangis...

Taksub sangat dengan rasa cinta...cinta giler..sampai sanggup wat apa saja.Taksub dengan rasa tamak..sampai sanggup menggadaikan nyawa...Sayang sangat sampai tak sanggup kehilangan dan ditinggalkan...

Kita lupa...semua rasa tu ALLAH pinjamkan sekejap jek.Sapa kita tuk menahanNya dari menarik balik semua tuh...Hidup ni kan kita kene bersedia dengan semua kemungkinan..Ujian darinya tak pernah berhenti...tetap hadir dalam pelbagai jenis rupa dan keadaan.Jangan bongkak dan terlalu yakin dengan bahagia yang ada...Jangan rasa kita sentiasa berada dalam kedudukan yang selesa.Jangan kita rasa selamat kerana sentiasa dalam perhatian tersayang.

Jangan bermegah sangat bila kita di atas...Allah beri peluang kita berada di atas kejap jek tuh...merasa bagaimana nikmatnya berada di atas...sampai masa..kita akan berada di bawah semula...dan mungkin terus berada paling bawah terus selamanya(dalam tanah).

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada...dan dengan rasa yang pernah kita rasa dan lalui..sebab bukan semua rasa yang kita dapat rasa...dirasai juga oleh orang lain.Cuma mungkin kita boleh mengatakan kita pernah berada dalam situasi rasa tersebut..tapi intipati sebenar tentang rasa itu..hanya kita dan DIA yang mengetahuinya...Sebab stiap rasa yang kita rasai itu adalah berbeza...

Jadi sementara kita masih berada di atas muka bumi nih...beringat2 lah...

Friday, September 10, 2010

Alahai baju rayaku....

Salam Lebaran tuk semua...

ni kisah benar musim raya kali ini....
sedih muka hubby ku bila melihat baju rayanya yang ditempah sebulan awal bukan lagi baju kurung teluk belanga...tapi sudah bertukar ke cekak musang...bukan setakat bertukar nama...saiznya juga telah menjadi saiz orang lain....

Melihat muka hubby ku yg mengcover muka bengkeknya semasa di rumah tukang jahit tu kesian pulak menengoknya...tapi sejurus masuk dalam kereta..."Waaaa.....babah tak de baju kurung teluk belanga bertulang belut tuk raya!!!"melambak kekekan tawa kitorang mengenangkan peristiwa paling tragis tuh.

Apa tidaknya...selama berkahwin masuk tahun ke sesebelas nih...dia tak pernah g tempah baju raya.Baru tahun ni la...dia anto sendiri baju tuh...dan disebabkan dia anto sendiri tu lah...dia tak dapat pakai baju raya tahun nih....kelakar pun ada..tapi memang dah rasa macam nak pecah perut kitorang gelak dalam keta...hahhahhaha

Oleh dek nak sama gak ngn kitorang..n ayman yang dah ensem dengan baju kuningnya tuh....kitorang g gak la carik baju kurung teluk belanga kaler kuning....tapi yang pastinya tanpa bertulang belut la...hahahahhaha...

Jadik pengajarannya tuk tahun nih...
1.bila wife kata g amik baju yang ditempah tu..g la amik cepat2..supaya ape2 hal..boleh di adjust...
2.kalau tak pernah2 sebelum nih g tempah baju raya...rajin2kan la tanya wife..macamana nak tempah baju raya...
3.Sediakan duit lebih untuk backup kemungkinan2 yang tak terjangka...

hahhahahha...aduh..sakit pewut...dah gelak nih...





Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya.....maaf zahir batin.... dari kami sekeluarga
(Rizan,Mislia,Ayu dan Ayman)

Scrapbooking at WiddlyTinks.com



Monday, September 6, 2010

Balang Kuih Raya 2010

Salam semua..

sempena raya yang dah tak beberapa hari lagi ni kan...
mesti semua tak benti tangan n kepala tuh membuat persiapan menyambut lebaran nanti....ada masa lagi tuk korang semua menyetelkan list2 yang panjang berjela tuh...kat sini nak share balang kuih raya yang makcik misz dok suh watkan...walaupun ramai yg memilih untuk
beli yg sedia siap,sebab ianya lebih mudah...tapi,bahan2 terbuang leh juga kita guna semula..yang penting niat nak buat mesti perlu ada...macam balang kat bawah ni...:)

rupa selepas di touch up...
modal tak byk pun...sebiji dalam RM 6 jek..
tahan pakai..tak pecah...
boleh di basuh...tak tercabut...
tahan gak tuk beberapa tahun...

ni rupa asal bekas madu...
dah bis isinya,balangnya jgn dibuang...
terutama yg ada dok wat bisnes conflakes madu tuh...
bak meh bg kat misz balangnya ni...
hehehehe

haaaa...yang ni plak...tak payah korang susah2 nak tukar2 bekas...hias siap2..buh jek atas meja kuih...nak makan tinggal bukak..bila isi dah abis..refill jek ngn kopok or kuih lain...
hehehehehe...senangkan?

Selamat mencuba...


Friday, September 3, 2010

Mohon Maaf Sebentar














Hidup ni kan sebentar cuma…
Sebentar kita happy…
Sebentar lagi mungkin sedih…
Sebentar kemudian marah pula…
Sebentar pastu ketawa bagai nak gila…
Sebentar bertelagah…
Sebentar lagi berbaik la semula…
Sebentar kita bergurau senda…
Sebentar kemudian ada pula hati yang terluka…

Cuma dengan hidup yang sebentar itu….
Jangan kita hapuskan segala ria dengan memendam rasa
Jangan kita palitkan dengan dosa selamanya
Jangan kita tumpukkan dengan dendam yang tersimpan
Jangan kita lorekkan dengan riak muka masam mencuka
Maklumla dah namanya pun manusia biasa…
Ada macam2 hal yang tidak tercover….

Untuk lisan yang tidak terjaga,
Tak tersedar kata tersalah ungkap dan mengata,
Maklumlah mulut ni hanya berbibir tapi tidak berplaster…

Untuk janji yang pernah terabaikan,
Ye lah..kadang2 tu..hilang ingatan,
Mulut melafaz hati pula menidakkan…

Untuk hati yang sering berprasangka,
Ada sahaja yang tak kena dengan jiwa,
Maka yang –ve juga yang difikirnya…

Untuk sikap yang menyakitkan…
Bila amarah tak boleh dikawal,
Ada aje tindakan yang menjengkelkan…

Dan….
Sebentar sahaja lagi,ramadhan meninggalkan kita…
Sebentar sahaja lagi,syawal pula yang menjelma…
Dengan peluang yang hanya sebentar ini,
Izinkan aku yang hanya sebentar…
Memohon kemaafan yang bukan engkau pinta…
Namun dengan tulus dan ikhlasnya aku meminta…
Dan dengan sepenuh hati ku berikan kemaafan kepada semua.

Moga dan mudah2an
tiada lagi langkah yang membekas lara,
tiada lagi kata yang merangkai dusta…
dan tiada lagi tingkah yang menoreh luka
persahabatan kita bukan sebentar di sini sahaja
biarlah kekal selama2nya
menjadikan kehidupan yang sebentar ini lebih bermakna…
Dan sama2 kita memperolehi keberkatannya
Amin…