Followers

Friday, September 3, 2010

Mohon Maaf Sebentar














Hidup ni kan sebentar cuma…
Sebentar kita happy…
Sebentar lagi mungkin sedih…
Sebentar kemudian marah pula…
Sebentar pastu ketawa bagai nak gila…
Sebentar bertelagah…
Sebentar lagi berbaik la semula…
Sebentar kita bergurau senda…
Sebentar kemudian ada pula hati yang terluka…

Cuma dengan hidup yang sebentar itu….
Jangan kita hapuskan segala ria dengan memendam rasa
Jangan kita palitkan dengan dosa selamanya
Jangan kita tumpukkan dengan dendam yang tersimpan
Jangan kita lorekkan dengan riak muka masam mencuka
Maklumla dah namanya pun manusia biasa…
Ada macam2 hal yang tidak tercover….

Untuk lisan yang tidak terjaga,
Tak tersedar kata tersalah ungkap dan mengata,
Maklumlah mulut ni hanya berbibir tapi tidak berplaster…

Untuk janji yang pernah terabaikan,
Ye lah..kadang2 tu..hilang ingatan,
Mulut melafaz hati pula menidakkan…

Untuk hati yang sering berprasangka,
Ada sahaja yang tak kena dengan jiwa,
Maka yang –ve juga yang difikirnya…

Untuk sikap yang menyakitkan…
Bila amarah tak boleh dikawal,
Ada aje tindakan yang menjengkelkan…

Dan….
Sebentar sahaja lagi,ramadhan meninggalkan kita…
Sebentar sahaja lagi,syawal pula yang menjelma…
Dengan peluang yang hanya sebentar ini,
Izinkan aku yang hanya sebentar…
Memohon kemaafan yang bukan engkau pinta…
Namun dengan tulus dan ikhlasnya aku meminta…
Dan dengan sepenuh hati ku berikan kemaafan kepada semua.

Moga dan mudah2an
tiada lagi langkah yang membekas lara,
tiada lagi kata yang merangkai dusta…
dan tiada lagi tingkah yang menoreh luka
persahabatan kita bukan sebentar di sini sahaja
biarlah kekal selama2nya
menjadikan kehidupan yang sebentar ini lebih bermakna…
Dan sama2 kita memperolehi keberkatannya
Amin…

1 comment:

mizim said...

salam...sungguh indah bahasanya..sama2lah kita bermaaf-maafan misz..selamat hari raya idil fitri..umo pnjang kita jumpa lagi Ramadhan n Syawal 1432..insyaAllah