Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih.
Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun 2011, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut.
Nampaknya kini Google memberikan penekanan yang serius untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan mereka menggunakan akaun Google. Sebelum ini, YouTube juga telah mengeluarkan amaran yang lebih kurang serupa, meminta para pengguna YouTube untuk menggunakan akaun Google berbanding akaun YouTube seperti sebelumnya.
1. Create akaun gmail
Dah ada? Kalau dah ada baru kita mulakan kelas. Kalau belum, create akaun gmail dulu.
2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings >Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.
3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan . Ada notis ” To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here”. Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita dibawa memasuki dashboard blog tersebut.
4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula² ( yahoo )
5. Pergi kat Settings > Permissions > ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.
6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.
ok...la..sesapa yg lum tukar tu..baik korang tukar..kang tak memasal blog korang ilang dari pandangan..
No comments:
Post a Comment