Followers

Friday, May 6, 2011

Cerita Nangka



Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..


'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'


haaa...apa macam?tak garu kepala petani tuh...skrg pk..nak jual ke tak nak?so,ape penyelesaiannya?...yang tu bio petani tuh selesaikan...
yang penting pengajaran daripada cerita nih...lawak tu memang la lawak gak...muhasabah pun kene gak la...

pape pun sebelum wat ape2 tindakan pk kan dlu kesan dan akibatnya tuk jangka pendek n jangka pjg...jgn nak mudah jek tuk jngka pendek..tapi lagi menyiksakan tuk jangka pnjg...

Jangan kita amik mudah dengan membuat keputusan yang kita rasakan patut tuk jangka waktu terdekat..sebab kita tu tak nak bersusah payah skrg.Sedangkan kalo kita susah sikit skrg tuk kejayaan masa akan datang tu sebenarnya lagi la berbaloi2.

so,sama2 kita fikirkan di mana kita....


No comments: