Followers

Tuesday, November 13, 2012

Mulberry oh mulberry....


Berkesempatan memetik dan merasa sendiri buah ni sabtu lepas menyebab hati teringin nak mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan buah ini.
Nama yang seakan-akan sinonim dengan strawbery,bluebery ini memang sedikit masam rasanya.Namun bg yang berwarna gelap menandakan buah itu sudah ranum dan rasanya agak sedikit manis.
Melihat pokoknya yang tinggi dan berbuah lebat...terdetik hati..wooooww.... bestnya... dah terbayang jus,jem dan sebagainya yang berasaskan buah nih...hahhaha...berangan mesti lebih...

ni dia hasil menskodeng google hr ni...jom kita kongsi baca.

Buah Mulberry boleh dimakan segar atau dibuat jem. Ianya baik untuk pengaliran darah, elok untuk buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
Malah jus Mulberry dikatakan bagus untuk merawat masalah sembelit dan pening.

Daun Mulberi pula boleh dikeringkan dan dijadikan teh yang juga mempunyai beberapa khasiat untuk mengubati batuk, selsema dan demam panas. Juga elok untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis.

*Daun Mulberry* ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau
mengurangkan penyakit berikut :

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)

2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah

3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi

4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung

5. Membantu dalam kehilangan berat badan

6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk

7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda

8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang
tinggi

9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan

10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid

11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur

12. Menambahkan tenaga

13. *Meningkatkan produksi susu badan*

14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan
hipertensi

15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C,
asid folik, potassium yang amat diperlukan

16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser
(antioksidan)




Saturday, August 18, 2012

Dalam sayu hadir juga senyuman...

Al kisah tersebut cerita...16 Ogos..memang tak boleh dilupa...
hati terkenang mulut pasti menyebut...
tetap juga mengalir sayu dan sendu dalam hati...
menitis juga air mata rindu
mengenang arwah abah yang genap 6 tahun pemergiannya menghadap Ilahi...
Moga rohnya tenang di sana dan dicucuri rahmat..
Al-fatihah....

namun ketika menuju ke pasar Pt Jawa melalui jalan belakang...
terpandang pokok bunga matahari yang besar nih....
teruja sungguh melihat betapa besar dan tinggi pokonya..
tapi sayang tak dapat nak tengok masa dia berkembang..mesti cantik...

dalam perjalanan balik benti kejap kat depan pokok nih...
meninjau betapa besar dan tingginya...siap jenjet kaki pun tak leh lawan tingginya..
Dalam dok membelek tuh..uncle tuan punya ni menjengah keluar pintu..
alamak!!!uncle tu nampak misz skodeng pokok bunga dia...hahhaha
dalam keadaan serba salah misz senyum dan sapa uncle tuh..bagitau la tumpang tengok bunga matahari ni...

dia mengamit misz datang dekat dia...(masa tuh dia kat pintu belakang umah dia tu)
huhuhu..uncle ni nak marah aku ker?


sempat snap pokok ni...setelah mendapat izin uncle tuan punya pokok nih..


dari pintu  rumah yg tepi tu la uncle tu dok gamit aku....
Rupa2nya...dia nak bagi misz benih pokok bunga matahari nih...
Yahuuuuu!!!(jerit dalam hati jek)
punya la suka...cuma tak leh melompat2 jek...hahhaha
siap interview uncle tuh mana dapat benih...
Uncle tu kata...cucunya yang beri...tak tau cucunya dapat dari mana...
siap uncle tu bg petua macamana nak tanam...
tapi yang penting dia kata...tengok tangan la...
kalo tangan tu 'panas' memang susah la nak hidup..
alamak!!! 
tapi kene yakin tanam mesti hidup...mesti boleh...



Tu dia..sikit punya besar biji benih dia...sama saiz dengan kuaci yang kita beli kat kedai..
tak penah jumpa biji benih besau macam nih...

Misz dah semai separuh...yang lain bagi tangan orang lain lak tanam...
mana tau tangan ni panas...
tangan orang lain sejuk...ada gak peluang pokok tu idup...
doa2kan lah ye...

p/s:dalam sendu ada juga senyum. alhamdulillah...:)))))

Monday, July 23, 2012

Karipap Roti

Bulan puasa ni,semua sibuk memikirkan menu berbuka.
Walaupun sebenarnya bukan banyak mana pun yang kita nak makan.
yang penting perut beralas...
Sibuk sangat nak beli kuih muih yang kadang-kadang tak sedap...
beli sikit pun tak habis...
Apa kata kita wat karipap nih...

ADA BANYAK KEBAIKANNYA...
1. untuk anak-anak yang tak suka tepi roti tuh....
2.asyik makan karipap biasa mesti boringkan..
3.kalau wat sandwich jek pun jemu...
4.leceh nak uli tepung karipap tu kan...

maka kita try la cetak roti ni... dalam acuan karipap.


intinya sama jek...terpulang la nak buh apa...
yang ni Misz buh inti sandwich...
campurkan dengan sedikit mayonis dan potongkan timun halus2...

* ni yang paling penting...
sebelum cetak,renjiskan sedikit air kat roti untuk mengelakkan roti tu pecah di tengah...

oppssss...reja-reja roti yang lebih tu...jangan dibuang pulak...
leh kita buat puding roti la pulak..untuk esok...


SELAMAT MENCUBA

Tidak Selamanya Betul

~✿> Sekalipun dia punyai BANYAK DOSA pada Allah, siapa kamu untuk MENCELANYA? Sedangkan DOSAMU BERTIMBUN dan PENGAKHIRANMU belum pasti DIBERI SYURGA...

♥ Semuanya BERMULA DARI HATI, kerana itulah betapa pentingnya BERSANGKA BAIK pada insan yang lain..kita TIDAK SELAMANYA BETUL dan dia TIDAK SELAMANYA SALAH..♥♥.... 

Friday, July 20, 2012

Izinkan Aku Ya Allah...

Ramadhan datang lagi untuk yang kesekian kalinya...
Mungkinkah ini yang terakhir untuk kita?



Inginku lakarkan dengan lorekan insaf...
Isikanlah ia dengan bejat-bejat pahala...
Taburkan malamnya dengan benih-benih ibadah...
Hiasi harinya dengan doa dan zikrullah...
Yang mendekatkan aku denganMu...

Izinkan aku Ya Allah...
Menjauhi segala larangan Mu yang pernah menjadi kesukaan ku...
Menghindari segala kesayanganku yang  tidak pernah Kau redhai...
Yang pasti amat sukar bagi ku untuk memilih...
Walaupun kutahu Kau adalah jawapannya...

Kukuhkan sabarku  Ya Allah...
Mendepani ujianMu...moga-moga menjadi kafarah dosa-dosaku
Walau walang menjadi galang...titisan airmata menjadi ganti...

Teguhkan imanku Ya Allah...
Suluhkanlah nurMu dihadapanku...
Inginku tinggalkan onak-onak yang pernah menanahkan diriku...
Walaupun aku tahu terlalu sukar untuk menghilangkan parutnya...

Bimbingi aku Ya Allah...
Setulus hati aku bermohon padaMu...
Kau perkenankanlah doaku...
Moga Ramadhan ini bukan yang terakhir untukku...

Amin...

Ancaman Kanser

Aduhai ngeri mengenangkan tajuk tuh...
mintak dijauhkan segala yang berkaitan dengan penyakit nih.

Hari ni kehadiran dua orang kakitangan Aliran Teguh (Avail)
menyedarkan akan kepentingan penjagaan kesihatan organ dalaman yang sebenarnya bukan sahaja untuk wanita kerana kaum adam juga tidak terkecuali.

Penerangan tentang bahayanya tuala wanita tertentu...yang diketahui proses pembuatannya yang memang meragukan menyebabkan ramai guru menyedari tetang kealpaan mereka sebelum ini.

Paparan tentang penyakit-penyakit dalaman yang sememangnya mengerikan dan sebenar-benar kejadian amat mengilukan hati untuk memandang dan mendengarnya.

Hati tambah sayu bila mengenangkan sahabat sebumbung yang sedang berjuang bertarung dengan sel-sel pembunuh itu....Moga dengan iringan doa dan usaha beliau tabah mengharungi dugaan Allah ini.



Puan Norliah sedang memberikan penerangan

JOM KITA BACA.....


Tuala wanita diperbuat daripada pelbagai bahan seperti kertas buangan, kotak dan pulpa kayu. Di dalam semua bahan buangan ini tersembunyi bakteria dan kuman merbahaya. Kesemua bahan ini digunakan untuk menghasilkan tuala wanita di mana ia akan dilembutkan seterusnya melalui proses pelunturan berklorin. Semasa melalui proses inilah terhasilnya bahan kimia iaituDIOKSIN.Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai buang dan digunakan oleh wanita diseluruh dunia pada tahun 1970.

Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Gas toksidyang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan.Sekiranya tuala wanita tersebut menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap segala gas bertoksik. Ia akan mengelakkan masalah jangkitan, ruam, gatal atau alahan. Darah haid akan mengalir keluar dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksik yang dinamakan dioksin akan terbebas melalui proses pemeluapan.Dioksin akan diserap kedalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiup fallopio. Tanpa disedaritoksin ini berkumpul di dalam rahim dan akhirnya mendatangkan pelbagai masalah kepada si pemakai seperti jangkitan kuman, cyst, fibroid rahim dan yang paling digeruni KANSER RAHIM.

Mahukan penerangan lanjut...sila layari  

Okid Kesayangan Mertuaku

Jom tenang-tenangkan hati tengok bunga...
ni hasil tangan mertuaku...geram jek tengok...
berbunga tak berhenti-henti...
Orang yang lalu lalang pun jeles tengok...
terutamanya peminat-peminat okid la...


tu dia...sampai kene sokong...
kalau tak mesti dah rebah ke tanah...punya la banyak bunganya...


pasu yang sama dengan yang atas tuh....
beberapa tangkai sedang sedia untuk mengembang...


yang ni dah melambai-lambai....haish...geramnya tengok...


Subhanallah...memang cantik...


yang ni pun dah siap sedia nak mengembang lagi tuh...


daun tak berapa nak ada....
tapi tetap berbunga gak tuh...


yang ni tak yah nak kate ape dah la...sabar...sabar...


meriah betul laaaaa....


dalam dok berbunga tuh... leh tumbuh tunas baru lak...
Subhanallah...


yang ni pun....bertunas baru....

memuji kekuasaan Allah...yang menciptakan sesuatu itu penuh dengan keindahan  tersendiri yang manusia sentiasa perlu syukuri...walau di hujung nyawa tetap ada sesuatu yang akan dikurniakanNya untuk kita....Alhamdulillah...

Wednesday, July 18, 2012

Sedang dalam pembikinan

Ni plak projek yang sedang dalam pembikinan.
Lokasi pentas di dewan lama.
Tema hidupan serangga...
Mentang-mentang la dewan baru dah ada...maka yang lama ni di lupa jangan.
Usaha-usaha untuk menaik taraf pentas dewan lama ni untuk dijadikan mini library.
Harap-harap segala yang dirancang berjalan dengan lancar...


keadaan dewan sebelum projek dimulakan.


khusyuk melorek


sorang tengok tab...sorang tengok tepon...tak de ke yg tengok buku?


ntah apa la yang diorang dok kumun tuh?


ha...yang ni memang pakar...
semua yang terlakar di kepala..terus mengalir ke hujung jari dan di lorekkan...


ni hasil lorekkan teman-teman...sok harap-harap dah boleh mula proses mewarna...

Ada lagi Sunflower...

Yang ni...walaupun hanya tolong tampal,
tetap gak dapat nama sebab diorang wat tema sunflower..
sabo jek la ye...
Yang ni projek menceriakan kantin sekolah.


Sebelum....


 Baru nak mula menampal...


 siap sudah...

Walaupun nampak macam tak susah..namun kerjanya tetap rumit juga..
yang penting kene sabar...

Mural tulip

Ada jek yang dibuatnya....Ni projek bulan 4 hari tu...
walaupun dah 3 bulan dok kat padang,
tak reti dok diam.. ada keje nak dibuat.
Maka rasa nak menconteng jek dinding-dinding yang suci tu... 
(sebenarnya  dah penuh cap tapak kasut)

Ni lokasinya kat tangga menuju ke library...
sakit mata tengok dinding yang comot tuh...
maka mula la gatal tangan dan mencari serta menciplak idea mana-mana yang patut.


siap sedia untuk mengaler setelah siap dilorek....


kak Midah yg turut menyumbang keringat dan masa.


ni orang kuat yang bertungkus lumus...


tinggal part bunga jek nih....kemon...kemon...


pandangan dari atas...belum siap sepenuhnya...

alamak!!!gambo yang dah siap lum amik la plak...len kali upload la yek...

Monday, July 16, 2012

Alpakah kita?


Menyoroti kisah seorang sahabat yang terang-terangan meluahkan rasa kecewanya...namun setelah digarap dan teliti memang tampak benarnya....
Luahan hati seorang ibu,juga seorang guru dan juga seorang warga yang begitu prihatin dengan perubahan budaya dan sikap warga masa kini harus difikirkan bersama apakah rentetan natijahnya nanti jika lunas-lunas nilai dalam diri terus terhumban jauh dari diri pelakunya....

***********************************
Bukan main riang Azfan bercerita dengan ibunya tentang pertemuan yang dirancang bersama sahabat-sahabat sekelasnya malam nanti.Dalam benaknya tergambar keletah riang dan usik nakal sahabat-sahabatnya yang tidak reti duduk diam itu.Kenangan manis tika di bangku sekolah rendah itu memang tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila dari benak fikirannya.Terasa lambat benar jarum jam itu menganjak pada waktu yang dijanjikan.

Tersenyum Puan Saliha melihat telatah anak bujangnya itu.Keterujaan mengawangi air mukanya yang jelas menunjukkan kegembiraan yang tidak dapat dibendung.Usai solat Maghrib bersama,Azfan memohon diri bersiap.Tepat jam 8.00 malam Afzan menyalami tangan kedua ibu bapanya dan meminta izin bertemu rakan-rakannya.Mengelang kepala Encik Qausar melihat langkah riang Azfan yang diiringi gumaman lagu-lagu yang tidak difahaminya itu.

Tersentak Puan Saliha apabila mendengar deruman kereta di parkir.Mata segera tertancap pada jam di dinding.'Masih awal,belum pukul 10.00 malam pun...takkan Si Azfan dah pulang?' desis hatinya.Namun di bukakan juga pintu.Yang terjongol di muka pintu itu hanyalah wajah monyok Azfan yang menimbulkan tanda tanya pada Puan Saliha.

'Isk,awalnya kamu balik?tak jadikah berkumpul hari ini?

'Jadi,bu...' pertanyaan Puan Saliha di sambut longlai oleh Azfan.

'Dah tu? bertindan-tindan persoalan di benak Puan Saliha.Masakan anaknya bergaduh dengan rakan-rakannya?Namun masih berharap telahannya itu tidak benar.

Azfan bersandar di sofa sambil melepaskan nafas yang terdongkol di dadanya.Tergambar rasa kecewanya.
Puan Saliha sabar menanti Azfan menuturkan cerita.Tidak sampai hatinya hendak mengasak anaknya dengan soalan bertalu-talu.

"Azfan hilang kawan bu,mereka bukan sahabat yang Azfan kenal dulu.Hilang sudah ramah mesra,hilai tawa,gurau senda....Paling Azfan sedih,lawak lelucon yang sering di lemparkan dulu hanya disambut dengan senyum hambar.." luah Azfan lurus.

Puan Saliha kaget.Bahana apa pula yang menimpa anaknya ini?Hingga kedengarannya seperti orang putus harap.

"Kami 10 orang tadi bu,masa mula-mula sampai semua teruja kerana dah lama tak berjumpa.Tapi...itu hanya 15 minit terawal.Perbualan yang tadi nya rancak,perlahan-lahan mati bila seorang demi seorang mengeluarkan tab...ipad...dan yang seangkatan dengannya..." nada hampa masih berbaur dalam lafaz Azfan.

"Lama kelamaan,yang tinggal hanya komunikasi sehala...setiap pertanyaan hanya dibalas anggukan dan gelengan.Kalau berjawap pun hanya dengan suara.Tiada lagi pandangan menghormati rakan kerana mata dan jari telah tertumpu pada paparan di skrin yang lebih mengasyikkan" kedengaran helaan nafas Azfan melampiaskan rasa hibanya.

Termanggu Puan Saliha mendengarnya.Dia tau Azfan juga tidak kurang hebatnya kerana turut memiliki gadget-gadget yang sealiran dengan sahabat-sahabatnya itu.Namun dilihatnya Azfan tidaklah terlalu taksub mengadapnya.Masih ada masa terluang untuk dia bersama keluarga beriadah dan bersembang bersama.Semakin bingung Puan Saliha memikirkan impaknya gadget-gadget itu pada  peradaban manusia di masa hadapan.

***************************************************
Bagaimana agaknya nanti bila situasi ketika hari raya,tiada lagi sembang raya...mengenal dan mendekati suadara mara dengan ramah mesra sedangkan mata dan tangan hanya memandang pada paparan kaku.

CULAS merenung setiap inci wajah yang perlu ditatap.gagal mengecam saudara yang datang bertandang dan hanya melemparkan senyuman sekadar memenuhi syarat.Selebihnya hanya membungkam melayan diri sendiri.

KASIHAN dengan sudara mara yang tidak mampu.kalu ditumpangkan untuk menggunakan bersama mungkin juga ada baiknya.Tapi kalau hanya MENYISIHKAN mereka dan menambah jurang KESEGANAN dengan ketidak beradaan mereka itu?Salah siapa?

Anak cucu pulang tidak lagi bersembang riang dengan atuk nenek.sebaliknya leka dengan dunia sendiri.Dan yang penting jangan sampai orang tua tu nanti TERASA HATI,DIRI TIDAK DIHIRAUKAN LAGI oleh cucu-cucunya.

Tiada lagi riuh rendah mengejar ayam keliling rumah.Bergurau senda sambil menganyam ketupat. Berkejaran memasang pelita di malam raya.Makin HILANGKAH nilai-nilai itu nanti dalam diri kita?
Mungkinkah nanti akan ada yang mengelar kita tunggul bernyawa?bernafas tapi tidak memberi balas.Tertonggok tapi tidak mengungkap sepatah kata....

Makin di fikir...semakin ngeri untuk memikirkan.




Thursday, July 12, 2012

Seindah Teratai

Menjadi seindahnya teratai...
bila mekar memukau pandangan,
berdaun lebar memberi keredupan ,
berakar teguh menjadi naungan warga di dasar.




Monday, May 28, 2012

Hilang di mata tidak di hati...



Perkhabaran yang paling tak best sepanjang berkhidmat...namun masing2 terpaksa akur...setiap pertemuan pasti perpisahan diakhirnya...
bukan 1...tapi 5 serentak dan ini merupakan sentapan hebat bagi warga yang tinggal...bagai hilang kaki hilang juga tangan...berat kaki melangkah ,berat lagi hati melepaskan...Moga kecemerlangan terus dikekalkan walau ditempat baru...

Moga kita semua sabar,tabah dengan ketetapan...berbaik sangka bahawa ini adalah ketetapan terbaik yang direncanakan olehNYA...


Saturday, April 7, 2012

Messyuarat Agung PIBG 2012

Tugas yang datang tanpa rela...tapi redha dengan amanah diberi dan kepercayaan yang disandarkan...kalau difikir2kan..siapa yang nak tadah tangan terima tugas ye tak?lelagi kerja berat yang melibatkan hubungan luar...
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis pada 24 Mac 2012
Mohon maaf atas segala kekurangan dan salah silap sepanjang majlis.










*lagi gambo akan diupload kemudian

Tuesday, April 3, 2012

Hari last 'bersauna'

Alhamdulillah....berakhir  sudah misi menghangus dan bersauna di padang bagi tahun 2012...
walaupun keputusan tidak memihak kepada team bola baling P 12 namun rasa kecewa berbalas bila team lelaki 12...berjaya menduduki naib johan dan menerima anugerah penjaring terbanyak kejohanan.

 team perempuan 12
 coach team lelaki...

 bersama pemain simpanan 

 jom bersauna....baju pun itam lak tuh....


 bersama-sama menghanguskan diri...

 merehatkan diri....

 siap berkelubung si fazilah nih...GPK koko yg rajin turun padang...

 barisan team lelaki bersama coach...

 team lelaki 12

 semakin hangus....

  si akmal nih....betapa hangusnya dia...tahniah sebab turut menyumbangkan gol

 perrgghhh....si Duha ni....memang hangus daa....

 menerima pingat naib johan....

 mohd. Zulhafiq azmi...banyak membantu team...

 meriah sungguh....

 tolak wat karangan....

anugerah penjaring terbanyak kejohanan...17 jaringan...tu lum masuk try lagi tuh....

 pingat kejohanan....

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN DAN JURULATIH YANG TIDAK MENGENAL ERTI LETIH....
JUGA TUK PENGURUSAN SEKOLAH YANG AMAT PEKA DENGAN PERKEMBANGAN POTENSI DIRI MURID....