Followers

Thursday, February 3, 2011

Turi Masak lemak














Salam...
haaa....tak tau nak masak pe?
balik kampung kan...carik lauk pauk kampung la...
kan town kadang2 susah nak jumpa daun turi ni...
kalau jumpe pun ada yg tak kenal...
so..ape kata kita masak turi plak kali nih..
kat atas tu,begitulah rupanya menu kita setelah di masak...

buat sesapa yang tak kenal...ni la daun turi...kita makan pucuknya jek ye...bukan semua daun kita makan...tapi kene basuh dengan teliti.sebab,semut suka dok kat pucuknya tuh...kalo tak pun takut ulat daun dok skali kat situ..hehehhe...so,lebih baik kita rendamkan kejap dgn air garam..pastu bilas n bersihkan la yek...

kemudian...ni ikut petua nenek misz...setiap pucuk turi tuh kita ikat la..bukan ikat guna getah gelang or benang la....senang kata kita simpulkan la...macam contoh kat atas tuh...supaya rasanya kekal manis katanya...lagi satu...barulah ada thrill sikit bila nak  makan..sebab sebelum makan kita kene lurutkan dlu daun tuh...














haaa...yang nih bahan campurannya..tak nak guna keledek..korang leh guna jagung ataupun labu...pun sodaaaapppp!!!

cara masak???isk..tak kan tak tau???
1.rebus keledek tuh sampai 3/4 masak
2.masukkan rencah (bwg merah+bawang putih+ikan bilis=ditumbuk)
3.masukkan sedikit santan cair
4.masukkan daun turi
5.masak sampai daun turi layu.
6.masukkan santan pekat
7.masak sampai mendidih..jgn lupa buh garam..
8.angkat dan hidangkan...

Selamat Mencuba...:)

Sunflower lagi...jangan marah yeee!

Salam semua...


Selamat bercuti pada yang bercuti...Selamat tahun Baru Cina pada yang menyambutnya...

En3 hari ni cerita pasal bunga lak...sesajek la share ngn kawan2..tak de la kita ni pandai n terror mana pun..saja nak kongsi idea walaupun raya puasa lambat lagikan...Mana la tau ada di antara kawan2 yang menjengah kat sini sibuk nak wat majlis...kan..kan....leh la cedok idea nih...


Sebenarnya bunga nih untuk diletakkan dalam bilik mesyuarat sekolah adik misz...dah tolong beli n wat...so,tumpang sekali la buh pic kat sini...hehhehe...

ok la...pada kawan2 yg bercadang nak hias bilik mesyuarat...bilik gerakan..n segala bilik yang mana patut leh la cuba yek....:)

Wednesday, February 2, 2011

Giler Tablet la plakk....

Salam semua....cerita pasal tablet la plak...bukan ubat tablet..tapi ni pasal pc la....macam2 jenis sampai tak tau dah nak tengok yg mana...so,korang layan la sendiri ye...carik sampai pusing n pening.
Pape pun pilihan di tangan anda.Buat la pilihan yg bijak tepat serta berbaloi...
yang kat bawah ni...tuk korang cuci2 mata jek yerrr....


macam best jek gitu kan....


yang nih...memang rugged..ada byk lagi yang seangkatan nih...


yang ni,kalau dapat diaplikasikan kat sekolah..tak de la berat beg budak2..hehehe

Laporan Terkini Banjir di Johor














Salam semua...
Mesti ramai yang risau bila dengar khabar Johor dah banjir....lebih2 lagi bila mengenangkan sanak saudara yang berada di Johor.Tak ketinggalan juga kepada mereka yang berhajat nak balik ke Johor semasa cuti nih...Korang leh tengok laporan banjir secara terus kat SINI yang di update setiap 2 jam.

Misi Bantuan Ke Mesir





LEBIH 200,000 rakyat Mesir membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah semalam bagi menyahut seruan perhimpunan sejuta penunjuk perasaan mendesak Presiden Hosni Mubarak agar berundur.





Alhamdulillah...moga semuanya berjalan dengan lancar.....

Misz cuba kumpulkan semua berita2 baik nie...sama2 la kita doakan kejayaan dan keselamatan mereka.

Penuntut Malaysia di Mesir dijangka dipindahkan ke Jeddah

02/02/2011 4:27pm

KOTA KINABALU 2 Feb. – Semua penuntut Malaysia di Mesir, yang kini berdepan masalah berikutan protes ganas yang mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur, dijangka dipindahkan dari negara itu dalam tempoh empat hari setengah.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan serius dalam usaha untuk membawa keluar warganegaranya dari Mesir dan telah mengaturkan untuk menerbangkan mereka dari Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi.
Selain tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas ke Mesir hari ini, katanya, pesawat khas AirAsia Airbus A320 dengan kapasiti 249 penumpang juga dijadual berlepas ke Kaherah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 2 petang hari ini.
"Pesawat itu juga akan membawa barangan makanan untuk pelajar Malaysia di Mesir,” katanya kepada pemberita di sini.
Anifah berkata, sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747, yang boleh membawa 285 penumpang, akan berlepas ke Kaherah pada 9 pagi esok.
"Kami menjangkakan untuk menerbangkan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah setiap hari dan berharap semua penuntut Malaysia di sana dapat dipindahkan dalam masa empat hari setengah,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan sedang menguruskan visa sementara dengan kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan penuntut berkenaan dipindahkan ke Jeddah. – Bernama

Mara hantar pegawai ke Mesir bantu pemindahan pelajar
02/02/2011 4:02pm

BESUT 2 Feb. – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menghantar lima pegawainya ke Mesir bagi membantu pemindahan pelajar tajaannya dari negara yang mengalami pergolakan itu ke Jeddah, Mekah.
Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, dua daripada pegawai itu akan berlepas dengan penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) petang ini, manakala tiga lagi akan berlepas malam ini dengan penerbangan biasa.
Katanya, kelima-lima pegawai itu akan diletakkan di Jeddah bagi menggerakkan bilik operasi di samping memberi pelbagai bantuan termasuk kaunseling dan logistik.
"Proses pemindahan itu dijangka akan mengambil masa tiga hari sebelum kesemua pelajar Mara dijangka pulang ke tanah air 4 Februari nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Selain itu, katanya bilik operasi turut dibuka di Tingkat 4, Ibupejabat Mara di ibu negara sejak 31 Jan lalu yang beroperasi 24 jam. – Bernama


Putera 1Malaysia hantar makanan, sukarelawan ke Mesir

02/02/2011 2:55pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Kelab Putera 1Malaysia akan menghantar 30 tan makanan ke Mesir hari ini bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh protes antikerajaan di negara itu.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, makanan itu akan dihantar menerusi pesawat AirAsia yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah itu.
Abdul Azeez, yang baru pulang ke tanah air selepas mengetuai misi membantu pelajar Malaysia yang terjejas oleh banjir di Queensland, Australia, berkata, seramai 30 sukarelawan termasuk beberapa doktor, akan turut serta dalam penerbangan ke Mesir itu bagi membantu pelajar dan rakyat Malaysia di negara yang sedang bergolak itu.
"Kami akan menghulurkan bantuan makanan dan membantu dalam misi pemindahan. Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kerajaan sedang berusaha untuk membantu anak-anak mereka di sana,” katanya di sini hari ini.
Terdapat kira-kira 11,300 penuntut Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Mesir.
Ribuan rakyat Mesir mengadakan demonstrasi di beberapa bandar raya negara itu bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah menerajui negara itu selama 30 tahun meletakkan jawatan, menyebabkan negara itu kini dilanda krisis terburuk. – Bernama


ATM bantu proses pindah rakyat Malaysia di Mesir ke Jeddah

02/02/2011 1:51pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat Malaysia yang berlepas ke Mesir tengah hari ini dijangka mengambil masa lima hari untuk operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu ke Jeddah, Arab Saudi.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, operasi tersebut akan bermula secepat mungkin sebaik sahaja pesawat tersebut tiba di Cairo.
"Pesawat C-130 akan beroperasi selama 24 jam berturut-turut tanpa henti bagi memindahkan kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berada di sana,” katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. – Bernama




3 pesawat TUDM berlepas ke Mesir 12 tengah hari ini

02/02/2011 12:07pm


KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur.
“Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
”...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya.
Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – Bernama

Keputusan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang 2010

Berikut adalah keputusan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor bagi Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Negeri Johor 2010. Tahniah dicucapkan kepada semua sekolah yang telah berjaya. Ucapan syabas dan tahniah juga kepada pihak pentadbir sekolah dan juga guru-guru terutama Guru Perpustakaan Media (GPM) yang bertungkus lumus dan bekerjasama dalam anugerah ini. Kepada yang tidak berjaya, mungkin dimasa akan datang sekolah anda mungkin tersenarai sebagai pemenang.

                
KEDUDUKAN

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA


SM BANDAR

SMK Tun Aminah
Batu Pahat

SMK Dato’ Penggawa Timur
Pasir Gudang


SMK (P) Sultan Ibrahim
Johor Bahru

SM LUAR BANDAR

SMK Pasir Gudang
Pasir Gudang

SMK Parit Bunga
Muar

SMK LKTP Belitong
Kluang


SR BANDAR

SK Taman Rinting (2)
Pasir Gudang

SK Bandar Putra
Segamat

SJK (C) Chung Hwa Presbyterian
Muar


SR LUAR BANDAR

SK Seri Telok,
Batu Pahat

SK Ledang, Tangkak
Muar

SJK (C) Chien Chi
Pasir Gudang


SEKOLAH KURANG MURID (SKM)


SK Seri Tanjong
Batu Pahat

SK Senibong
Pasir Gudang

SK Kg. Paya Besar
Segamat

Nama sekolah kita tak de...so..kene usaha lagi la ye kawan2..jangan putus asa...:)

PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2011





Kepada semua yang berIDEA dan kreatif boleh turut serta dalam pertandingan ini...untuk maklumat lanjut boleh layari link berikut untuk syarat2 peraduan yang lebih lanjut.


Guru Sambung Belajar..

Permohonan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2011
















Dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana  Tahun 2011 telah dibuka bermula 19 Januari 2011 (Rabu)hingga 18 Februari 2011 (Jumaat). Permohonan boleh dibuat di http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm. Sila baca dan fahami Pengenalan, Tatacara, Panduan dan Syarat Permohonan sebelum membuat permohonan.
  

Tuesday, February 1, 2011

Nasib Rakyat kita di Mesir...

Salam..n selamat pagi semua...
Rasa terpanggil tuk share berita n cerita krisis Mesir hari nih!...

Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.
Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.
Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.
Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.
Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.
Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.
Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.
“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.

seterusnya leh baca kat SINI...(ada video yg perlu dilihat)...dan boleh juga dibaca di SINI....juga di SINI

Ini pula adalah berita yang terkini...

Moga saudara mara kita di sana semuanya selamat..Amin...


Wednesday, January 26, 2011

Lawak...tapi ada benarnya!



















Situasi              :Dalam kelas tahun 1
Tempat            :BUKAN kat sekolah misz yer...
Subjek             :Sains
Tajuk               :Benda hidup

Cikgu     :Murid2....cikgu nak tanya.Dengar betul2 ye....
               Baik la...semua tengok lampu kat atas tuh...
               lampu tu benda hidup atau benda bukan  hidup?

Murid A  :Benda hidup la cikgu!!!!

Cikgu     :Kenapa kamu kata lampu benda hidup?

Murid A  :Sebab...mak saya selalu suruh saya hidupkan lampu......

Cikgu     :isk!isk!sabo je la....

Saturday, January 22, 2011

JIMAT jooommm!

Salam semua...
















Kali ni nak cerita pasal jimat...kira jimat punya pasal la nih...ye la,zaman sekarang nih..kos semua naik..harga barang semua naik...yang paling tak tahan ye la pasal  barang makanan....bawang sekilo dah RM 8...ikan 4 ekor dah RM 10..tu belum lagi bahan2 yang lain..pendek kata kalo bawak RM50 g paso tuh..raga kita pun tak penuh..nak memanjang makan kat luo..kalo single tak pe la...tapi kalau family beso...tapi gaji kecik tentu tak berbaloi..

lagi satu,bila sebut pasal makan...mesti nak sedap...penting tuh!!!padahal rasa sedap tuh hanya nampak kat mata...berbau dihidung...cuma 3 minit di mulut dan sesaat di tekak...selebihnya..perut je la yg jwb...

jadi cuba kita pk kan macamana nak makan dengan vitamin yang cukup tapi kosnya kurang..haaa..pk..pk...
dah dapat pk lum?

ok ni misz ada sikit petua nak share...menda nih family kitorang wat  masa zaman kemelesetan ekonomi dlu..time susah..dan terpaksa berjimat.Rasanya cara tu kalau diaplikasikan semula pun bagus...memandangkan kita sekarang nih bekejar dengan masa..semuanya nak pantas, dan yang penting JIMAT-jimat masa,jimat kos,jimat tenaga kerja,jimat air,jimat letrik...jimat segala2nya...

Katakan kita nak makan ikan/ayam/daging  dan sayur terung/bendi/tomato...tak perlu la kita nak masak satu lauk tuk ikan dan satu lauk tuk sayur...ape kata kita campurkan jek...contohnya kita masak asam pedas ikan kembung tambahkan je la bendi atau terung atau tomato tadi....sama juga kalau kita nak masak kari..pun boleh campurkan dengan sayur2 tersebut...
kan dah jimat gas,minyak,bawang,garam,masa dan juga tenaga.
Jimat juga air dan sabun tuk mencuci pinggan mangkuk nanti.

Ok..atau anda boleh cuba:
-sardin masak kicap+ bunga kobis/kailan.
-sotong sambal + terung
-udang sambal + peria
-ikan masak lemak + petola
-daging merah + kailan
-paprik ( yg pasti mmg dah bercampur dgn sayur)
-sardin sambal + kacang panjang/buncis
-sup ayam/daging + kobis/lobak/kentang
-nasi ayam..dah tentu ada sayur kan...
-nasi tomato..sayurnya dah tentu pencuk...
-nasi goreng (tapi kalau hari2 nasi gorang boring gak)
-tomyam...yg nih tak diragu dah...paling mudah..(org kata masak campak2 jek)hehhehe














Misz percaya korang mesti lagi banyak pengalaman dan idea tentang resepi2 tu kan...Bukan pe..kesian kat mak2 n isteri2 yang terpaksa berkejar memasak pelbagai menu tuk family dengan masa yang terhad...sedangkan masa yang ada tu juga digunakan untuk menyetelkan hal2 rumahtangga yang lain (sedia maklum  la kan) kadang2 tak nampak bila masanya nak rehat...jadi,tak salah rasanya kalau hari2 bekerja tuh menunya simple2 jek...kalo hari minggu leh la masak menu penuh table..jadi,leh la korang cuba ek...:)


Wednesday, January 19, 2011

Renungan

Mengkritik tak bererti menentang,
Setuju tak semestinya menyokong,
Menegur tak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik,
Tegur biarlah jujur,
Ajar biarlah sabar...

Cerita Kasut...

                                  










                                             

Salam semua...
lama tak dapat nak menaip kat blog nih...ape halnya plak pasal kasut nih cikgu misz?hehehe...asl cerita ni bila misz dok jaga check point masa merentas desa baru2 nih...

bermula hikayatnya apabila permulaan sesi persekolahan tahun ni disambut dengan cuaca yang basah...hujan la tuh...tiap2 hari ujan...tak pagi,petang lak ujan..tak petang,malam lak ujan...so,padang n laluan merentas jadi becak...lecak..n ada yg jadi londang la...

Tapi paling misz respect kat budak2 tu lah...teruja n xcited beno nak merentas desa...segala cabaran ditempuhi...setakat lecak n becak tu apa la sangat kan..apa yang penting komitmen tuk menyertainya...dahsyat diorang nih...diorang redah jek...ye la...menyahut cabaran satu murid satu sukan la katakan...(best wooooo main air)

ape yang penting time2 ni la dapat merasa keadaan sebenar bila tanah becak dek hujan..selama nih dok tgk kat TV jek...tu pun ntah paham ke tidak...pengalaman dan pengajaran jugak tuk diorang..kene berhati2 bila membuat pergerakan...tapi yg paling best...mesti la main air....kalau kat umah mesti mak ayah marah...kat sekolah pun cikgu marah...tapi dah namanya pun budak, pantang kita terlepas pandang...diorang pun amik peluang...

Bila dah main air tuh...rupa kasut tu mcmana tak yah la kita bygkan lagi kan...hehhehe..kasut yg putih dah jadik coklat dah...tapi tak pe...asalkan diorang tak cedera..hal kasut yg basah tu cuma small matter lah...leh keringkan...betul tak?hujung minggu cuci la bagi bersih semula...ala...diorang pun belajar sains...diorang tau caranya nak keringkan kasut dengan betul...diorang tau gak bersihkan kaki yang kotor..kan diorang tau ape tu kebersihan...yang penting diorang merasa nikmatnya menjadi kanak2..jgn dgn hal2 gitu kita bantutkan semangat mereka...masa muda tuh tak akan berulang...pengalaman dan kenangan tu la yang akan diorang bawa sampai akhir hayat...sebab..kenangan yang paling indah dan manis ialah semasa berada di bangku sekolah...(adusss teringat plak geng2 masa sekolah2 dlu..terutama masa tadika)

Tu zaman kanak2 diorang...seumur hidup ni la sekali diorang nak merasa berkawan2...hidup dalam dunia kanak2 yang paling digemari dah tentu bermain.besok kalau dah tua2 tak de nya diorang nak main becak tuh...tak de nya diorang nak main air dah...macam la kita skrg ni kan...tumpang seronok tgk budak2 tu happy jek la.....

so,renungkan di mana kita.....

Saturday, January 15, 2011

Perhatian tuk Guru2 yg BERMINAT

Permohonan Online Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

Adalah dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2011 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana akan dibuka mulai 19 Januari 2011 hingga 18 Februari 2011.
 
Sekian, harap maklum.
 
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Monday, January 3, 2011

Episod Sedih....

Salam semua...
Saat 2010 melabuhkan tirainya..misz beranggapan bahawa episod2 sedih sepanjang tahun 2010 telah berakhir.Namun jangkaan itu meleset apabila menerima perkhabaran yang menyedihkan lagi pada hari terakhir 2010.Kehilangan lagi.....pemergian nenda Hajah Kasminah pada hari kelahirannya benar2 menyentuh hati kami...lebih2 lagi pemergiannya setelah pemergian allahyarham anakya (bapa mertuaku) yang belum pun mencecah 100 hari.

Menerima berita kehilangan demi kehilangan memeang memedihkan....dan kesedihan demi kesedihan itu memang menyakitkan...walaupun redha dengan pemergian mereka yang tersayang...terdetik juga kenangan2 indah bersama mereka yang tak mungkin luput dalam ingatan...moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman...Amin.

Sunday, January 2, 2011

Ragam Tahun Baru

Salam semua....
Selamat Tahun Baru...
Selamat berazam baru...
Selamat bersekolah pada semua anak2 murid dan juga teman2 guru....

Biasalah awal sesi persekolahan nih..semua mak ayah sibuk membuat persediaan tuk anak2 ke sekolah...Segala kelengkapan kalo boleh biarlah semua cukup...terutama wat anak2 yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah..Yang tuh..mak ayahnya yang terlebih berkobar2 sebenarnya..maklum la anak sulong nak masuk sekolah..Mak ayah lak yang tak senang dok memikirkan anak nak masuk tahun satu...(macam mana anak aku kat sekolah..boleh belajo tak...makan ke tak...pandai g toilet tak...)pendek kata memang tdo tak lena la mak n ayah..tu ada yang sanggup amik cuti seminggu semata2 nak mengiringi dan memantau tahap penyesuaian diri anak2 di sekolah...ffffuuuhhh...dahsyat..walau ape pun TAHNIAH....

Dan macam biasa gak...selain mak ayah n anak2 yang sibuk tentang hal sekolah...Cikgu2 pun turut sibuk la...walaupun hakikatnya cikgu2 lagi awal dah sibuk membuat persiapan tuk penggal baru persekolahan...tak ketinggalan juga sibuk wat persiapan tuk diri sendiri....ada yang sibuk carik baju baru..beg baru...alat tulis baru...kasut baru...hahhaha...jgn tak caya plak..bila ada gak yang sibuk kiwi kasut supaya nampak baru...maklum la...cikgu setahun sekali kiwi kasut...mana taknya..kasut cikgu jek ada 10 pasang tuk setahun...kiwi skali jek pada awal tahun...sampai ujung tahun rotate pakai pun masih tak ilang lagi kilatnya...hehhehe

Ye la...macam2 ragam awal tahun ni kan...bagi yang berazam baru tuh..atau azam lama masih lum terlaksana...mudah2n dengan kehadiran tahun baru nih..azam tersebut tak akan luntur..malah bertambah dan bertambun lagi menunggu langsai tuk dilaksanakan..dan mudah2n akhir 2011 nanti telah terlaksana semuanya...dan apa yang paling penting kita semua success dalam apa jua lapangan yang kita ceburi... Amin...

Kepada semua rakan2 seperjuangan..SELAMAT BERTUGAS...didiklah anak bangsa kita dengan bersungguh2...kerana itulah modal yang kita ada untuk masa2 akan datang....

'CEMERLANGMU MENGGEMILANGKAN BANGSA'

Tuesday, December 7, 2010

Peluru Meriam@Cannon Ball Tree

Salam semua...
penah nampak tak bunga kat bawah nih?


ni la bunga peluru meriam...al kisahnya haritu kami jenjalan g USM(g menjejak tapak yang tertinggal)hehehhe...dah sekian lama pokok tuh ada kat bukit HEP tuh...dlu masa zaman study kat sana..tak de la plak sibuk nak amik kisah...hahhaha...sibuk study la katakan...tapi masa tuh pokok ni masih kecik lagi la...dah dekat sepuluh tahun tak menjengah ke sana...macam2 yang berubah...tapi pokok ni masih ada lagi di sini...cuma ia dah semakin besar...kebetulan masa datang ni,ia tengah berbunga...snap la jap....bila balik sibuk plak nak amik tau lebih lanjut ttg pokok nih...tapi bila ingat2 semula..penah nampak pokok ni kat botanical garden penang...yang tuh mmg dah beso sangat la...tapi mcm tak de yg amik kisah pun dengan pokok nih...

pokok ni rupanya juga dikenali sebagai cannon ball tree...ada khasiat rupanya pokok nih...leh di kaji n di komersialkan nih...kalo tak sia2 jek pokok ni ada di bumi Malaysia.tak tau la setakat ni..ada tak kajian yang di wat pasal pokok ni kat sini...harap2 ada la pihak2 yang berkenaan telah membuka mata dan minda diorang tentang pokok nih...so..untuk tambah pengetahuan korang dan maklumat lanjut..korang leh tengok kat link berikut...http://www.forestgeneration.com/cannonball-tree.html

Thursday, December 2, 2010

@cameron...

Salam semua..
.haaa....ni time school holiday...bila sebut holiday jek..kene la g jenjalan...bila sebut jenjalan mesti la time holiday kannnn.....so..ni kamik gik cameron..bawak anak2 n mak jenjalan telan angin...hehhehe...sajek la menambahkan pengalaman n pengetahuan kat anak2 tuh..itu yg penting...yang lagi pentingnya...bila holiday jek wit pun holiday gak la...ape2 pun yang paling penting..masa bersama keluarga..itu yang lebih berharga....

LAgipun bila time cuti2 ni...mcm2 yang korang dah plan kan?yg dok jauh2 tuh...mesti plan balik kampung punyer...best wwwooooo...walaupun yg dok kampung ni rasa mcm biasa2 jek...tapi teruja gak bila dengar sedara mara,adik-beradik nak balik kampung....

Papepun...jangan lupa jaga diri...selamat memandu di jalan raya...kerana dirimu tak ternilai harganya...







Wednesday, December 1, 2010

Hebat dengan SYUKUR

bersyukur pada orang yang menyakitimu
kerana dialah orang yang menabahkan hatimu
bersyukur kepada orang yang tak mengendahkanmu
kerana dialah yang memupuk berdikarimu
bersyukur kepada orang yang menjatuhkanmu
kerana dialah yang memperhebatkan abilitimu
bersyukur kepada orang yang menyeksamu
kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu
Bersyukurlah kepada ALLAH
kerana DIA maha mengetahui apa yang terbaik buatmu


Monday, November 22, 2010

Terima Kasih

Salam semua....
terima kasih kepada semua yang sudi menjengah...
nak jadikan blog ni yang simple jek...n tak menyerabutkan serta memeningkan semua yang menjengah kat sini...
banyak yang misz dah buang...tapi pun masih rasa mcm serabut jek lagi nih....hehhehe
tak pe...nanti pelan2 misz wat ye....

apepun tima kasih sekali lagi kepada semua yang menjengah...:)

Saturday, November 20, 2010

SORRRYYYY...!


Salam semua...
jgn terperanjat tengok blog ni bertukar macam2 rupa....ni baru ada pluang nak menggodek apa yang patut...so,nak gunakan masa yang terluang nih tuk mengupdatekan ape yang patut...segan la gak tgk blog2 orang lain tuh dah tip top!!!cap jempol bersusun2...kta ni plak masih kat takuk lama...huhuhu...ni pun bergantung la pada ruang n masa yang ada...maklum la cuti dah bermula...nak nyawit..tak de la kebun...nak bercucuk tanam tanah pun sekangkang kera...huhuhu...jadi ni jek la yang boleh dibuat..tuk mengisi masa lapang di samping menambah ilmu...nak melincirkan mana yang dah berkarat tuh...hehhehe

kepada semua rakan2 guru dan murid2..SELAMAT BERCUTI la yek...jaga diri bebaik...g jalan2 tuh jgn lupa ole2 tuk kita...

Friday, November 19, 2010

Secebis..sezarah...


~seandainya kita tidak mampu untuk menguruskan SECEBIS kesenangan kepada orang lain,
berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau SEZARAH kesusahan kepada orang lain~

Wednesday, November 17, 2010

Ceritera Dunia

Salam semua...
Selamat Hari Raya Aidiladha....

huhuhu lama tak dapat nak jengah blog nih...kalau ketupat dah lama dah basi....cerita2 yang nak di kongsi ni pun banyak la cerita basi nampaknya nie...

1.TAHNIAH...
sebelum terlupa...tahniah kepada semua anak2 murid yang telah mendapat result UPSR baru2 nih...kepada yang berjaya teruskan kecemerlangan kalian.kepada yang kurang berjaya..jangan sedih2 sebab masa depan anda masih panjang...usaha lagi dan jangan putus asa...rezeki masa depan kita tak tau...

kepada yang menerima apa jua berita gembira...menerima menantu...menerima teman baru...menimang anak baru...menerima kenaikan pangkat...menerima kerja baru...TAHNIAH juga untuk kalian...

2.ALHAMDULILLAH...
kepada rakan2 yang mengerjakan haji tahun ni...diharap semuanya selamat menunaikan ibadah tersebut.walapun ada juga khabar duka yang diterima dari tanah suci...mudah2an mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman...Amin...

3.TAKZIAH...
kepada semua sahabat yang kehilangan orang tersayang tahun ni...Pada kak enon...kak yati...cikgu rahman...cikgu shaira..cikgu balya...encik fuad...cikgu sufi...kita sama2 doakan semoga kesemua mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman...al-fatihah...

4.SUKA DUKA
gitu la ceritera hidup ni kan...bila kita terima khabar gembira...mesti ada juga insan lain yang terima khabar duka...bila Allah beri kita khabar yang baik tentang sesuatu...akan ada pula khabar kurang baik tentang sesuatu yang lain...Sebab tu orang tua selalu pesan..kalau happy tuh jgn melampau sgt...beringat2!...lumrahnya dunia begitu la...apa yang datang kita depani...sabar dan redha lah...

Sunday, November 7, 2010

bukmark sunflower lg...


Yeeeyyyy!!!bookmarks dah siap...
tunggu kak watt post...hehehe..tima kasih bebanyak la kepada tuan punya kedai adik ni...leh la cuti sekolah ni sambung membaca...


Monday, November 1, 2010

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Kepada semua guru yang terlibat boleh muat turun manual SKPM

Standard Guru Malaysia


Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Guru2 yang terlibat boleh melayarinya di sini.