Followers

Wednesday, February 2, 2011

Misi Bantuan Ke Mesir





LEBIH 200,000 rakyat Mesir membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah semalam bagi menyahut seruan perhimpunan sejuta penunjuk perasaan mendesak Presiden Hosni Mubarak agar berundur.





Alhamdulillah...moga semuanya berjalan dengan lancar.....

Misz cuba kumpulkan semua berita2 baik nie...sama2 la kita doakan kejayaan dan keselamatan mereka.

Penuntut Malaysia di Mesir dijangka dipindahkan ke Jeddah

02/02/2011 4:27pm

KOTA KINABALU 2 Feb. – Semua penuntut Malaysia di Mesir, yang kini berdepan masalah berikutan protes ganas yang mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur, dijangka dipindahkan dari negara itu dalam tempoh empat hari setengah.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan serius dalam usaha untuk membawa keluar warganegaranya dari Mesir dan telah mengaturkan untuk menerbangkan mereka dari Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi.
Selain tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas ke Mesir hari ini, katanya, pesawat khas AirAsia Airbus A320 dengan kapasiti 249 penumpang juga dijadual berlepas ke Kaherah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 2 petang hari ini.
"Pesawat itu juga akan membawa barangan makanan untuk pelajar Malaysia di Mesir,” katanya kepada pemberita di sini.
Anifah berkata, sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747, yang boleh membawa 285 penumpang, akan berlepas ke Kaherah pada 9 pagi esok.
"Kami menjangkakan untuk menerbangkan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah setiap hari dan berharap semua penuntut Malaysia di sana dapat dipindahkan dalam masa empat hari setengah,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan sedang menguruskan visa sementara dengan kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan penuntut berkenaan dipindahkan ke Jeddah. – Bernama

Mara hantar pegawai ke Mesir bantu pemindahan pelajar
02/02/2011 4:02pm

BESUT 2 Feb. – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menghantar lima pegawainya ke Mesir bagi membantu pemindahan pelajar tajaannya dari negara yang mengalami pergolakan itu ke Jeddah, Mekah.
Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, dua daripada pegawai itu akan berlepas dengan penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) petang ini, manakala tiga lagi akan berlepas malam ini dengan penerbangan biasa.
Katanya, kelima-lima pegawai itu akan diletakkan di Jeddah bagi menggerakkan bilik operasi di samping memberi pelbagai bantuan termasuk kaunseling dan logistik.
"Proses pemindahan itu dijangka akan mengambil masa tiga hari sebelum kesemua pelajar Mara dijangka pulang ke tanah air 4 Februari nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Selain itu, katanya bilik operasi turut dibuka di Tingkat 4, Ibupejabat Mara di ibu negara sejak 31 Jan lalu yang beroperasi 24 jam. – Bernama


Putera 1Malaysia hantar makanan, sukarelawan ke Mesir

02/02/2011 2:55pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Kelab Putera 1Malaysia akan menghantar 30 tan makanan ke Mesir hari ini bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh protes antikerajaan di negara itu.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, makanan itu akan dihantar menerusi pesawat AirAsia yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah itu.
Abdul Azeez, yang baru pulang ke tanah air selepas mengetuai misi membantu pelajar Malaysia yang terjejas oleh banjir di Queensland, Australia, berkata, seramai 30 sukarelawan termasuk beberapa doktor, akan turut serta dalam penerbangan ke Mesir itu bagi membantu pelajar dan rakyat Malaysia di negara yang sedang bergolak itu.
"Kami akan menghulurkan bantuan makanan dan membantu dalam misi pemindahan. Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kerajaan sedang berusaha untuk membantu anak-anak mereka di sana,” katanya di sini hari ini.
Terdapat kira-kira 11,300 penuntut Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Mesir.
Ribuan rakyat Mesir mengadakan demonstrasi di beberapa bandar raya negara itu bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah menerajui negara itu selama 30 tahun meletakkan jawatan, menyebabkan negara itu kini dilanda krisis terburuk. – Bernama


ATM bantu proses pindah rakyat Malaysia di Mesir ke Jeddah

02/02/2011 1:51pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat Malaysia yang berlepas ke Mesir tengah hari ini dijangka mengambil masa lima hari untuk operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu ke Jeddah, Arab Saudi.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, operasi tersebut akan bermula secepat mungkin sebaik sahaja pesawat tersebut tiba di Cairo.
"Pesawat C-130 akan beroperasi selama 24 jam berturut-turut tanpa henti bagi memindahkan kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berada di sana,” katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. – Bernama




3 pesawat TUDM berlepas ke Mesir 12 tengah hari ini

02/02/2011 12:07pm


KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur.
“Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
”...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya.
Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – Bernama

No comments: