Followers
Wednesday, October 28, 2009
Friday, October 23, 2009
Sekadar Renungan
Sunday, October 18, 2009
Vvvroooommmmm.....
baca pic kat atas tu je korang dah tau kann ape kaitannyer???hahaha tak yah la ku terang kan lagi....ha la kat batu pahat la...nape?tak caya?ape la sangat batu pahat ek?jangan pandang sebelah mate...sebab hari sabtu n ahad semalam batu pahat bukan sahaja ada nasi beryani n mi bandung...hahaha.Saturday, October 17, 2009
Friday, October 9, 2009
Yang tak sedap di dengar, yang dah banyak termakan!
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata produk buah kering antaranya plum kering dan prun kering itu mengandungi paras plumbum yang agak tinggi iaitu antara 0.11 dan 30.3 bahagian sejuta (ppm) atau miligram (mg)/kilogram (kg).
Beliau berkata paras plumbum yang ditetapkan di negara ini ialah dua bahagian sejuta ppm atau mg/kg di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dan jika kandungan logam melebihi paras tersebut, tindakan undang-undang akan dikenakan.
"Mana-mana pihak yang terlibat, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau keduaduanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan 2009 di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan U.S Food and Drug Administration (USFDA) menerusi laman webnya http://www.fda.gov yang bertajuk "Consumers Warned Not to Eat Certain Imported Dried Plums" pada Khamis lepas.
Liow berkata produk berkenaan adalah "The Original Chinese Candy", "Dried Plums with Pickle and Lemon", "Saladitos Con Pepino Y Limon", "Saladitos 6 Count", "Saladitos Salted Prunes", "Saladitos Chinese Candy", "Its Fruit Chinese Style Dried Prune" dan "Salted Plum Suckers".
Produk lain adalah "Salados Salted dried plums", "7 Salted Plums", "Preserved Liquariced Prune", "Preserved Plums:Preserved Salted Prunes", "Preserved Plums:Preserved Red Prunes", "Preserved Fruit Pitted Prunes", "Chan Pui Mui Preserved Plum" dan "Ka Po Preserved Plum".
Liow berkata kementerian terus memantau untuk memastikan produk berkenaan tidak terdapat dalam pasaran tempatan.
Beliau berkata kementerian juga akan meneruskan pemantauan di pintu masuk dengan meletakkan pemeriksaan Tahan Lima (Tahan, Uji dan Lepas) dalam Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) untuk semua produk yang terlibat.
Plumbum adalah bahan cemar dalam makanan yang boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan manusia dalam jangkamasa panjang akibat daripada pengumpulan bahan cemar dalam badan.
Beliau berkata kesan yang mungkin berlaku adalah gangguan kepada sistem saraf dan perkembangan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.
"Sehubungan itu, kementerian ingin menasihatkan pengguna supaya tidak membeli produkproduk yang terlibat, manakala penjual dinasihatkan supaya melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ataupun Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat sekiranya produk berkenaan terdapat di premis mereka," katanya.
Liow berkata pengimport atau ejen yang mengimport produk terbabit diminta menghentikan pengedaran dan memaklumkan kepada PKD atau JKN berdekatan untuk tindakan seterusnya.
Sumber:BERNAMA
Dried Plum Products with Elevated Lead Levels
September 30, 2009
NOTE: No other products from listed Manufacturers/Distributors are implicated.
| Manufacturer/Distributor on Package | Product Name(s) on Package |
| Alamo Packing | The Original Chinese Candy,Dried Plums with Pickle and Lemon, Saladitos Con Pepino Y Limon |
| Almax International | ItsFruit Chinese Style Dried Prune, Saladito |
| Bolner’s Fiesta Products | Saladitos 6 Count |
| Casa De Dulce | Salted Plum Suckers |
| Cheung Fat | Plum wrapped “candy” (Packaging predominately in Asian foreign language – blue and white bag with candy wrapped in red and white)
|
| Dollar Value Distributor | Saladitos, Salted Prunes |
| Hinojosa Brothers (H.B. Wholesale) | Salados, Salted dried plums |
| Kam Tai Houg | Hua Ho Ying Tzu (Packaging in Asian foreign language)
|
| Little Gregory | Chinese Candy Packaging also contains individual packets of Limon and La Sabrozita |
| Mexican Products & Spices | 7 Salted Plums, 7 Saladitos |
| Produce Plus | Saladitos Chinese Candy |
| Roxy Trading Co. | Preserved Liquoriced Prune (heart shaped box) |
| Roxy Trading Co. | Preserved Plums/Preserved Salted PrunesPreserved Plums/Preserved Red Prunes |
| Sanh Yuan Enterprise | Preserved Fruit Pitted Prunes |
| Tang Hoi Moon | Chan Pui Mui Preserved Plum |
| Wan Tom Food Co. LTD | Ka Po Preserved Plum |
Wednesday, October 7, 2009
Dengar...dengarnya.....!
Friday, October 2, 2009
Raya peringkat kelas...
kesian lak aku tengok diorang...
dapat gak diorang ni nak beraya ngn kawan2.nak g rumah cikgu jauh sangat...jadi sama2 la beraya kat kelas je...kuih n air bawak sendiri2 la...aku sponsor keropok je...hahaha...
(simpan budget tuk jamuan final year)
Thursday, October 1, 2009
Mengimbas kenangan
raya tahun ni...aku betul2 happy...dapt jumpe dgn beberapa kawan lama mase sekolah kat SM (P) Sultan Abu Bakar,Muar,Johor.dah lama dah lost contact ngn diorang ni...tup!tup! jumpa balik...syahdu betul...dah lama tak jumpe...n dah merata diorang bertebaran di muka bumi ni...ada yang dulu kecik,tapi sekarang dah jadi org beso...yang dulu beso dah bertambah beso...hahaha...jangan marah ek kawan...ni pic kelas mase tahun 1992.mase tu aku form 3 RK 2.RK tu maknanya Rancangan Khas.agak2 yang mane satu aku ek?cube la carik...
aku ingat lagi tahun ni kitorang wat persembahan tarian mase hari guru.tajuk lagu..'tie a yellow ribbon on d old oak tree'.siapakah yang terbabit?sampai cikgu syed kuar dari dewan?tuuuttttt...
ni semua c Lim Fang Ting punya angkara...hahahaha
p/s:pic diimport drpd fcbk linda nuar..thanx geng!
DALAM KENANGAN
yang pertama...
pada tarikh 1 oktober 1939 abah aku(zaitun bin ahmad) dilahirkan...so,hari ni besday arwah abah aku...tapi hanya tinggal ingatan je la..dah tak berpeluang nak menyambutnya lagi...walaupun dulu mase kecik2,hanya sambutan ala kadar je..tu pun dah mencukupi...cume terkilan gak..sebab dia tak merasa zaman anak2 bekerja...semoga ALLAH tempatkan dia di kalangan orang2 yang beriman...
yang kedua...
pada tarikh 1 oktober 2000 aku kehilangan seorang pakcik aku akibat kanser(Yazid bin m.tarom)-husband makcik aku yang terbakar rumahnya tu...aku org pertama yang arwah beritau tentang penyakitnya tu...memang terbekas sungguh di hati aku...mase die meninggal aku baru je abis study kat USM.bila sampai kampung, jenazahnya dah selamat dikebumikan....
jadi sejak tahun 2000 aku tak sampai hati nak menyambut besar2n besday arwah..hanya doa selamat yang dibuat..memandangkan tarikh ni ada pahit dan manisnya..sehinggalah arwah abah aku meninggal pada tahun 2006.ye la tak kan la aku nak anto kek kat rumah makcik aku kat belakang tu...sedangkan..pada tarikh tu hubby dia meninggal..
yang ketiga...
khabar yang baru aku terima pagi tadi...seorang sahabat lama ( Gee @ Fauziah Ismail)yang sama2 menuntut di USM dulu meninggal dunia akibat kemalangan...
Semoga Allah cucuri rahmat dan ditempatkan mereka di kalangan org2 yang beriman. Al Fatihah
Monday, September 28, 2009
Back to Work!!!!
sesapa yang nak diet.boleh diet mase keje.boleh gak posa nam...tapi hujung minggu,korang kene makan gak.lagi2 bila ada open house n keje kawin...ha...cover la tuk seminggu punye makan....asyik makan je ni.....bla plak nak kurus!!!sendiri jawab la...
Saturday, September 19, 2009
Balang Kuih Raya
mula2 makcik aku suh wat yang ni...die mintak sedozen..
ni asalnya balang kuih yang palstik tutup merah tu.ala yang RM1 tu..kalo kita isi kuih dalam balang tu mesti nampak macam kuih murah...tapi kalo kuih yang sama di masukkan dalam balang yang lawa ni....nak tak nak orang mesti belek.kalo dah belek kene la makan gak isinya kan?...hehehe...
tak cukup dengan sedozen kat atas tu,makcik aku bagi 15 balang plastik ni pulak.sebenarnya ni balang bekas madu.die suh aku wat lagi...buntu kejap aku nak pikir macamne nak wat...akhirnya ini lah hasilnya...haaa...korang kalo berbelanja tuk raya ni...kalau ada bekas2 yang boleh diguna semula,baik korang jangan buang...boleh dijadikan sesuatu yang menarik tuk raya nanti...aku suggest kan tuk mereka2 yang ada anak kecik yang tengah lasak tu....balang kuih macam ni lebih selamat.sekali kene baling,gerenti tak berderai..kuih yang berderai tak pe...tapi kalau balang kaca yang mahal yang berderai....mau nangis tak berlagu...tu belum lagi bab nak mengemaskan kaca2 tu lagi....huhuhu....sedih pilu hati....
selamat mencuba....
Thursday, September 17, 2009
Bagaimana rupa buah gajus?

yang ni pulak,pokok gajus kuning.bila masak buahnya akan berwarna kuning.nampak tak biji gajus yang terjojol keluar tu?itu la biji gajusnya....
ini pulak... biskut gajus untuk raya nanti...kalau kat negeri2 belah utara,pokok ni banyak terdapat di sana.bahkan boleh dikatakan kat tepi2 jalan mesti ada je pokok ni.sampai dah tak termakan dah..tapi belah selatan ni,susah nak jumpa.kalau ada pun belum tentu diorang kenal.hehehe...
jadi sapa yang raya nanti ada beli or buat biskut gajus...pastikan korang tau macam mana rupanya buah n pokok gajus ni..ditakuti ada plak yang bertanya seperti soalan di atas...hehehe...
Sunday, September 13, 2009
Ikan bakar dan sambal pencecah
ape menu untuk berbuka hari ni?dah ujung puasa ni dah tak tau nak masak ape ek...masak yang simple2 lagi best.lagipun,bila hujung2 minggu nie ramai yang amik peluang masak lebih n hantar ke rumah jiran2.hari ni je aku dah dapat dua bungkus berkat ketupat.banyak tu....nasib baik aku tak masak banyak hari ni...kalau tak sapa nak makan...ni aku nak share resepi sambal pencecah yang kita nak lawan makan dengan ikan bakar.ikan bakar tak payah la kau bagi resepi...korang dah tau sangat dah bakar ikan.yang penting,jangan rentung dah la....kalau rentung,korang telan asap je la....
bahan2nya
10-15 biji cili padi
2 ulas bawang putih
sebiji tomato- di cincang halus
10 biji limau kasturi di perah jusnya
6 sudu besar kicap masin
2 labu bawang merah kecil-dibelah2
1 sudu besar gula
cara2nya
1.tumbuk cili,bawang putih dan gula
2.masukkan kicap
3.masukkan tomato
4.masukkan jus limau kasturi
5. gaul rata
6.masukkan bawang merah
7.masukkan dalam balang yang bertutup dan perap seketika.lebih kurang setengah-1 jam.sampai berair(masukkan dalam peti ais lagi bagus)
*setelah mesra/sebati.jika rasa kurang kaw,jangan tambahkan air.tambahkan gula atau air limau.almaklum la....saiz cili,tomato dan limau yang digunakan mungkin berbeza.
selamat mencuba....
Thursday, September 10, 2009
'Itu SENI namanya'
ni pasal bunga.ada orang tiap2 tahun nak ganti bunga baru dlam rumah.aku bagi idea ckit,macamana kita leh kurangkan sikit budget nak membeli bunga baru ni...almaklum la...bunga plastik pun bukannya murah sekarang ni...cuma yang pasti die tahan lama,tak macam bunga fresh.
dalam dok aku mengemas bbrp hari lepas...aku jumpe beberapa balang kuih yang tutupnya tak boleh digunakan lagi...jadi setelah berfikir sejenak,timbul la idea ni....


kalo kat kedai mau mencecah RM 60.balang kuih raya tu cover la ckit dengan reben or wrapping paper.yang itu terpulang la pada korang.
yang ni pulak...pasu tu...free....hadiah mase hari guru.anak murid aku bagi....ha apa lagi...baik korang bongkar balik hadiah2 yang anak murid bagi tu...mungkin ada yang boleh digunakan.untuk yang ni..kos bunga n gabus dalam RM20 je.kalo kat kedai ada la dalam RM45.
amacam jimat tak?tak tau nak gubah bunga?aku pun tak pandai...bleh gak blajo kat internet.paling mudah!ala..korang pacak je...janji bunga2 tu tercucuk kat gabus.kalau org komen tak lawa..jawab je la...'itu seni namanya'.hahahaha...
selamat mencuba...
Monday, September 7, 2009
Wednesday, September 2, 2009
alahai..jambu botol vs jambu bol
Bila dah sampai kat kampung,banyak la agenda diorang.berjalan pusing rumah dan pusing kampung.nak dijadikan cerita,jambu bol depan rumah aku tu sedang brbuah dan ada yang dah ranum.bagi aku,dah tak termakan dah.akhirnya jatuh melacak kat bawah pokok.lagi pun bila bulan puasa ni,mana sempat nak makan pun.....
adik aku bertekak dengan huby dia pasal buah jambu ni.adik aku kete ini jambu bol,huby die kate ini jambu botol....penin kepala aku melayan diorang yang bergaduh2 manje tu.
korang kenal ke dengan buah-buah yang aku sebut tu?aku rasa ramai generasi muda sekarang ni tak pernah kenal buah-buah ni.mungkin juga tak pernah tau akan kewujudan buah-buahan ni.rasanya???sedap!masam2 manis dan juicy bila dah ranum.kecik2 dulu aku suka potong2 jambu botol tu pastu cecah dengan kicap+gula.sedap woooo!!!!terliur la plak posa2 ni...hehehe...
ini bunga jambu bol.kalau jambu botol warnanya putih.bila musim jambu ni berbunga,bawah pokok akan terhampar la permaidani pink or putih..CANTIK!!!
jambu botol.sesetengah orang panggil jambu ni jambu kemang.
jambu bol.bila dah ranum,warnanya akan bertukar kepada putih kemerahan.
Monday, August 31, 2009
Kuih 7 biji=RM1?
Tak percaya??????
ini realiti kawan2.....ye la macam mana korang nak percayakan?paling murah,kuih zaman sekarang ni pun 4 biji RM1 kan...kat KL,sebiji samosa=RM1..peh!lum sempat rasa sedap kat tekak,dah abis di telan.tapi apa yang aku story ni betul punya.tak tipu korang la...kalo korang rasa leh sampai tempat ni,korang leh g jalan2 tengok.
ada pelbagai jenis kuih-muih kat sini.dibuka seawal 12.30 tghr.tu pun dah ramai orang beratur membeli...kalau korang lambat,tengok je la bumbung gerai kuih ni.hahahaha....
pengusaha gerai ni membuat sendiri kuih muih yang dijual bersama kaum keluarganya.bermula seawal selepas sahur hingga semuanya siap untuk dijual.kuih-muihnya comel2,padan la dengan harganya.tahun lepas diorang jual 10 biji=RM1.lagi murah....tahun ni terpaksa la naikkan sikit,kalau tak rugi terus.
aku rasa kuihnya memang sedap.walaupun comel,rasanya tetap lengkap dan sedap.lagi pun kalau 7 biji tu,korang boleh pilih kuih campur2.dapat la 2 atau 3 jenis.lebih dari cukup tu kalau untuk berbuka 2 atau 3 orang. Kita berbuka bukan nak makan banyak pun...tapi kalau tak da kuih,janggal la plak rasanya kan....
kat mana tempatnya???kira2 2km dari pekan parit jawa,muar,johor.terletak di kampung parit kasim laut,jalan abdul rahman.berdekatan dengan pusat kesihatan kecil parit kasim laut.ha...apa lagi,ada masa serbu la....
Thursday, August 27, 2009

waa......da abis peksa!!!!!ntah ape2 je aku jawab...sape kate ape yang kite baca tu tak kuar dalam soklan?semua nya kua.....tapi masalahn ya......aku tak ingat!!!hahaha padan muka aku....tapi tak pe sekurang2nya aku dah wat yang terbaik yang aku mampu.tawakal je la pas ni.doa2 ada rezki tuk aku....insyaallah dengan izinNya.doakan ek....
















