Followers

Friday, April 24, 2009

Sekolah Bestari?Apa Tu???

Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari.

Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware.

Pembestarian sekolah amat disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Induk Pelajaran. Aspek ini menjadikan pentadbiran sekolah lebih efektif kerana komunikasi boleh disampaikan dengan lebih cepat. Kesan penggunaan ICT mampu menjadikan penyampaian guru lebih berkesan dan memberi impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

1 comment:

kawi said...

Alhamdulillah SK Peserai terpilih untuk melaksanakan Program Sekolah Bestari Luar Bandar Fasa 1. Kita bersyukur banyak pihak membantu kita (BTP KPM, MDec, BTPN, JPNJ, IPTA, PPDBP, PKG dll.) Tak tau tak apa tapi kita mahu apa yang kita tak tau tu...Tahniah dan terima kasih atas sokongan semua pihak.