Followers

Sunday, May 3, 2009

Selsema Khinzir pulak dah!!!

Dua minggu lepas, selepas waktu rehat cikgu BI mengadu kat aku.Haizat murid kelas aku pucat lesi mukanya.....nak suh die balik..aku tanya Haizat,kenapa?dia kate pening dan nak muntah cikgu...'cepat-cepat jom pegi toilet!' jeritku...hmmmm...tapi tak sempat melangkah jauh...depan pintu kelas dia melambakkan isi perutnya....melihat keadaan Haizat yang dah lembik tu..aku pun segera meminta bantuan muridku yang lain membawa Haizat ke bilik air.Sementara aku meminta ketua darjah mengambil register.Segera aku hubungi ayah Haizat memintanya mengambil Haizat untuk dibawa pulang..Takut nanti semakin melarat pula demamnya. ...

Sejak hari itu....setiap hari ada aje murid kelas aku mengadu demam...demam panas plak tu...disebabkan itu setiap hari ada saja tempat duduk dalam kelas aku kosong...naik risau juga aku dibuatnya...mana yang mengadu demam tu aku nasihatkan jangan datang sekolah keesokkannya...takut melarat...sehari dua demam bukannya budak tu dah sihat betul pun...bla kat sekolah..tak de nya diorang nak duduk diam2...

Dah tu baru2 ni kita dikejutkan pula dengan selsema Khinzir....Selsema ape pulak tu????Risau aku makin bertambah la....

Wabak selesema babi bukannya baru. Ia pernah muncul pada 1976 di New Jersey, Amerika Syarikat apabila 500 askar disahkan menghidapnya. Program pembasmian diarahkan, tetapi akhirnya dihentikan selepas vaksin yang diberikan sebaliknya meninggalkan kesan sampingan yang jauh lebih buruk dan membahayakan daripada ancaman selesema babi.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa simptom dan penyebaran selsema babi dari manusia kepada manusia sama seperti selsama bermusim. Simptom biasa termasuk demam, lesu, kurang berselera dan batuk, dengan hidung berair, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit turut dilaporkan. Ianya dipercayai bahawa penyebaran dikalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin dan menyentuh sesuatu yang mempunyai virus sebelum menyentuh hidung dan mulut mereka sendiri.Selsema babi pada manusia adalah paling berjangkit dalam tempoh lima hari pertama penyakit sungguhpun sesetengah orang, kebanyakannya kanak-kanak, mampu kekal berjangkit sehingga selama sepuluh hari.

INFO: Tahap Amaran Pandemik Selesema Babi

Tahap 1 - Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan tidak menjangkiti manusia.
Tahap 2 - Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan menjangkiti manusia.
Tahap 3 - Tiada penularan atau penularan virus selesema yang terhad antara manusia ke manusia tetapi tidak menyebabkan wabak dalam komuniti.
Tahap 4 - Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia serta boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti.
Tahap 5 - Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia di sekurang-kurangnya dua negara dalam satu rantau WHO dan memberi `isyarat kuat' bahawa pandemik pasti berlaku.
Tahap 6 - Fasa pandemik yang menunjukkan wabak menular ke seluruh dunia.

Walaupun negara kita mengambil langkah berjaga2 yang ketat.kita juga berhati2.sebab berjuta2 penduduk dunia dah mati hanya disebabkan pelbagai jenis selsema.

Sejarah pandemik demam selesema

Wabak Peloponnesian - 30,000 maut

Seramai 30,000 penduduk Athens mati pada 430 Sebelum Masihi ketika peperangan Peloponnesia antara penduduk Athens dengan Sparta. Selain pening, gejala lain seperti ruam kulit, demam, batuk darah, sakit perut, muntah dan dahaga yang teruk hinggakan ada yang terjun ke dalam perigi.


Wabak Antonine Plague - Lima juta mati

Wabak sempena nama Maharaja Rom, Marcus Aurelius Antoninus yang mati pada 180 Selepas Masihi. Wabak ini dibawa ke Rom oleh tentera yang pulang daripada berperang dari Mesopotamia. Ia merebak ke benua kecil Asia, Mesir, Greek dan seluruh empayar Rom dan meragut lima juta nyawa dalam masa 15 tahun.


Wabak Justinian Plague – Kira-kira 25 juta hingga 100 juta kematian

Namanya sempena Maharaja Byzantine, Justinian dan wabak ini dipercayai berasal sama ada di wilayah Asia Tengah atau Ethiopia (Habsyah). Ia menjadi kes pertama wabak bubonik dicatatkan dan berlaku selama 50 tahun yang meragut 25 juta hingga 100 juta nyawa. Perdagangan dunia turut lumpuh.


Wabak 'Black Death' - 25 juta kematian

Ia melanda pada zaman pertengahan Eropah dari akhir 1347 hinggalah awal 1351. Ia dikatakan disebarkan oleh kutu dan tikus. Mangsa lazimnya mati dalam kesakitan dalam masa lima hari selepas dijangkiti kuman itu.


Wabak Selesema Sepanyol - Lebih 50 juta kematian

Ia berlaku pada 1918 dan menjadi kes terburuk pernah berlaku dalam era sejarah moden dan disebabkan sejenis virus selesema H1N1 dijangkiti kira-kira 40 peratus jumlah penduduk dunia ketika itu. Ia meragut lebih 50 juta kematian, majoritinya mereka golongan muda.


Wabak Selesema Asia - Empat juta maut

Berlaku pada 1957, membabitkan itik liar di Guizhou, selatan China dan melalui proses mutasi dengan jenis virus manusia. Menular ke Singapura pada Februari 1957, Hong Kong pada April dan Amerika Syarikat pada Jun tahun sama. Jangkitan paling ramai di kalangan pelajar sekolah, golongan muda, wanita hamil serta orang tua yang mencatatkan kumpulan paling ramai mati.


Wabak Selesema Hong Kong - Sejuta maut

Dikesan pada 1968, kes pertama dikesan di Hong Kong yang disebabkan jenis virus dikenali H3N2 yang meragut sejuta nyawa di seluruh dunia. Ia kembali pada pada 1970 dan 1972. Mangsa berusia 65 tahun ke atas paling ramai mati.


Sindrom Pernafasan Yang Teruk (Sars) - 800 kematian

Dikesan di Guangdong, selatan China pada 2002 tetapi menjadi tumpuan ramai pada Februari 2003 selepas kematian seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat dalam pesawat pulang dari Shanghai. Virusnya mudah tersebar secara pantas ke Kanada, Amerika dan beberapa negara Asia. Daripada 8,096 kes, 774 kematian dilaporkan.


Selesema Burung

Ada banyak jenis selesema burung. Jenis paling bahaya H5 dan H7 sering menyebabkan kematian unggas dan jenis yang paling dibimbangkan adalah H5N1. Ia hanya diketahui menyerang unggas sehinggalah kes pertama jangkitan manusia dikesan di Hong Kong pada 1997. Data WHO menunjukkan 256 maut di seluruh dunia sejak 2003 dan saintis turut memantau perkembangannya kerana bimbang mutasi berlaku dan boleh dijangkiti berjuta-juta penduduk dunia.


Demam Selesema - Meragut 250,000 - 500,000 kematian setiap tahun

Tersebar ke seluruh dunia setiap tahun dan memuncak ketika musim sejuk. Pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pemberian suntikan vaksin, khususnya kepada kanak-kanak dan warga tua. Amalan kerap membasuh tangan dan sentiasa sihat, menjadi perlindungan terbaik.

1 comment:

Cikgu Sarkawi said...

Sekali lagi tahniah, penulisan yang santai berinformasi. Harap dapat bimbing rakan lain yang berminat menulis blog keluarga pendidik.