Followers

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT 52 TAHUN MERDEKA

Kuih 7 biji=RM1?

sekadar hiasan

Tak percaya??????
ini realiti kawan2.....ye la macam mana korang nak percayakan?paling murah,kuih zaman sekarang ni pun 4 biji RM1 kan...kat KL,sebiji samosa=RM1..peh!lum sempat rasa sedap kat tekak,dah abis di telan.tapi apa yang aku story ni betul punya.tak tipu korang la...kalo korang rasa leh sampai tempat ni,korang leh g jalan2 tengok.

ada pelbagai jenis kuih-muih kat sini.dibuka seawal 12.30 tghr.tu pun dah ramai orang beratur membeli...kalau korang lambat,tengok je la bumbung gerai kuih ni.hahahaha....

pengusaha gerai ni membuat sendiri kuih muih yang dijual bersama kaum keluarganya.bermula seawal selepas sahur hingga semuanya siap untuk dijual.kuih-muihnya comel2,padan la dengan harganya.tahun lepas diorang jual 10 biji=RM1.lagi murah....tahun ni terpaksa la naikkan sikit,kalau tak rugi terus.

aku rasa kuihnya memang sedap.walaupun comel,rasanya tetap lengkap dan sedap.lagi pun kalau 7 biji tu,korang boleh pilih kuih campur2.dapat la 2 atau 3 jenis.lebih dari cukup tu kalau untuk berbuka 2 atau 3 orang. Kita berbuka bukan nak makan banyak pun...tapi kalau tak da kuih,janggal la plak rasanya kan....

kat mana tempatnya???kira2 2km dari pekan parit jawa,muar,johor.terletak di kampung parit kasim laut,jalan abdul rahman.berdekatan dengan pusat kesihatan kecil parit kasim laut.ha...apa lagi,ada masa serbu la....

p/s:salah sorang ahli keluarga pengusaha gerai ni,kawan adik aku

Thursday, August 27, 2009


waa......da abis peksa!!!!!ntah ape2 je aku jawab...sape kate ape yang kite baca tu tak kuar dalam soklan?semua nya kua.....tapi masalahn ya......aku tak ingat!!!hahaha padan muka aku....tapi tak pe sekurang2nya aku dah wat yang terbaik yang aku mampu.tawakal je la pas ni.doa2 ada rezki tuk aku....insyaallah dengan izinNya.doakan ek....

Wednesday, August 26, 2009

PTK mai dah......


PTK datang lagi....masing-masing demam bila dengo nak peksa....dah la seminggu sebelum cuti ni aku aku dah demam dlu....aduh,esok nak peksa ni!1st time aku nak amik ni.dah dua kali terlepas peluang.harap2 ada la rezki aku tahun ni.ada la gak belek2 buku.buku?memang banyak n tebal2.hahaha...tapi almaklum je la bila bulan posa ni....pas terawikh je,mata dah ngantuk.nak mengejo c ayman lagi...smentara die tdo tu,aku pun amik le pluang tdo gak.kul 3 pg bgn sambung baca.tapi bla jam sahur berbunyi,buku tu dah abis baca aku...hahaha...waktu siang,tak payah ckp la.memang penuh dengan agenda.lebih2 lagi bila dah masuk kul 3 tu...ayu dah hulur kunci kete ajak g bazar ramadhan.siap dengan list juadah berbuka dia sekali.

tapi kn.....ada ramai gak yang nasihat kat aku...'tak payah baca la,bukan kua pun dalam peksa' musykil gak aku...kalo tak payah baca n tak kua ape yang kite baca tu dalam peksa, wat pe ada melambak2 buku ptk kat pasaran...wat pe plak ada sukatan peperiksaannya?dan apa plak maknanya tu bla ramai yang berkata begitu?????hmmmmm.....

tapi aku baca gak la ape yang patut,dah nama pun peksa kan....kalo tak kuar dalam peksa pun,aku niat kan tuk tambah ilmu dan meningkatkan lagi kefahaman aku je.

gud luck tuk semua rakan2 seangkatan yang nak berjuang esok.tak lupa gak pada yang dah peksa semalam n kelmarin.mudah2an dengan berkatnya ramadhan ini serta dengan kesungguhan moga2 ada rezki ptk kali ini untuk kita.Amin...

Tuesday, August 18, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI....


Alhamdulillah dan insyaallah kita akan menyambut ketibaan ramadhan beberapa hari lagi.Alhamdulillah sekali lagi aku dapat merasa untuk berpuasa di tanah air sendiri...berbeza rasa dan suasananya bila berpuasa di negara orang tahun dulu.Walaupun tetap meriah...banyak yang kurangnya.

Selamat berpuasa kepada semua kaum keluarga,sahabat handai,semua guru, kakitangan, murid-murid SK peserai serta semua yang mengenali diri dan di mana jua anda berada.
Semoga ramadhan yang datang kali ini kita tempuh dengan penuh kesabaran dan ketakwaan.Kita penuhi dengan amalan-amalan yang baik sepanjang bulan ini. insyaallah...


Pentingnya Bulan Ramadhan


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.


2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.


3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.


4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.


5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.


6. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.


7. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.


8. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.


9. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.


10. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Friday, August 7, 2009

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN ANTI DADAH


7 OGOS 09,SK PESERAI mewakili Batu Pahat program ini ke peringkat negeri.
TAHNIAH!
Program yang berlangsung selama 1 hari ini mendapat sokongan yang padu daripada pelbagai agensi kerajaan dan masyarakat. Selama beberapa minggu kami bertungkus lumus mengolah bahan yang sedia ada.Membaik pulih bahan yang telah rosak.Membina dan mengemaskini sudut sudut agar kelihatan ceria.

TERIMA KASIH kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.Terutama kepada pihak PPD,BOMBA,polis,AADK,PKG dan masyarakat sekitar yang begitu prihatin. Tidak lupa kepada AJK PIBG yang turut meluangkan masa sama-sama memerah keringat dan memeriahkan program kali ini.
TERIMA KASIH kepada panel penilai yang hadir,Encik Rosli dan Encik Aziz atas komen2 membina mereka untuk penambahbaikan hasil yang sedia ada.

Kepada semua yang sudi meluangkan masa melawat dan menambah ilmu semasa program ini berlangsung...moga kita sama-sama mendapat ilmu danpengetahuan daripada program ini.

Kepada semua guru yang menjayakan bahagian masing-masing....tahniah atas uasaha anda..
ketibaan panel penilai

lorong warga sejahtera tanpa dadah

pameran jentera bomba


pameran polis trafik

pameran AADK

bestnya....besar nanti nak jadi ahli bomba la....
sudut permainan dan kuiz


sudut hasil kerja murid dan brosur


sudut pencapaian murid

sudut pengiktirafan murid


pertandingan poster tahap 1 dan 2

sudut info


sudut rokok

keseluruhan pentas

Wednesday, August 5, 2009

ADA APA DENGAN BULAN SYA'BAN



Kelebihan bulan Sya`ban.

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,

(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir) ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.


AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN,

1.Yang pertama dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah.

2.Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya.

3.Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur'an.

Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Selawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)

Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat:

Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.


Saturday, August 1, 2009

MUSIBAH DATANG TANPA DIDUGA


Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul....

sabtu malam...25 julai 2009 mencatatkan lagi satu peritiwa pahit dalam hidup aku....9.30 malam nyaris aku dan keluarga aku tidak turut menjadi korban api yang menggila....Rumah makcik aku yang hanya 3 depa dari rumah aku,ranap dan hangus dijilat api....aku yang berada di rumah pada malam kejadian hanya sedar berlaku kebakaran setelah di beritahu oleh penduduk kampung yang kebetulan lalu di hadapan rumah.bila aku keluar dr rumah,api dah menjulang tinggi....mak aku dah terlolong2 meminta tolong.....aku sempat mematikan suis letrik utama dalam rumah ...dan menyambar handbg dan handfon.aku tepon bomba dulu....nak tekan no bomba pun tangan aku dah menggeletar...mak aku menjerit2 sruh aku mengalihkan kereta...terketar2 aku mengundurkan kereta menjauhkannya dari api yang semakin marak.anak2 aku dah meraung2 tengok rumah nenek saudara mereka di telan api...setel urusan bomba,aku tepon makcik yang berada kat jb(die wat pjj sains islam kt utm) memaklumkan tentang rumahnya...belum sempat aku ckp banyak makcik dah meraung,rupa2nya anaknya ada memaklumkan hal tersebut tapi die tak percaya....aku suh adik aku bawak makcik aku balik....

dalam 10 minit, semuanya hangus d telan api...dan api mula reda bla bomba sampai untuk menguruskan hal selanjutnya.....mase tu aku dah diam je...tak mampu nak ckp apa2 dah....org kampung membanjiri kawasan rumah hingga ke tepi jalan...masing2 terkejut dengan insiden ni...ape yang sempat aku dengo hanya keluhan dan istghfar yang panjang dari mereka yang melawat.

aku cume mampu melemparkan senyum kosong pada mereka yang datang...sekosong kepala otak aku mase tu....terbayang2 aku muka makcik aku yang kuat semangat dan cekal hati...setelah kematian suami yang tercinta,makcik aku mula mencari peluang kerja untuk menyara anak2nya...akhirnya dia berjaya diterima menjdi guru kafa...murah rezeki makcik aku...di kemudian diserapkan dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran pjj kat utm...berdikit2 die membina rumah tu...aku tau jerih perihnya die...sebab semua tu didepan mata aku.masih terbayang gembiranya dia bla pertama kali menjejakkan kaki ke rumah barunya....isk!aku plak yang nak nangis ni....

Tapi.....kini....usaha 6 tahun nya untuk duduk rumah sendiri dan mempunyai harta sendiri hangus sekelip mata....tinggal sehelai sepinggang.

rupa2nya dalam dok kalut2 rumah makcik aku terbakar depan rumah aku berlaku la plak kemalangan...moto sondol kete....dengo katenya...anak sedara ngan pakciknya...org pt bugis katenya...dah macam pesta ape la plak kat kawasan rumah aku tu....bla ambulan sampai masing2 ingat ada anak2 makcik aku yang terkorban....

makcik aku sampai pukul 12 tgh malam...hanya tinggal abu dan batu.....meraung die...tak mampu dah nak berjalan....mak aku papah die.....sabarkan die....istghfar tak putus2 diucapkannya...manusia mana tak berhati walang...dengan dugaan sedemikian rupa....bukan semua boleh menerima dengan redha sekelip mata...

Kini.....alhamdullilah! die dapat menerima dugaan hidupnya.....die bersyukur sangat2 kerana semua anak2nya semua selamat...Bersyukur kerana dia masih boleh menunaikan amanah arwah suaminya supaya menjaga,mendidik dan membesarkan anak2 mereka...Harta benda yang musnah boleh di cari ganti...tapi nyawa tiada taruhannya...Dia bangkit semula dengan satu semangat yang luar biasa....tapi sokongan dari anak2 lah yang paling utama...yang menguatkan hati nya...tu sahaja harta tak ternilai yang ada pada dia untuk dia teruskan hidup....

Kesabaran itu akan ada ganjarannya kelak...InsyaAllah


Tahniah!!!!






Tahniah kepada kumpulan Choral Speaking Bahasa Melayu SK Peserai yang berjaya menempa kedudukan naib johan.Pertandingan yang dianjurkan oleh Johor Corporation sempena Medaniaga Bistari daerah Batu Pahat dan Kluang sememangnya mampu mencungkil bakat murid-murid.Pertandingan yang diadakan di SMK Dato' Menteri ,Air Hitam ini telah disertai oleh 15 orang murid bersama-sama dengan 4 orang guru pengiring.Tahniah juga kepada SK Kluang Barat yang menyandang jura dan SK Seri Puleh yang mendapat tempat ketiga.

Walaupun mengalami kesuntukan masa dan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan namun tetapi berbekalkan semangat dan usaha padu semua guru dan murid yang terlibat,semuanya menjadi alah bisa tegal biasa.

Terima kasih kepada semua guru,murid,ibu bapa dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Kepada semua pihak yang memberikan sokongan padu kepada team kami....TERIMA KASIH!