Followers

Friday, February 26, 2010

Senarai blogger SK Peserai

Sempena Bulan ICT sepanjang bulan Februari ini.SK Peserai telah mengadakan pertandingan membina blog.Terbuka untuk semua warga SKP dengan beberapa kategori.Semuanya telah dinyatakan dalam borang penyertaan beserta syarat-syarat pertandingan.Berikut merupakan senarai peserta yang menyertai pertandingan ini.
Kategori guru dan kakitangan
  1. Tn. Hj. Sarkawi bin Satu
  2. En. Aziz bin Seman
  3. En. Zainal bin Janis
  4. En. Firdaus bin Mohamed
  5. Pn. Zainorida bt Ngarip
  6. Pn. Hamidah bt Jamari
  7. En. Mohd.Arafat bin Jaafar
  8. Pn. Masura bt. Hassim
  9. Pn. Normala bt. Suleiman
  10. Pn. Nahida bt. Mohamad On
  11. Pn. Masidah bt Paimin
  12. Pn. Nurul Ain Harjit bt. Abdullah
  13. Pn. Sameha bt Sairan
  14. Cik Shamala a/p Krishnan
  15. Pn. Siti Rukiah bt. Ahmad
  16. Pn. Saliza bt. Abd. Rahim
  17. Pn. Fadzilah bt. Arsat
  18. Cik Farhanaislah bt. Md Salleh
  19. En. Mohd Fathi bin Misran
  20. Pn. Masdilaila bt. Abd. Rashid
  21. En. Md. Balya Hidir bin Md. Salleh
  22. Pn. Norsasulawati bt.Mohd. Suhaimi
  23. Pn. Rosyati bt. Ismail
  24. Pn. Murzana bt. Jadri
  25. Pn. Roslinda bt. Ismail
  26. Pn. Aryanti bt. Aman
  27. Pn. Mislia bt. Zaitun
  28. Cik Shairah Ezzaidah bt Nordin
  29. YM Puan Engku Norhaliza bt. T Amri
  30. Pn. Jamaliah bt Maskam
  31. Pn. Rohaiza bt Mohd. Som
  32. Pn. Norhaida bt. Md. Yusof
  33. Pn.Norhafiza bt. Taib
  34. Pn. Masrianis bt. Ahmad
  35. Pn. Azizah bt. Jaafar
  36. Pn. Julaiha bt. Abd. Jalil

Kategori Panitia

  1. Panitia Kemahiran Hidup
  2. Panitia matematik
  3. Panitia Pendidikan Islam
  4. Panitia Pendidikan Khas
  5. Panitia Bahasa Melayu
  6. Panitia Bahasa Inggeris
  7. Panitia Sains
  8. Panitia Sivik
  9. Panitia Pendidikan Jasmani
  10. Panitia Bridget Bestari
  11. Panitia Kaunseling
  12. Panitia Seni Visual
  13. Panitia Muzik
  14. Panitia Kajian Tempatan
  15. Makmal Komputer
  16. Pra Sekolah
  17. Didik Bistari

Kategori Murid

  1. Siti Zulaikah bt. Ab. Rahman
  2. Nurhidayah bt. Hamid
  3. Muhammad Amirul Harith
  4. Nur Ashu Maera
  5. Anis Najiha bt. Zainudin
  6. Nur Syawanie bt. Ali
  7. Muhamad Iqmal b. Zainul Bahri
  8. Saidatul Ummi b. Yaacob
  9. Nurul Syaza bt. Sarkawi
  10. Nurul Heryani Arfida bt Ariffin
p/s:tarikh tutup penyertaan pada 28 Februari 2010.Masih ada masa lagi...apa tunggu lagi...hadiah lumayan menanti anda...ayuh!!!

Thursday, February 25, 2010

Mengapa perlu kuasai ICT?


Berat rasa nak jawab soalan la,
Kena cari antirust tuk lincirkan idea,
Sebab otak berkarat lama tak buat esei berjela2,
Ni pun jawab guna bahasa santai je ye,
Ape benda nya ICT ni sebenarnya,
Cuba bagi jelas, supaya tak buta selamanya.
Information and communication technology maknanya,
Teknologi maklumat dan komunikasi terjemahannya,
Nak maklumat lanjut tanya la pakar ICT yang mana ada,
Kalau nak terangkan juga, terkeluar tajuk pulak nanti jadinya.

Jangan kata ianya membuang masa dan menyusahkan,
Belajar perkara baru memang perlukan sedikit pengorbanan,
Ye la…korban masa dan juga ruang berkomitmen,
Rajin mencuba dan belasah je ape2 yang boleh ditekan,
Baru lah kita belajar dari kesilapan,
Dan kemudian kita perbetulkan semula keadaan,
Kalau tak pandai…cikgu boleh ajarkan ,
Kalau malas nak belajar…kawan la dengan setan.
Nanti kalau nak pegang mouse pun tak reti nak clickkan..
Tekan keyboard pun macam tak makan…
Lagi bengang kalau button on off pun tak ditemukan…
Siapa pulak nak disalahkan…
Kalau anak murid pulak yang terlebih khatam.

Selalu dengar frasa ‘maklumat dihujung jari?’
Dengan clik..clik..clik..semua maklumat..sedia dilayari,
Cukup dengan mengadap skrin peribadi,
Tak perlu susah payah lagi mencari TV,
Berita,cerita,info terkini,sukan,hiburan semua tak tercari,
Sampai tak bangkit dari kerusi,
Ada pulak,bila tak on PC sehari…rasa macam nak mati,
Kes ni,bukan sahaja celik IT,Malah,celik-celik je IT
Itulah penangan dunia ICT.

Bukan setakat maklumat kita dapati…
Maklumat kita pun boleh dikongsi…
Cuma perlu rajin mengupdate sendiri..
Jadi blogger yang berwawasan tinggi..
Menyumbang idea dan inspirasi diri..
Boleh juga kalau nak jadi usahawan IT.

Kalau rindu kawan-kawan lama…
Laman Facebook menawarkan cara…
Rakan lama dijejaki,kawan baru juga disapa…
Mengimbau kenangan lama dan berkongsi cerita,
Zaman hingusan dan juga setelah beranak lima…
Baru la tau rupanya beribu kenalan kita merata dunia.
tapi sebenarnya...mengetahui ICT...macam2 ada...


Cukup la kot setakat ni dulu la..
Tapi menjawab ke belum soalan di atas tu ya?
Malas nak buat karangan yang melewah bahasanya..
Sebab belum tentu ada yang rajin nak membaca…
Makin menyerabutkan kepala lagi ada la…
Ni pun buat syarat je…daripada GB marah dan tanya..
Muka aku ni pulak nak letak mana…hehhehe
Apa-apa pun terima kasih la ya…
Kerana sudi gak habiskan membaca…
Coretan aku yang ntah apa2..

Cinta Kita di Mana...


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:”Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”



Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”



As-Sirri As Saqati berkata: “Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”

Wednesday, February 24, 2010

Senyum laaa.....(susah sangat ke?)

Seorang murid berkata kepada gurunya: “Cikgu, hari ini cikgu cantik sangat.” Si guru bertanya: “Mengapa?” Si Murid menjawab: “Kerana hari ini cikgu sentiasa tersenyum dan tidak marah-marah. ” Jadi kesimpulannya, untuk memiliki kecantikan sangatlah mudah, hanya perlu tersenyum dan tidak marah-marah.
Senyuman... senyuman....
Senyum tanda mesra.Senyum tanda sayang.Senyumlah sedekah yang paling mudah.Senyum di waktu susah,Tanda ketabahan.Senyuman itu tanda keimanan.
Senyumlah....senyumlah... senyumlah...senyumlah...
Hati yang gundah terasa senang.Bila melihat senyum hatikan tenang.Tapi senyumlah seikhlas hati.Senyuman dari hati jatuh ke hati.
Senyumlah.... senyumlah...
Senyumlah seperti Rasulullah..Senyumnya bersinar dengan cahaya...Senyumlah kita hanya kerana Allah.Itulah senyuman bersedekah.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah...
Itulah sedekah yang paling mudah.Tiada terasa terhutang budi.Ikat persahabatan antara kitaTapi senyum jangan disalah guna.
Senyumlah.... senyumlah... senyumlah... senyumlah...

p/s:senyumlah dari hati yang ikhlas...agar tidak tersirna kedongkolan hati...

Tuesday, February 23, 2010

Lawak yang tak boleh digelakkan

Cerita hari ini...di dalam kelas tahun 1.

Cikgu:Murid2,hari ni kita belajar tulis huruf a ye... ikut titik2 yang cikgu dah buat tu sambungkan...ikut seperti yang cikgu tunjuk ni.

Murid A:cikgu..pensel kita tumpul...nak asah dulu la...(die pun pergi ke belakang dan mengasah pensel di tong sampah)

Murid B duduk di sebelah meja murid A sambil membelek-belek buku

Murid A duduk semula setelah siap mengasah pensel... dia menjengah pada buku yg dipegang oleh murid B.

Murid A:Eh..kenapa awak tulis macam nih?tak lawa la tulisan awak ni.Nanti cikgu marah.Salah la yang ni...meh saya padamkan.Nanti awak buat semula ye...
(die pun padam la...tulisan yg tak lawa tu... setelah siap memadam..die mengambil satu lagi buku yang ada disebelahnya...)

Murid A:Eh,tadi saya buat dah banyak..kenapa tinggal sikit?awak padam ye? (sambil menoleh pada murid B)

Murid B:Saya tak padam la....ni buku saya(sambil mengambil buku itu dari tangan murid A) teng0k ni,ni kan nama saya nie...A****

Murid A:Abis tu yang saya padam tadi????buku saya la....alaaaaa....

kuang...kuang..kuang...

Cikgu:gelak je dalam hati..hahhahahaha..(perasan mcm dah terror la tu)

Monday, February 22, 2010

Kegemilangan sukan sekolah akan dikembalikan: Muhyiddin


PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah kerana ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.

"Sudah hampir 10 atau 20 tahun sukan di sekolah tidak diutamakan, apa sebabnya tidak diketahui. Sehinggakan di sekolah, sukan bukan sesuatu yang dibanggakan berbanding zaman saya muda dulu".


Melayu Yang Tahu Syukur

Bersyukurlah Melayu
ada Mercedes ada BMW
kerana ada Melayu lain cuma berProton Saga
Bersyukurlah Melayu
ada Waja ada Proton Saga
kerana ada Melayu cuma bermotosikal
Bersyukurlah Melayu
ada motosikal Honda
kerana ada Melayu lain cuma mengayuh speda
Bersyukurlah Melayu
ada speda ada basikal
kerana ada Melayu lain cuma melangkah kaki sendiri
Bersyukurlah Melayu
ada kaki untuk berlari
kerana ada Melayu cuma berkerusi roda
Bersyukurlah Melayu
mampu berkerusi roda
kerana ada Melayu cuma berbaring di dada katil putus asa
Melayu jangan lagi cukup cuma bersyukur
jika melihat bangsa lain berMercedes
kita dengan Proton Saga
kita perlu juga capai hasrat
kita perlu Melayu yang punya Mercedes miliknya
dan Melayu jangan hasad
pada Melayu empunya Mercedes
dan Melayu jangan iri
jangan dengki
melihat Melayunya lebih berjaya
Rizan Aris-PALAPES Penang 2002

Saturday, February 13, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan ke-42

suasana hari sukan sekolah yang sedang berlangsung sekarang...lebih gambar dan maklumat akan di edit kemudian.... buat bosss...jangan sedih2 ek...tak dapat hadir...tgk pic pun jadik la...hehehehe

Ucapan perasmian pembukaan oleh Mejer (B) Tuan Haji On.
"Ini adalah antara hadiah kemenangan sukan yang masih saya simpan hingga kini..."

kibaran Jalur Gemilang dan bendera Negeri Johor

ehhh...nanti2 jangan lari dlu...cikgu nak amik gambo dulu...

khusyuk mengaminkan doa yang dibaca oleh ustaz

krew belakang tabir...hehehe

wajah2 pengadil lorong melepaskan lelah...berbelang beb muka tuh...ada satu minggu tuk merawat kulit...hahahhaha

ni lari atau berjoget ni?

gaya2 juara..tahniah


hakim balapan.sebelum menjalankan tugas

'apa-apa pun mari kita berposing dulu"

pencatat masa..dah ready dgn stopwatch masing-masing.
sebahagian daripada piala pusingan bersama buku program

ucapan dari Puan Kalthom bt Haron (GPK 1)

sebahagian ibu bapa yg turut hadir memberi sokongan dan memeriahkan kejohanan.
perbarisan masuk BBSM

perbarisan masuk rumah Banang

perbarisan masuk rumah Soga

perbarisan masuk TKRS

perbarisan masuk PPI
perbarisan masuk Pengakap
pembawa2 bendera

pembawa bendera kejohanan

dah abis sukaaaannnn ape lagi...jom main londang...

Friday, February 12, 2010

The moment you are in TENSION!


The moment you are in TENSION

You will lose your ATTENTION

Then you are in total CONFUSION

and you'll feel IRRITATION

This may spoil your personal RELATIONS

Ultimately, you won't get COOPERATION

And get things into COMPLICATION

Then you may raise CAUTION

And you have to take MEDICATION

Why not try understanding the SITUATION

And try to think about the SOLUTION

Many problems will be solved by DISCUSSION

Which will work out better in your PROFESSION

Don't think this is a free SUGGESTION

It is only for your PREVENTION

If you understand my INTENTION

You'll never come again into TENSION!!!

Tuesday, February 9, 2010

Hujan lebat,tak boleh cuci kete?siapa kata???


Orang selalu kata...cuci kereta ketika hujan lebat adalah sesuatu yang sia2.....tapi aku tak rasa macam tu pulak....ada kebaikannya sebenarnya...nak tau???pada aku...cuci kereta ketika hujan la bagus...selain menjimatkan tenaga dan air...ia juga menjimatkan wang kita.tak percaya?ikuti tip2 nya...

1)basahkan kereta anda dalam hujan lebat tu....sampai keseluruhan kereta tu basah la....

2)lepas tu...parking kereta kat garaj dan cuci la dengan sabun bersih2....sampai ilang semua kotoran dan daki...


3)kemudian...hujan kan semula kereta tu...hingga semua kesan2 sabun tu hilang...



4)parking semula kereta di garaj dan lap sehingga kering serta make up kan la ape2 yang patut...

Nah!!!sekarang kereta anda dah bersinar2...jimat air...jimat duit...dan jimat tenaga...pas tu...bila kereta dah kilat...kita pun sayang nak keluar sebab hari hujan kaaaannn..takut kereta kotor semula...so,sekali lagi...jimat minyak pula....hahhahaha...

SELAMAT MENCUBA!!!




Wednesday, February 3, 2010

Adegan yang benci untuk dilihat!!!!


semalam, semasa berada dalam kesesakan menuju jalan pulang setelah tamat berkursus...tak de ape yang boleh dilakukan cuma berbekalkan kesabaran dan keredhaan dengan harapan perjalanan petang tu..selamat hendaknya.

kesesakan itu bertambah apabila bas2 yang membawa murid sekolah mula bergerak meneruskan tugas.selang sebuah kereta di depan aku ada sebuah bas yang membawa murid2 sekolah rendah...dengan situasi riang ria di dalam bas tu...rasanye,majoriti mestila murid tahun 1-3.

dalam dok menunggu kenderaan bergerak ala2 siput tu...tiba2...melayang plastik pembungkus jajan dari bas tu....aku tengok budak2 tu bersorak...SUKA!selang beberapa minit...melayang pula kotak air minuman...dan tepat...jatuh di atas cermin kereta depan aku tu....budak2 tu makin gile bersorak!!!

tiba-tiba dari sebelah kanan...ada sebuah bas sekolah yang lebih besar memotong...daaaannnn...SEBUAH tin 100plus pula melayang keluar dari tingkap bas....sikit lagi hampir mengenai seorang penunggang motosikal yang kebetulan lalu mencelah...(aku....hanya mampu istighfar bebanyak dalam hati..isk!!!kalau la aku ada magic masa tu).kalau aku tunggu lama lagi sikit...tak mustahil, tiba2 melayang pula batu bata keluar dari tingkap bas tu...apa la nak jadi dengan anak2 kita ni...