Followers

Monday, February 22, 2010

Melayu Yang Tahu Syukur

Bersyukurlah Melayu
ada Mercedes ada BMW
kerana ada Melayu lain cuma berProton Saga
Bersyukurlah Melayu
ada Waja ada Proton Saga
kerana ada Melayu cuma bermotosikal
Bersyukurlah Melayu
ada motosikal Honda
kerana ada Melayu lain cuma mengayuh speda
Bersyukurlah Melayu
ada speda ada basikal
kerana ada Melayu lain cuma melangkah kaki sendiri
Bersyukurlah Melayu
ada kaki untuk berlari
kerana ada Melayu cuma berkerusi roda
Bersyukurlah Melayu
mampu berkerusi roda
kerana ada Melayu cuma berbaring di dada katil putus asa
Melayu jangan lagi cukup cuma bersyukur
jika melihat bangsa lain berMercedes
kita dengan Proton Saga
kita perlu juga capai hasrat
kita perlu Melayu yang punya Mercedes miliknya
dan Melayu jangan hasad
pada Melayu empunya Mercedes
dan Melayu jangan iri
jangan dengki
melihat Melayunya lebih berjaya
Rizan Aris-PALAPES Penang 2002

No comments: