Followers

Friday, March 26, 2010

Katak dalam gelas...

Semasa mengajar subjek sains,bab tumbuh2n..tertulis dan terpampang dalam activity book tu Mangosteen Tree.
Bla aku tanya "mangosteen tree tu pokok apa"?
Ada pulak jawapan yang kedengaran di telinga ialah "pokok mangga cikgu!!"
"Mangosteen tree ialah pokok manggis la murid2!"
"sapa tak pernah tau atau tak pernah tengok pokok manggis?"
Ada beberapa murid mengangkat tangan perlahan2...
"isk!!"

aktiviti memanjat ni pun mesti ramai yg tak pernah dapat buat..

Aku tak kisah kalau mereka2 ini tinggal di bandar2 yang mmg tak wujud tanah untuk menanam pokok manggis.atau,mereka tinggal di rumah2 taman.tapi masalahnya...mereka ni dok kampung!!!banyak pokok manggis kat kg tuh...walaupun bukan kat rumah mereka,mungkin gak kat tepi2 jalan kampung tu mmg ada pokok manggis...Tapi kenapa mereka tidak peka pada persekitaran.Tu baru tanya pokok manggis,belum lagi tanya pokok ciku,pokok durian belanda,pokok kedondong dan lain2 lagi...

Mereka dah menjadi seperti katak dalam gelas...hanya memerhati keadaan sekeliling tanpa faham n tahu.Sedangkan mereka boleh melompat keluar dari gelas tu untuk memahaminya dan ambil tahu..tapi...adakah mereka lakukan???

Mmg sebagi guru kita boleh membntu mereka mengenal tumbuh2n..tapi kalau semua pokok nak di tunjuk n dperkenalkan mau 8 bulan 8 minggu 8 hari pun belum tentu habis.Sesuatu perlu dilakukan supaya pengetahuan sedia ada murid2 kita ni tak terus zero...

selain g melawat kwasan berkebunan atau botanical garden..tapi itu memerlukan kos dan masa..Bukan semua murid mampu nak g rombongan.kaedah yg paling simple n rasa nya leh dilaksanakan...

cuba kita tanam pokok buah2n tu dalam kawasan sekolah..kita tanam ciku,langsat,duku dan lain2 yg wajar la...rasanya kos penjagaan pun tak de la ape sangat pun.Selain mendapat ilmu tentang pokok2 tuh,ia juga mengeluarkan hasil.Daripada kita dok tanam pokok yg rendang tapi tak berbuah wat pe?Tanam pokok buah...ilmu dapat,rasa pun dapat..n banyak lagi faedah lain pastinya...

So..sila la timbang2kan.ini untuk kebaikan generasi pewaris kita.Jangan sampai,10 tahun lagi...anak2 kita zero pengetahuan asasny tentang bumi hijau.Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyediakan pengetahuan asas mereka itu...:)

4 comments:

pak long said...

salam...
kan manggo tu sama ngan bunyi mangga...hehehehe

Misz said...

logik nya mmg gitu la pak long..bunyinya lebih kurang...tapi buahnya jauh beza rupanya..hehhehe
dah bgtau maknanya pun ada gak yg tak kenal pokoknya...

shamsuree sam said...

katak oh katak..........
lepas ni bangau oh bangau.......
lepas tu...........

Misz said...

insya Allah la mr sam..:)
tunggu ek..next edition..