Followers

Friday, March 19, 2010

Segar dan enak!!

Semalam di pasar,semasa dok tunggu ayam yg aku oder di proses…sempt aku melihat gelagat pemborong2 ikan di pasar menggredkan ikan.Cekap dan pantas.Nampak macam senang jek.sekejapan jek mereka dah siap menggredkan ikan parang yang ntah berapa puluh ekor tuh.Cara diorang mengredkan ikan tu mudah jek…
actually aku pun guna cara yang sama gak bila bli ikan.Tapi tak de la sepakar diorang tuh.Sesetengah orang,bila pilih ikan..siap dipicitnya ikan tu la…tgk sisik la…Sebenarnya petuanya simple dimple jek.Tapi belum tentu semua orang tau caranya.Ada yg tau g pasar beli ikan,tunjuk n bawak balik jek.Sampai rumah bila ikan tu tak sedap n tak fresh..pandai lak complain.hahhaha…

OK caranya macam nih…bukak penutup insang ikan kat kepala tuh…tengok warna insang tuh.Kalau masih merah,segar la ikan tuh.Tapi kalau dah birat n biru…maknanya ikan tu dah lama.kenapa insang?sebab semua ikan ada insang.Kalau nak berpandukan sisik…bukan semua ikan ada sisik.

So lepas nih…jangan kata tak tau nak pilih ikan.dan yang penting,jangan bli ikan busuk bawak balik rumah lagi…Baru la seronok bila dapat makan ikan yang segar n enak...Selamat Mencuba!!

1 comment:

pak long said...

salam...
ikan masin pun sodap...hehehe