Followers

Wednesday, June 30, 2010

Musim 'Hantu'

Salam semua...
sekarang masing2 sibuk dengan bola...
maklum la musim bola..masing2 tercongok depan TV tengok bola...segalanya bola...makan bola..tidur bola...baju bola..sembang pun pasal bola..itu kita panggil musim 'hantu' bola..hehehehhe..tapi hantu bola...guna deria mata dan deria telinga kan?tapi macam biasa..di samping musim bola tuh yang sememangnya ada 'hantu'nya.


ada lagi satu musim yang juga tak kurang ramai 'hantu'nya...
'hantu' yang nih deria nya guna deria bau...dan deria rasa..ni la 'hantu' durian (teringat lak cerita upin ipin)..hantu ni gak...pantang tercium bau durian...pasti dok ngadap pulun sampai terlentang.sanggup gak g carik durian yg paling hebat seantero dunia.kenal semua jenis code durian..caya jgn tak caya...


So musim durian ni gak...
semua resepi yang berkaitan durian juga akan kuar la.
sama gak macam musim bola segala jenis jersi pun akan org carik beli dan pakai...

jadi untuk tidak menghampakan 'hantu2' durian..meh la kita makan bubur kacang durian nih...

Jemput makan semua..:)

Saturday, June 26, 2010

Katak dan Tempurung

Bila sebut katak dengan tempurung jek..peribahasa yang selalu timbul dalam kepala kita ialah..'umpama katak di bawah tempurung'.Bila sebut jek perumpamaan nih..yang terbayang dalam kepala otak kita ialah org yg tak hiraukan keadaan dunia luar.Buat hal die sendiri sahaja dalam dunia dia..dunia dia yang sempit n sendat tuh..kolot...tak berkembang minda...betul tak?

Tapi pernah tak kita terfikir...dengan keadaan katak tuh yg memang dah berada di bawah tempurung tuh...mana die ada kudrat untuk mengeluarkan dirinya dari bawah tempurung tuh...silap2 die pun tak tau yg die rupanya boleh melompat.Jadi kenapa kita nak salahkan katak tuh yang TERPAKSA untuk menghabiskan masa die dibawah tempurung..walaupun keinginan dia untuk melihat apa yg ada disebalik tempurung tu sangat menebal...

Alhamdullilah jika suara katak itu mampu untuk menarik perhatian makhluk lain untuk menyedari kewujudannya di bwah tempurung itu....dan ada makhluk yang merasa simpati dan bertanggungjwab untuk membantu Si Katak dari terus ditutupi tempurung.

Apa yg berlaku kebiasannya..kita sering menyalahkan 'Si Katak' kerana tidak mahu keluar dari lingkungan tempurungnya...Tapi kita lupa TANGGUNGJAWAB dan PERANAN kita tuk membuang 'tempurung' yang menutupi Si Katak...kerana Si katak tidak mampu untuk mengangkatnya.

Jadi jangan salahkan Si Katak semata2..kerana adanya katak dibawah tempurung juga berpunca dari kita yang tidak membuang tempurung tersebut.Sikap kita yang memandang remeh hal2 begitu...Sikap kita yang mementingkan diri sendiri..Sikap kita yang tak mempedulikan suara2 orang lain walaupun tidah nampak batang tubuhnya.Sedangkan kita tau kewujudan makhluk Tuhan tersebut.

Kenapa tidak kita membantu?Kenapa tidak kita hulurkan tangan?Mengapa tidak kita bertanyakan khabar?Walhal...bukan seumur hidup kita perlu membantu...banyak cara boleh dilakukan...cuma...step yang pertama...'mengalihkan ' tempurung itu sahaja yg perlu kita lakukan...kerana dengan langkah yg pertama itu..kita mampu untuk memperlihatkan Si Katak itu betapa luasnya dunia...

So,fikir2kan...di mana kita...

Break up....

Salam semua...
khas untuk anak2 murid yang malas nak belajar bahasa Inggeris...
boleh la baca artikel nih...sambil baca,gelak2 jugak...
jangan korang pulak yg digelakkan pd masa akan datang sudah la...

Wednesday, June 23, 2010

Semua Masalah Boleh Selesai.....

Mungkin ini caranya...
jangan kusut dan serabutkan lagi kepala anda...
anda mampu melakukan sesuatu untuk melapangkan dada anda...

Promosi Pembiayaan Peribadi-I MBSB.- 4.99% Flat rate- 20 tahun.- Maksimum RM200k.- Untuk kakitangan kerajaandan badan berkanun yang terpilih.- Hubungi Fakhruddin di:0162244433/0162004454atau email ke dtrupal@gmail.com- Promosi berakhir pada 15hb September '10- Duit raya! Duit raya! Duit raya! :)

Monday, June 21, 2010

Pernah menjejak???

Jom jalan2...cuci mata serta kenali dan jejaki Malaysia Bumi Bertuah ini...








Thursday, June 17, 2010

Selagi namanya HIDUP


...ujian dariNYA akan mendatangi kita...

hari ni mungkin hari sahabat kita..esok lusa belum tentu untuk siapa...

semoga kita kuat ,cekal,tabah..dan yang paling penting..SABAR..

dah tentu sabar tu separuh dari imankan?


*sedang menempuh ujian..astaghfirullah..Ya Allah kau tabahkanlah hati ini...

*telah menempuh ujian..alhamdulillah Ya Allah syukur pada Mu..aku berjaya melepasinya...

*pastinya ujian akan datang lagi..insya Allah..kita akan mendepani dengan segala kekuatan.

Saturday, June 12, 2010

belangkas VS siput gonggong

Salam..jenjalan mana cuti sekolah nih?ada tempat yg nak dituju?JOMMM G KOTA TINGGI..kalau g kota tinggi tak singgah kedai nih mmg satu kerugian la...sajian utama yg sememangnya dah famous dengan menu belangkasnya...rupa belangkas korang kenal tak?

ni.. rupa asal belangkas...yg mana jantan?yang mana betina?hehhehehe

ni rupanya bila dah di masak...kalau arwah atuk aku dlu..dia masak lemak...best gak...tapi masakan yang nih...sesapa yg tak tahan pedas..kene bawak stok tisu lebih la...pedas...sebab aku tgk ada yg sampai meleleh air idung n air mata...syok makan punya cerita blasah je la...:)


ni menu kedua yg special..susah gak nak dapat...sebab pakcik tu kata 3 bulan sekali baru leh dapat...ni kebetulan aku datang byk lak siput nih..ape lagi makan gak la...rasanya???hehehhe....kenyal2 mcm sotong gitu...

nak makan siput tuh..tarik kua isinya mcm aku wat tuh...n cecah ngn sambal tuh..baru nyummm...nyumm....sedap!!!


antara hidangan yang kitorang pilih...siput,belangkas...kari ayam kampung...asam pedas ikan mayong...berasap telinga menahan pedas...hehhehehe

ni kedai pakcik tuh...nampak tak nama kedai tuh?
haa...sesapa nak g kota tinggi...jgn lupa singgah ek..
(pic ni ehsan mr.google)

ni bukti nih...dah sampai sini...jangan kata tunjuk makanan jek..:)

tapi ni...destinasi terakhir sebelum balik...'shoping' kat kedai tayar...
sebab tayar keta pancit...sib baik pancit depan kedai tayar termurah kat kota tinggi nih... tapi murah2 pun terbang gak..tuss..tuss...:)
so...kalau korang g Kota tinggi selain g makan belangkas....
leh la g shoping kat kedai tayar yg murah ni skali...:)

Tuesday, June 8, 2010

Good Luck!!!

Salam....
nak ucap gud luck..selamat berjaya
kepada semua rakan2 yang telah dan akan
menduduki peperiksaan PTK.
Moga usaha kita kali ini berhasil..Insya Allah.

Friday, June 4, 2010

Happy Award...

















hehe happynya...











Tima kasih kat lendanuar yg berbesar hati mengtagkan aku...ni nak tak nak kene jawab la gak soklan yg diberikan nih...hehhehhe...cuba jawab sebaik mungkin..n seringkas mungkin...

1)ADAKAH ANDA HAPPY SEKARANG?
mesti la HAPPY...mcm tau2 jek...

2)KENAPA ANDA HAPPY?
sebab.....cuti sekolah lerrr.....maka maknanya...secara tak langsung...cikgu pun cuti lerrrr...

3)APAKAH BENDA YANG BOLEH MEMBUATKAN ANDA HAPPY?
sebab no soklan no 3..aku bg 3 jawapan je la yek...
i)bila banyak makanan
ii)bila banyak kawan disekeliling
iii)bila ramai family balik kg

4)PERNAHKAH ANDA MENERIMA TAGG?
pernah..dari paklong sifu..(tapi mintak maaf ye pak long sebab tak dapat nak di publishkan)

5)NYATAKAN WARNA YG ANDA SUKA.
Biru...

6)BERITAHU 9 ORG YG ANDA MAHU TAG

bicaraaneem
matahariku
centado
harap2 smua sudi terima..dan redha menghappykan diri..:)

7)TULISKAN SESUATU TENTANG ORG YG ANDA TAG.TULIS PANJANG BERJELA PUN
XPE
mereka ni semua rakan2 blogger yang sentiasa sudi berkongsi ilmu dan info...terima kasih...
8)ADAKAH ANDA HAPPY DGN APA YG ADA?
eh...mesti la...syukur..alhamdulillahh
haaa...setel akhirnya...tima kasih..dan selamat menhappykan diri...:)

Air mata Jumaat...Bacalah.

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut .

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" .

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat .

Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.

Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! ALLAHUAKBAR!

Wassallam

Thursday, June 3, 2010

Cuba Try Teka

jom..jom...kita cairkan otak kita....cuba try teka apa menda nih...
belek, jangan tak belek...
Sempena sekolah yang dah nak cuti ni...
sesuai bg homework nih...hehehhehe...
ala..saje suka2...terbuka untuk semua...
selamat mencuba...!!!!

Wednesday, June 2, 2010

3 serangkai...

Sekarang nih..musim peksa..semua murid n guru sedang dilanda demam peksa..Ibu bapa,guru2 mengharapkan anak2 dapat melakukan yang terbaik.Bila abis peksa,murid lega...guru2 pulak dok sibuk menanda..ibu bapa pula yang tak sabo nak tgk result anak2...

haaaaa...musim yang paling BEST!!!!
cccuuuuttiiii!!!!yeeeehaaa...yahuuuu...JOM JALAN2...
Pening kepala mak ayah,nak bawak anak2 g jalan mana pulak..
yang penting jaga diri..
cikgu tak nak ada meja kosong bila naik sekolah nanti...

Musim yang ni paling tak best...cikgu2 tak leh cuti awal..sebab nak study tuk PTK plak..yang dah berjaya leh la pulun tanda ketas exam cepat2..yang nak peksa PTK jom kita pulun baca buku dlu...ape pun GUD LUCK untuk semua...