Followers

Saturday, June 26, 2010

Katak dan Tempurung

Bila sebut katak dengan tempurung jek..peribahasa yang selalu timbul dalam kepala kita ialah..'umpama katak di bawah tempurung'.Bila sebut jek perumpamaan nih..yang terbayang dalam kepala otak kita ialah org yg tak hiraukan keadaan dunia luar.Buat hal die sendiri sahaja dalam dunia dia..dunia dia yang sempit n sendat tuh..kolot...tak berkembang minda...betul tak?

Tapi pernah tak kita terfikir...dengan keadaan katak tuh yg memang dah berada di bawah tempurung tuh...mana die ada kudrat untuk mengeluarkan dirinya dari bawah tempurung tuh...silap2 die pun tak tau yg die rupanya boleh melompat.Jadi kenapa kita nak salahkan katak tuh yang TERPAKSA untuk menghabiskan masa die dibawah tempurung..walaupun keinginan dia untuk melihat apa yg ada disebalik tempurung tu sangat menebal...

Alhamdullilah jika suara katak itu mampu untuk menarik perhatian makhluk lain untuk menyedari kewujudannya di bwah tempurung itu....dan ada makhluk yang merasa simpati dan bertanggungjwab untuk membantu Si Katak dari terus ditutupi tempurung.

Apa yg berlaku kebiasannya..kita sering menyalahkan 'Si Katak' kerana tidak mahu keluar dari lingkungan tempurungnya...Tapi kita lupa TANGGUNGJAWAB dan PERANAN kita tuk membuang 'tempurung' yang menutupi Si Katak...kerana Si katak tidak mampu untuk mengangkatnya.

Jadi jangan salahkan Si Katak semata2..kerana adanya katak dibawah tempurung juga berpunca dari kita yang tidak membuang tempurung tersebut.Sikap kita yang memandang remeh hal2 begitu...Sikap kita yang mementingkan diri sendiri..Sikap kita yang tak mempedulikan suara2 orang lain walaupun tidah nampak batang tubuhnya.Sedangkan kita tau kewujudan makhluk Tuhan tersebut.

Kenapa tidak kita membantu?Kenapa tidak kita hulurkan tangan?Mengapa tidak kita bertanyakan khabar?Walhal...bukan seumur hidup kita perlu membantu...banyak cara boleh dilakukan...cuma...step yang pertama...'mengalihkan ' tempurung itu sahaja yg perlu kita lakukan...kerana dengan langkah yg pertama itu..kita mampu untuk memperlihatkan Si Katak itu betapa luasnya dunia...

So,fikir2kan...di mana kita...

2 comments:

matahariku said...

salam misz...wah bernas betul idea misz...bleh wat forum ni :-) papepun tahniah krn dpt mengupas dgn baik...nmpaknya lps ni akan bertukar "sprt katak di atas tempurung"...amacam ada berani?

shamsuree sam said...

sian kat katak tu.......tapi nak buat macam mana.......geli la pulak dengan katak.........alih pakai kaki boleh ke?.........