Followers

Sunday, February 20, 2011

Syarat Yang Tertunai-Part 1


Assalamualaikum....
Semoga sihat semuanya...
Nak share sedikit hasil tulisan,walaupun tak pernah menulis sebelum nie...tapi gatal gak tangan ni nak buh gak kat sini...hehhehe...
terima kasih kerana sudi membaca..ataupun sekadar melintaskan pandangan...










Panas petang tetap juga terasa menggigit kulitku.Pantas jari jemariku mengemaskan segala perkakasan jualan ibu di gerai kami.Walaupun tidak seberapa,sedikit sebanyak jualan karipap itu tetap mampu menambah pendapatan dan meringankan tanggungan abah.
 “Long,ibu nak hantar along ke asrama.Ibu dah fikirkan masak-masak.Along kena terima tawaran tu.Yang lainnya,along jangan risau…ibu dan abah dah uruskan.Cuma ibu harap along belajar rajin-rajin”.
“Tapi mak…”
“Keputusan ibu muktamad.Ini peluang untuk along.Ibu tak nak kita sia-siakan peluang yang ada ni” kata-kata emak menyentap jiwaku.
Minggu lepas,telah aku maklumkan pada ibu, aku tak mahu terima tawaran ke asrama.Mengenangkan adik-adikku yang berdua tu.Aku merasakan aku sepatutnya lebih diperlukan di sisi ibu.Walaupun apalah sangat kudrat budak berusia 12 tahun seperti aku ,tapi sekurang-kurangnya aku masih boleh membantu apa yang patut di rumah.Tapi sebenarnya aku hilang keyakinan,hilang semangat.
“Along,along ingat tak pesan Cikgu Zarinah?” melihat aku diam,ibu menyambung kata-katanya.
Mendengar nama Cikgu Zarinah disebut ibu,serta merta rasa sebak menular dalam hati.Ingatanku menerawang mengingati guru kesayanganku itu.

Zapin Sri Tambak.

Assalamualaikum semua...selamat pagi...
ni aktiviti malam tadi...Mengiringi murid2 membuat persembahan sempena 
Program Sehari Bersama Polis yang berlansung di Dataran Penggaram Batu Pahat 










Friday, February 11, 2011

Baiknya Coklat...

Salam semua...
Misz dok pulun makan coklat,tba2 teringat nak share cerita tentang coklat yang selalu org salah anggap...jommm kita semak...:)



















Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi.Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan.Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haidkerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.

Wednesday, February 9, 2011

Daun Nasi Ayam?

Salam n selamat malam semua...
rasa macam nak kongsi pengalaman semasa mengajar hari nih...

Subjek: Sains
Tahun: 3 dot..dot..dot...
Tempat: Dalam makmal
Tajuk: Ciri-ciri fizikal Tumbuh-tumbuhan (bentuk daun)


















Misz potong sedikit daun tanduk rusa (macam yg kt pic atas nih)...kira2 sejengkal panjangnya...dan tunjuk kat murid2...sebenarnya nak tunjukkan diorang bentuk daun yg ujungnya tuh....

tiba2 ada seorang murid bertanya...

"cikgu,daun ni boleh di makan kan?"...bersungguh2 benar cara dia bertanya tuh.

"isk,kamu penah makan ke daun nih?"...misz mula kerut dahi,dengan penuh musykil.

"bukan ke daun ni yang selalu kita makan dengan nasi ayam tu cikgu?"berkerut jugak muka murid tuh menyoal semula.

"Owh,yang itu...daun salad.yang ini pokok tanduk rusa..cuba kamu rasa,yang ni keras daunnya." baru la si cikgu ni paham maksud murid tersebut....hehehhe






















nampak jek macam sama rupanya...tapi nama dan rasanya amat la berbeza...terkejut gak kalau betul la murid tuh makan tanduk rusa tuh...nasib baik gak tak dipetik dan di kunyahnya daun2 tu kat sekolah...murid2 n anak2 sekarang..kalau belajar tajuk haiwan..diorang sangat suka...walaupun haiwan tuh tak ada kat Malaysia,diorang tetap kenal.berbanding dengan bab tumbuhan nih agak slow sikit.Walaupun,mereka dikelilingi tumbuh2n tapi byk pokok asas yang mereka tak kenal...

jadik,bila mengajar tajuk nih..aktiviti wajibnya ialah...pusing sekolah dan meninjau pokok2 yang ada dalam kawasan sekolah.Tapi kalau kawasan sekolah tak byk pokok macam mana pulak ek?tak dapat la diorang melihat dan merasa struktur pokok2 tuh dengan lebih jelas...sebab kalau setakat tgk gambo..mana nak tau daun pokok tu kasar atau pun licin....emmmmm...




Sunday, February 6, 2011

Pening anak nak tuition kat mana???

Langganan EasyTuition Tahun 6 (UPSR)

Kajang – Mulai 15 Januari 2011, EasyTuition telah menerima pendaftaran dan langganan khusus untuk murid Tahun 6 (UPSR) sahaja. Buat permulaan, sebanyak empat subjek yang ditawarkan iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan English sedia untuk dilanggan.

Pelanggan yang berminat boleh memilih sama ada untuk melanggan satu subjek ataupun semua subjek yang ditawarkan dengan harga RM50 bagi setiap subjek. Tiada sebarang caj lain atau bayaran bulanan akan dikenakan sehingga akhir sesi persekolahan 2011. Pendaftaran dan langganan boleh dibuat pada setiap hari, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum.

Orang ramai yang melanggan akan menerima akaun untuk login dalam masa tidak melebihi 48 jam selepas bukti pembayaran telah disahkan. Semua pelanggan yang telahpun mendaftar akan dapat menggunakan EasyTuition mulai 1 Februari 2011 sehingga akhir sesi persekolahan 2011.

Pening kalau anak2 nak peksa...mesti nak anto gak g tusyen...haa...terutama bagi mak ayah yg ada anak nak peksa..leh cuba daftar kat easy tuition nih.lagi jimat rasanya...leh tgk prebiu video kat sini atau lagi bagus leh g lawat web page  easytuition  tuk maklumat lanjut ye....


Try...misss...u!

Salam semua...
hehehhe tajuk en3 macam gempak gitu...jgn terbingung lak yer...
sebenonya dok teringat criter TIRAMISU kat tv tu.....teringin lak nak try wat tiramisu nih...nampak gayanya macam simple,mudah dan yang penting sedap...so,misz jenjalan carik resepi...tersinggah kat blog resepi.Banyak sungguh resepi kat situ..nanti korang jelajah sendiri yer....so,double2 kredit tuk bog tu la...
misz ni pun,tak tau la nak watnya bila....tapi yg penting...simpan dlu resepinya...dan..sedikan dlu bahan2nya.








ni pic tiramisu kecik dr blog tersebut...kiut kan?








Resipi Kek Tiramisu Simple
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 2 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…
  10. p.s yg kek bulat kicik tue, guna mould donat. Letak kek dulu, pastu letak krim. Biar dlm peti kejap sebelum keluarkan mould.
Ni.misz dah tolong copykan resepi....korang cuba le yer...

Bila 'kurang' kerja...

Salam semua...
dah bis cuti yer???ada yg dah mula keje...ada gak yg sok baru start keje..rumah pun dah lengang..semua sudah pulang ke sarang masing2...so,sambil layan bosan,
jom la cuci mata dengan pic2 nih...bukan bagus pun pic2 nih...tapi boleh la kalau setakat nak isi masa senggang...ni je la aktiviti time bosan2 n kurang kerja la...yg tak menganggu orang lain...









Thursday, February 3, 2011

Turi Masak lemak














Salam...
haaa....tak tau nak masak pe?
balik kampung kan...carik lauk pauk kampung la...
kan town kadang2 susah nak jumpa daun turi ni...
kalau jumpe pun ada yg tak kenal...
so..ape kata kita masak turi plak kali nih..
kat atas tu,begitulah rupanya menu kita setelah di masak...

buat sesapa yang tak kenal...ni la daun turi...kita makan pucuknya jek ye...bukan semua daun kita makan...tapi kene basuh dengan teliti.sebab,semut suka dok kat pucuknya tuh...kalo tak pun takut ulat daun dok skali kat situ..hehehhe...so,lebih baik kita rendamkan kejap dgn air garam..pastu bilas n bersihkan la yek...

kemudian...ni ikut petua nenek misz...setiap pucuk turi tuh kita ikat la..bukan ikat guna getah gelang or benang la....senang kata kita simpulkan la...macam contoh kat atas tuh...supaya rasanya kekal manis katanya...lagi satu...barulah ada thrill sikit bila nak  makan..sebab sebelum makan kita kene lurutkan dlu daun tuh...














haaa...yang nih bahan campurannya..tak nak guna keledek..korang leh guna jagung ataupun labu...pun sodaaaapppp!!!

cara masak???isk..tak kan tak tau???
1.rebus keledek tuh sampai 3/4 masak
2.masukkan rencah (bwg merah+bawang putih+ikan bilis=ditumbuk)
3.masukkan sedikit santan cair
4.masukkan daun turi
5.masak sampai daun turi layu.
6.masukkan santan pekat
7.masak sampai mendidih..jgn lupa buh garam..
8.angkat dan hidangkan...

Selamat Mencuba...:)

Sunflower lagi...jangan marah yeee!

Salam semua...


Selamat bercuti pada yang bercuti...Selamat tahun Baru Cina pada yang menyambutnya...

En3 hari ni cerita pasal bunga lak...sesajek la share ngn kawan2..tak de la kita ni pandai n terror mana pun..saja nak kongsi idea walaupun raya puasa lambat lagikan...Mana la tau ada di antara kawan2 yang menjengah kat sini sibuk nak wat majlis...kan..kan....leh la cedok idea nih...


Sebenarnya bunga nih untuk diletakkan dalam bilik mesyuarat sekolah adik misz...dah tolong beli n wat...so,tumpang sekali la buh pic kat sini...hehhehe...

ok la...pada kawan2 yg bercadang nak hias bilik mesyuarat...bilik gerakan..n segala bilik yang mana patut leh la cuba yek....:)

Wednesday, February 2, 2011

Giler Tablet la plakk....

Salam semua....cerita pasal tablet la plak...bukan ubat tablet..tapi ni pasal pc la....macam2 jenis sampai tak tau dah nak tengok yg mana...so,korang layan la sendiri ye...carik sampai pusing n pening.
Pape pun pilihan di tangan anda.Buat la pilihan yg bijak tepat serta berbaloi...
yang kat bawah ni...tuk korang cuci2 mata jek yerrr....


macam best jek gitu kan....


yang nih...memang rugged..ada byk lagi yang seangkatan nih...


yang ni,kalau dapat diaplikasikan kat sekolah..tak de la berat beg budak2..hehehe

Laporan Terkini Banjir di Johor














Salam semua...
Mesti ramai yang risau bila dengar khabar Johor dah banjir....lebih2 lagi bila mengenangkan sanak saudara yang berada di Johor.Tak ketinggalan juga kepada mereka yang berhajat nak balik ke Johor semasa cuti nih...Korang leh tengok laporan banjir secara terus kat SINI yang di update setiap 2 jam.

Misi Bantuan Ke Mesir





LEBIH 200,000 rakyat Mesir membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah semalam bagi menyahut seruan perhimpunan sejuta penunjuk perasaan mendesak Presiden Hosni Mubarak agar berundur.





Alhamdulillah...moga semuanya berjalan dengan lancar.....

Misz cuba kumpulkan semua berita2 baik nie...sama2 la kita doakan kejayaan dan keselamatan mereka.

Penuntut Malaysia di Mesir dijangka dipindahkan ke Jeddah

02/02/2011 4:27pm

KOTA KINABALU 2 Feb. – Semua penuntut Malaysia di Mesir, yang kini berdepan masalah berikutan protes ganas yang mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur, dijangka dipindahkan dari negara itu dalam tempoh empat hari setengah.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan serius dalam usaha untuk membawa keluar warganegaranya dari Mesir dan telah mengaturkan untuk menerbangkan mereka dari Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi.
Selain tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas ke Mesir hari ini, katanya, pesawat khas AirAsia Airbus A320 dengan kapasiti 249 penumpang juga dijadual berlepas ke Kaherah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 2 petang hari ini.
"Pesawat itu juga akan membawa barangan makanan untuk pelajar Malaysia di Mesir,” katanya kepada pemberita di sini.
Anifah berkata, sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747, yang boleh membawa 285 penumpang, akan berlepas ke Kaherah pada 9 pagi esok.
"Kami menjangkakan untuk menerbangkan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah setiap hari dan berharap semua penuntut Malaysia di sana dapat dipindahkan dalam masa empat hari setengah,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan sedang menguruskan visa sementara dengan kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan penuntut berkenaan dipindahkan ke Jeddah. – Bernama

Mara hantar pegawai ke Mesir bantu pemindahan pelajar
02/02/2011 4:02pm

BESUT 2 Feb. – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menghantar lima pegawainya ke Mesir bagi membantu pemindahan pelajar tajaannya dari negara yang mengalami pergolakan itu ke Jeddah, Mekah.
Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, dua daripada pegawai itu akan berlepas dengan penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) petang ini, manakala tiga lagi akan berlepas malam ini dengan penerbangan biasa.
Katanya, kelima-lima pegawai itu akan diletakkan di Jeddah bagi menggerakkan bilik operasi di samping memberi pelbagai bantuan termasuk kaunseling dan logistik.
"Proses pemindahan itu dijangka akan mengambil masa tiga hari sebelum kesemua pelajar Mara dijangka pulang ke tanah air 4 Februari nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Selain itu, katanya bilik operasi turut dibuka di Tingkat 4, Ibupejabat Mara di ibu negara sejak 31 Jan lalu yang beroperasi 24 jam. – Bernama


Putera 1Malaysia hantar makanan, sukarelawan ke Mesir

02/02/2011 2:55pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Kelab Putera 1Malaysia akan menghantar 30 tan makanan ke Mesir hari ini bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh protes antikerajaan di negara itu.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, makanan itu akan dihantar menerusi pesawat AirAsia yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah itu.
Abdul Azeez, yang baru pulang ke tanah air selepas mengetuai misi membantu pelajar Malaysia yang terjejas oleh banjir di Queensland, Australia, berkata, seramai 30 sukarelawan termasuk beberapa doktor, akan turut serta dalam penerbangan ke Mesir itu bagi membantu pelajar dan rakyat Malaysia di negara yang sedang bergolak itu.
"Kami akan menghulurkan bantuan makanan dan membantu dalam misi pemindahan. Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kerajaan sedang berusaha untuk membantu anak-anak mereka di sana,” katanya di sini hari ini.
Terdapat kira-kira 11,300 penuntut Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Mesir.
Ribuan rakyat Mesir mengadakan demonstrasi di beberapa bandar raya negara itu bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah menerajui negara itu selama 30 tahun meletakkan jawatan, menyebabkan negara itu kini dilanda krisis terburuk. – Bernama


ATM bantu proses pindah rakyat Malaysia di Mesir ke Jeddah

02/02/2011 1:51pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat Malaysia yang berlepas ke Mesir tengah hari ini dijangka mengambil masa lima hari untuk operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu ke Jeddah, Arab Saudi.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, operasi tersebut akan bermula secepat mungkin sebaik sahaja pesawat tersebut tiba di Cairo.
"Pesawat C-130 akan beroperasi selama 24 jam berturut-turut tanpa henti bagi memindahkan kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berada di sana,” katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. – Bernama




3 pesawat TUDM berlepas ke Mesir 12 tengah hari ini

02/02/2011 12:07pm


KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur.
“Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
”...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya.
Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – Bernama

Keputusan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang 2010

Berikut adalah keputusan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor bagi Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Negeri Johor 2010. Tahniah dicucapkan kepada semua sekolah yang telah berjaya. Ucapan syabas dan tahniah juga kepada pihak pentadbir sekolah dan juga guru-guru terutama Guru Perpustakaan Media (GPM) yang bertungkus lumus dan bekerjasama dalam anugerah ini. Kepada yang tidak berjaya, mungkin dimasa akan datang sekolah anda mungkin tersenarai sebagai pemenang.

                
KEDUDUKAN

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA


SM BANDAR

SMK Tun Aminah
Batu Pahat

SMK Dato’ Penggawa Timur
Pasir Gudang


SMK (P) Sultan Ibrahim
Johor Bahru

SM LUAR BANDAR

SMK Pasir Gudang
Pasir Gudang

SMK Parit Bunga
Muar

SMK LKTP Belitong
Kluang


SR BANDAR

SK Taman Rinting (2)
Pasir Gudang

SK Bandar Putra
Segamat

SJK (C) Chung Hwa Presbyterian
Muar


SR LUAR BANDAR

SK Seri Telok,
Batu Pahat

SK Ledang, Tangkak
Muar

SJK (C) Chien Chi
Pasir Gudang


SEKOLAH KURANG MURID (SKM)


SK Seri Tanjong
Batu Pahat

SK Senibong
Pasir Gudang

SK Kg. Paya Besar
Segamat

Nama sekolah kita tak de...so..kene usaha lagi la ye kawan2..jangan putus asa...:)