Followers

Tuesday, February 1, 2011

Nasib Rakyat kita di Mesir...

Salam..n selamat pagi semua...
Rasa terpanggil tuk share berita n cerita krisis Mesir hari nih!...

Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.
Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.
Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.
Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.
Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.
Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.
Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.
“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.

seterusnya leh baca kat SINI...(ada video yg perlu dilihat)...dan boleh juga dibaca di SINI....juga di SINI

Ini pula adalah berita yang terkini...

Moga saudara mara kita di sana semuanya selamat..Amin...


3 comments:

cik ubi said...

watcha!..eh tetibe..huhu

ebrahem said...

Menteri Pengajian Tinggi perlu peka kepada apa yang terjadi diMesir. Anak2 kita dalam bahaya, don't use tunggu dan lihat stance against this type of commotion. Khalid Nordin the students are our assets to the country, what are u doing in your 'kerusi empuk'. I want to see action on your side!!!

Mohib Asrori said...

kunjungi http://gurutrenggalek.blogspot.com INDONESIA PUNYA