Followers

Wednesday, February 9, 2011

Daun Nasi Ayam?

Salam n selamat malam semua...
rasa macam nak kongsi pengalaman semasa mengajar hari nih...

Subjek: Sains
Tahun: 3 dot..dot..dot...
Tempat: Dalam makmal
Tajuk: Ciri-ciri fizikal Tumbuh-tumbuhan (bentuk daun)


















Misz potong sedikit daun tanduk rusa (macam yg kt pic atas nih)...kira2 sejengkal panjangnya...dan tunjuk kat murid2...sebenarnya nak tunjukkan diorang bentuk daun yg ujungnya tuh....

tiba2 ada seorang murid bertanya...

"cikgu,daun ni boleh di makan kan?"...bersungguh2 benar cara dia bertanya tuh.

"isk,kamu penah makan ke daun nih?"...misz mula kerut dahi,dengan penuh musykil.

"bukan ke daun ni yang selalu kita makan dengan nasi ayam tu cikgu?"berkerut jugak muka murid tuh menyoal semula.

"Owh,yang itu...daun salad.yang ini pokok tanduk rusa..cuba kamu rasa,yang ni keras daunnya." baru la si cikgu ni paham maksud murid tersebut....hehehhe






















nampak jek macam sama rupanya...tapi nama dan rasanya amat la berbeza...terkejut gak kalau betul la murid tuh makan tanduk rusa tuh...nasib baik gak tak dipetik dan di kunyahnya daun2 tu kat sekolah...murid2 n anak2 sekarang..kalau belajar tajuk haiwan..diorang sangat suka...walaupun haiwan tuh tak ada kat Malaysia,diorang tetap kenal.berbanding dengan bab tumbuhan nih agak slow sikit.Walaupun,mereka dikelilingi tumbuh2n tapi byk pokok asas yang mereka tak kenal...

jadik,bila mengajar tajuk nih..aktiviti wajibnya ialah...pusing sekolah dan meninjau pokok2 yang ada dalam kawasan sekolah.Tapi kalau kawasan sekolah tak byk pokok macam mana pulak ek?tak dapat la diorang melihat dan merasa struktur pokok2 tuh dengan lebih jelas...sebab kalau setakat tgk gambo..mana nak tau daun pokok tu kasar atau pun licin....emmmmm...




No comments: